˚ ༘ Lautan dan Bulan ⋆。˚
QAWIY perhatikan Bunga yang kelihatan penat di hadapannya. Perut Bunga sudah membulat hampir 8 bulan. Tinggal sebulan sahaja lagi dan dia bakal jadi ayah. Sejak masuk 5 bulan ke atas dalam fasa mengandung, Bunga selalu nampak letih.
Entah kenapa Qawiy rasa bersalah. Yalah, dia yang buat Bunga begitu.
Perlahan-lahan Qawiy tarik kerusi roda Bunga dekati dirinya. Lengan Bunga dicapai dan berada dalam dakapan telapak tangannya.
Bunga perhatikan tingkah suaminya itu.
Diurut tangan Bunga saat itu.
"Mesti bunga saya penat, kan?" soal Qawiy sedikit perlahan. Sekarang mereka di klinik sedang menunggu giliran untuk Bunga buat pemeriksaan.
Bunga mengangguk perlahan.
Tidak tipu. Memang Bunga rasa penat sangat. Sejak mengandung ini jugalah badan sering rasa sakit dan sengal-sengal.
Beruntung kakinya tidak membengkak. Mungkin sebab dia lumpuh. Kakinya tidak digunakan untuk berjalan seperti ibu mengandung yang lain.
"Qawiy, saya dah gemuk, betul tak?" Soalan maut yang selalu dia dapat daripada Bunga.
Kali terakhir dia jawab soalan itu, Bunga merajuk.
Sensitif.
Tapi comel.
"Biarlah gemuk nanti lelaki lain tak tengok awak cantik macam saya tengok awak."
"Oh, memang saya gemuklah?"
Ah, sudah.
Sudah Qawiy!
Salah jawab.
"Tak, bukan macam tu. Tapi awak cantik."
"Awak nak sedapkan hati saya, kan?"
Hilang kata terus Qawiy saat itu. Mula sudah wajah Bunga bertukar sedih. Hampir menangis pun ada.
Sejak isterinya mengandung, berbagai-bagai emosi yang Bunga keluarkan. Kata lain, sensitif. Tidak boleh salah kata langsung.
Kadang-kadang, depan orang ramai pun Bunga boleh menangis.
"Bunga saya..." panggil Qawiy, lembut. "Tak kisahlah awak gemuk ke kurus ke janji awak dengan baby sihat."
"Saya dah tak cantik, betul tak?"
Qawiy menggeleng. Pipi Bunga yang semakin gebu itu dicubit manja. Setelah itu jari mengelus pula setiap inci wajah Bunga.
Tangan Bunga di tangannya itu dibawa naik dan kucup lama.
"Bunga Seroja selalu cantik di mata Muhammad Qawiy, percayalah. Maaf Bunga, buat awak penat bawa hadiah daripada Tuhan."
Bunga tersenyum mendengar kata Qawiy itu.
Mujur, Bunga sudah senyum.
"Saya suka fasa ni. Terima kasih bawa saya hidup dengan awak sampai fasa ni." Fasa dalam perkahwinan itu dimaksudkan Bunga.
Qawiy suka lihat senyuman Bunga itu. Tenang. Sama dengan Qawiy suka lihat lautan.
"Bunga Seroja!" Panggilan daripada jururawat itu buatkan Qawiy pantas bangkit untuk menolak Bunga menuju ke bilik doktor.
Bunga curi pandang wajah Qawiy dari bawah.
Tidak sangka, hampir setahun perkahwinan mereka. Tuhan berikan hadiah buat mereka begitu cepat.
Terima kasih, Tuhan.
"Bulan, nama saya cadang untuk anak kita nanti."
"Ya? Sedap nama tu, sayang."
Bulan.
Nama yang sesuai untuk lelaki mahupun perempuan.
Harap Bunga, Bulan akan sentiasa menjadi kegemaran Abah dan ibu.
Dunia dan akhirat.
˚ ༘ thank you! ⋆。˚
YOU ARE READING
Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©
Conto━ completed ━ blind-date trope Bermula dengan blind-date daripada ibu mereka. Bunga Seroja, gadis yang selalu menyoal hal yang mustahil. Muhammad Qawiy pula akan menjawab setiap soalan tanpa jemu. ❝ Kenapa lautan berbicara? ❞ ❝ Sebab lautan tahu yan...