━ bulan 09

163 31 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

DIRI Bunga diletakkan di atas kabinet dapur bersebelahan dengan sinki. Tidak jauh daripada dapur untuk memasak. Mata Bunga perhatikan setiap tingkah Qawiy di dapur tiada langsung yang kekok. Bunga yakin yang Qawiy sudah selalu masuk ke dapur.

Yalah, Qawiy anak tunggal. Tinggal hanya dengan umi sepanjang waktu dia membesar.

Pastinya tidak kekok di dapur. Andai saja Bunga tidak lumpuh. Pasti cepat sahaja segala kerja selesai di dapur, bukan?

"Bunga saya," panggil Qawiy yang sedar sahaja sudah berada di hadapan mata Bunga.

Tubuh Bunga sekarang sudah terkunci di antara kedua lengan kekar Qawiy.

"Hari ini, saya nak awak tengok saya masak."

"Awak nak menunjuk-nunjuk ke yang awak lagi hebat daripada saya dekat dapur, Qawiy?"

"Mestilah, awak tak tengok lagi skill saya dekat dapur ni," lagak Qawiy di hadapan Bunga. "Tolong, sayang. Ikatkan."

Berpusing ke belakang Qawiy tayangkan tali apron yang terurai belum terikat. Bunga lepaskan tawa kecilnya. Tangan pantas membantu Qawiy ikatkan tali apron di belakang.

Seusai itu pantas segala barangan dapur Qawiy keluarkan. Perkakas dapur juga diletakkan tidak jauh daripada dapur masak.

Tangan Qawiy laju memotong segala bahan masakan. Hal itu buatkan Bunga tersenyum suka.

Kagum dengan kemahiran Qawiy.

"Hebatnya suami Bunga."

Qawiy diam-diam tersenyum bangga sambil tangannya lincah memotong. Pujian Bunga cukup buatkan dirinya melompat kecil. Tapi disimpan.

Pujilah lagi, Bunga.

Qawiy suka.









˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

SELESAI sahaja mereka makan, Qawiy tawarkan diri ingin cuci segala pinggan mangkuk di dapur. Bunga pula minta Qawiy letakkan dia di bawah lantai menghadap ke jendela balkoni yang terbuka.

Apabila mendongak, Bunga boleh lihat malam itu cahaya bulan sedang terpancar indah ke semesta.

Senyuman tidak regang di wajahnya kerana terpesona indahnya purnama.

"Bulan," ucap Bunga. Bunga suka bercakap dengan bulan. Bunga percaya yang setiap kata dia pada bulan pasti Tuhan akan dengar. "Bunga rasa, Bunga jatuh hati."

Lama ayat itu terhenti. Tidak tahu mengapa tapi hatinya berdebar saat itu.

"Jatuh hati dengan Muhammad Qawiy. Suami Bunga. Dia baik, kacak, pandai masak, sabar, manis mulut dan... boleh terima Bunga. Pandai jaga Bunga."

"Lagi, Bunga?"

"Qawiy tu kadang-kadang seksi."

"Oh, ye ke? Bila masanya?"

"Masa dia masak tadi."

"Oh, awak cuci mata ke tadi?"

"Qawiy!" Kaget Bunga setelah sedar yang tadi dia membalas soalan Qawiy.

Memerah wajah manis itu setelah sedar dia puji Qawiy depan-depan begitu. Oh, tidak. Jangan kata Qawiy dengar Bunga bercakap dengan bulan macam orang gila.

Malunya!

Qawiy ambil tempat duduk bersebelahan dengan Bunga. Jarak mereka dekat. Terlalu dekat. Sengaja Qawiy lentokkan tubuhnya pada bahu Bunga.

Kepala Qawiy sama mendongak pada bulan malam itu.

"Bulan, ucap pada Tuhan, terima kasih hadirkan Bunga Seroja sebagai isteri kepada Muhammad Qawiy. Ucap pada Tuhan juga, terima kasih ciptakan Bunga Seroja," bicara Qawiy fokus pada bulan.

Bunga pula memandang wajah Qawiy yang di sisi. Dari mana-mana sudut Muhammad Qawiy. Semua sudut pasti tampan. Pasti Bunga suka untuk perhatikan.

Benar-benar Bunga jatuh hati dengan Qawiy. Walaupun mereka belum pernah jatuh cinta sebelum ini.

"Sayang, kenapa cakap dengan bulan?"

"Sebab bulan akan sentiasa mendengar," jawab Bunga. Ini rutin Bunga setiap malam.

Berbicara dengan bulan andai saja dia berjauhan dengan Rayhan.

"Jadi, Bunga jatuh cinta dengan saya?"

Bunga mengangguk.

"Jadinya, cinta saya berbalas. Terima kasih, dinda."

Perlahan-lahan Qawiy letakkan kepalanya di bahu Bunga.

Bunga biarkan.

Walaupun pada awalnya mereka agak kekok tapi Qawiy sudah layan Bunga bagai bertahun-tahun jatuh hati pada gadis itu.

Bunga pula sudah terima rasa itu.

"Jangan buat saya rasa sunyi lagi Qawiy," lengan Qawiy dicapai dan dipeluk erat.

Setelah mendengar kata Bunga itu. Qawiy sedar yang dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sampai lupa yang Bunga rasa sunyi berseorangan.

Sekarang Bunga tinggal bersamanya. Jadi hanya dia peneman Bunga.

Perlahan Qawiy mengangguk.

˚ ༘   tbc ⋆。˚

Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©Where stories live. Discover now