2

45 6 0
                                    

"Kau ni memang tak tahu malu eh?"

Aali memincing Nuha tajam. Adiknya, Nuha sengaja buat atau apa?

"Benda kau ni? Macam mak nenek lah."

Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba serang orang macam tu. Manalah dia faham apa-apa! Cuba straight to the point. Nuha ni tak boleh berkias-kias, dia makin tidak faham nanti.

"Kau sengaja bagi bilik tetamu satu dekat Abeer ke apa?" soal Aali garang. Wajahnya serius, tiada secalit senyuman.

Bilik tetamu satu? Bila ma... sa? Oh no!

Nuha gigit bibirnya. Memandang Aali dengan rasa bersalah. Telefon diletakkan ke tepi. Ini hal mustahak, tidak boleh main-main! Soal hidup dan mati!

"Aali... Sumpah dho aku tak sengaja. Serius, aku tak tipu! Aku memang ingat dah mama cakap bagi bilik tetamu dua dekat kawan kau tu, tapi kau tahulah aku ni macam mana kalau dah clumsy. Wey, sumpah tak sengaja!" Nuha terasa ingin menangis.

Bermacam-macam perkara bermain difikirannya. Macam mana kalau Abeer nampak gambar dia tidak bertudung di dalam bilik itu? Macam mana kalau Abeer buka almari yang menempatkan baju-baju yang tidak sepatutnya dijumpai? Macam mana kalau...

Wargh, dia sangat malu! Macam mana dengan auratnya nanti? Macam mana kalau Abeer sudah ternampak gambar dia tidak menutup aurat?

"Tak payah nak menangis. Salah diri sendiri kan?" Aali memeluk tubuh.

Sudah dia katakan dari dulu lagi. Kunci bilik itu jika jarang digunakan. Simpan gambar-gambar dan baju yang tak sepatutnya ditempat yang lebih selamat. Ini tidak, degil! Tak nak dengar cakap! Menjawab saja tahu!

Dah kalau jadi macam ni, nak buat macam mana? Memanglah dosa tanggung sendiri, tapi dia sebagai abang kena tegur juga. Nak jawab apa nanti dekat depan Allah kenapa tak tegur adik tentang auratnya?

"Abang...." air mata dah mengalir.

"Aali,"

Aali menoleh kebelakang. Dilihatnya Abeer sudah siap mahu meminta diri untuk pulang. Datang sekejap mahu melawat Aali dan keluarga sahaja kerana mereka sudah lama tidak bersua muka. Waktu terakhir mereka berjumpa semasa hari konvokesyen mereka. Selepas itu, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Tiada masa langsung mahu berjumpa.

"Aku balik dulu. Lama sangat dah aku tumpang rehat."

Aali menjeling Nuha seketika yang duduk memeluk lutut sambil menutup muka dengan bantal sofa. Tahu pun malu! Lain kali fikir dulu sebelum buat sesuatu.

Kata orang mak nenek lah, apa lah. Orang bebel pun untuk dia juga. Macam-macam lah Nuha ni!

Abeer turut sama memandang Nuha tetapi hanya seketika. Riak kosong sentiasa menghiasi wajahnya.

"Jom, aku hantar kau sampai luar."

Aali dan Abeer sama-sama berjalan keluar meninggalkan Nuha bersendirian diruang tamu.

"Benci, Aali! Bukannya nak tolong orang." Nuha berbisik perlahan dalam tangisannya.

Perlahan-lahan dia bangun, menapak longlai masuk ke dalam biliknya. Dia serahkan saja takdirnya kepada Allah. Apa nak jadi, jadilah. Tak boleh undur mana pun. Nak menyesal pun dah terlambat. Semoga Allah memelihara auratnya dengan menutup hijab Abeer.

Belum sempat dia pulas tombol pintu, matanya tertangkap satu nota yang terlekat di pintu biliknya. Nota itu ditarik lalu dibacanya perlahan.

'Jangan risau, saya tidak sentuh apa-apa barang Nuha. Saya hanya pinjam katil dengan bilik air sahaja. Terima kasih.' — Abeer

DominantWhere stories live. Discover now