9

53 9 0
                                    

"Awak cakap apa tadi dengan Abeer?"

Tuan Darman sekadar tersenyum nipis. "Masalah lelaki. Awak tak payah tahulah."

Puan Seroja mencebik. Hish, boleh pula macam tu!

"Ini... Aali mana?"

Puan Seroja menghidangkan air untuk suaminya. "Macam biasalah. Keluar dengan Abeer."

Tuan Darman senyum. "Awak rasa... Abeer tu orangnya macam mana?"

Puan Seroja mengangkat keningnya. Aik, tiba-tiba saja mahu bertanya? Selama ini tidak ada pula mahu bertanya. Aali dan Abeer tu sudah berbelas tahun berkawan, tak ada pula nak tanya sepanjang tempoh itu.

"Okey je, kenapa? Elok je saya tengok."

"Hish, ikhlas lah sikit. Kita nak buat dia jadi menantu ni. Sebelum itu, baik saya tanya awak dulu. Awak kan ada naluri seorang ibu yang sangat kuat."

Mata Puan Seroja membeliakkan besar. "Ha, menantu?!"

Tuan Darman meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Menyuruh isterinya memperlahankan suara. Hish, kantoi nanti!

"Awak biar betul? Nuha tak ada cakap dekat saya apa-apa pun? Aali pun tak ada."

Tak baik buat fitnah macam tu. Kalau nak sangat Abeer tu jadi menantu sekali pun, bincanglah dulu awal-awal. Ini tidak. Suka betul buat orang terkejut.

"Memanglah dia orang tak ada cakap apa-apa. Abeer cakap dekat saya pagi tadi."

"Awak ada paksa dia masuk keluarga kita ke? Mustahillah orang berada macam dia nak masuk keluarga kita yang serba-serbi ni, bang."

Tuan Darman berdecit malas. "Drama pula bini aku ni."

"Wahai Puan Seroja, ini bukan drama tv3 nak kena ada sama taraf bagai. Buat apa nak pandang semua tu kalau Abeer sendiri yang ikhlas?"

Puan Seroja kelihatan ragu-ragu. Entahlah, rupanya-rupanya drama tv3 itu sudah sedikit sebanyak mempengaruhi mindanya. Macam mana kalau Nuha dapat mentua yang tidak sukakannya? Macam mana kalau mentua dia mencari menantu yang sama taraf dengan mereka?

"Awak tahu ke penerimaan keluarga Abeer tu macam mana, bang? Tinggi darjat mereka jika nak dibandingkan dengan kita."

Tuan Darman hela nafas panjang. Dia tahu sangat isterinya sangat risaukan keadaan Nuha. Nak-nak lagi, hanya Aali dan Nuha sahaja anak mereka. Itulah, selalu sangat tengok drama sampai terpengaruh minda tu.

"Awak kan kenal dato' dengan datin tu macam mana. Tak kan lah dia nak buat benda tak baik dekat Nuha?"

"Pasal dato' dan datin saya tak risau sangat. Adik beradik dia tu nanti, saudara-mara mereka, sepupu-papar mereka? Kita belum kenal mereka sepenuhnya lagi, bang."

Tuan Darman genggam tangan isterinya. "Hal itu awak jangan risau. Tahulah Abeer nak uruskan macam mana. Hal keluarga dia, hanya dia saja yang tahu. Kita cuma doakan yang terbaik saja untuk Nuha, okey? Saya yakin Nuha dengan Abeer boleh bahagia. Keturunan kita pun nanti mesti elok-elok."

Puan Seroja pukul manja bahu suaminya."Ke situ pula awak ni."

"Mama! Papa!"

Tuan Darman dan Puan Seroja sama-sama mengurut dada. Kus semangat!

Muncul Nuha dari tingkat atas. Berlari anak turun tangga mendapatkan papa dan namanya. Kemudian, dia ambil tempat di sebelah Puan Seroja.

"Apa awak ni, Nuha? Terjerit-jerit. Terjaga nenek nanti dengan suara awak."

Nuha tersengih kerang busuk. Manakala Tuan Darman menggelengkan kepalanya. Bertuah betul anak dara seorang ini.

"Nuha ada berita. Nuha yakin mama dengan papa akan sujud syukur."

DominantWhere stories live. Discover now