Prolog

197 16 0
                                    

"Mesti dia datang dengan isteri dia kan?"

"Aku pun rasa macam tu. Siapalah yang bertuah jadi isteri dia tu ya?"

"Dapat lelaki cukup pakej. Kacak, sweet tahap potong kaki, penulis, architecture pula tu! Siapa je yang tak nak lelaki macam tu kan?"

Nuha menjuihkan mulutnya. Pagi-pagi lagi dah buat mood orang lain spoil! Tahu tak 7 hari dan 7 malam mood dia macam rollercoaster bila dapat tahu penulis buku kegemarannya sudah mendirikan rumah tangga.

Sampai sekarang tiada sesiapa tahu siapa perempuan yang sungguh bertuah itu. Bahkan paparazi dan peminat fanatik juga tidak dapat mencari maklumat tentang kehidupan mereka selepas berkahwin. Agak kecewa juga sebab... Iyalah.

Dia mengaku yang dia sendiri suka jaga tepi kain orang. Biasalah perempuan kan! Tak boleh lari dari bergosip.

"Kau tak payah mengada eh nak buat hura hara dekat sini! Kau datang sini ada bagitahu suami kau? Tak pasal-pasal nanti aku termasuk dalam suspek untuk disoal siasat." sempat Raffa membebel.

Kalau tidak diberi amaran, tak kan ingat punya si Nuha ni sudah menjadi isteri orang. Punyalah fanatik sangat dengan penulis kegemarannya. Sanggup datang lepas solat subuh semata-mata tak nak ketinggalan.

"Hish! Abeer tahulah aku ke sini." tangan Raffa yang mencubit pahanya itu ditepis laju. Sakit tahu tak!

"Sebelum subuh lagi aku dah kejut dia awal, buatkan sarapan. Lagi pun, dia ada hal juga hari ini. Takkanlah dia nak biarkan aku seorang-seorang dekat rumah kebosanan. Baik dia bagi aku keluar dengan kau."

Barulah Raffa lega mendengar laporan harian milik Nuha itu. Karang tak pasal-pasal Abeer tanya Aali ke mana isterinya menghilang dari subuh hening lagi.

Aali pula tanya dirinya. Dah jadi kerja pula buat laporan mingguan kepada suami tentang adiknya. Ingat tak penat ke?!

"Kau pula? Dah bagitahu Aali ke yang kau keluar dengan aku ni? Karang dia piat telinga comel aku ni sebab bawa bini dia keluar."

Ingat Aali ni normal ke? Mulut dia macam mak nenek! Suka sangat membebel! Dah lah mulut jahat dan celupar. Macam manalah Raffa boleh bertahan hidup dengan abangnya itu? Aneh betul!

Raffa menjeling. "Disebabkan kau, aku kena bebel dengan dia dari pukul 10 malam sampai 2 pagi tahu tak! Tak bagi peluang langsung aku nak explain!"

Mendengarkan itu, Nuha gelak besar. Lengan Raffa dipukul-pukul, tidak dapat menahan geli hati. Rasa nak gelak guna mikrofon pula.

"Aku dah kata Aali tu macam mak nenek. Kau degil nak kahwin juga dengan dia. Sekarang baru kau rasa azabnya kena bebel dengan dia."

Raffa terasa mahu humban kepala Nuha dalam lubang jamban. Padahal dia dulu yang kenalkan! Sekarang dia pula yang kena azabnya.

Nuha menghabiskan sisa tawanya. Air mata yang mengalir itu disapu perlahan.

"Tapi tak boleh nak kata apa lah kan. Kau dah jadi isteri dia dah pun. Nak tak nak kena tadah telinga juga. Syurga kau tu." Raffa anggukkan kepalanya. Tidak dapat dinafikan hal itu.

Nak tak nak, Raffa kena terima kekurangan Aali juga. Bukan kekurangan pun sebenarnya, bersyukur dapat suami yang kuat membebel ni. Nanti bila dah tua, rindu pula nak dengar bebelan itu. Membebel macam mana pun, pasti Aali akan selitkan nasihat yang sangat berguna. Bukan sekadar bebelan kosong.

"Cakap lebih kau ya? Abeer tu tak membebel ke?"

Inilah yang Nuha mahu flex kan!

"Dah sayang bini kan, nak membebel pun dia rasa membazir air liur dia yang berharga tu." inilah yang Nuha sayangkan sangat dekat Abeer.

DominantWhere stories live. Discover now