Nuha mendengus geram tatkala teks yang dikirimkan oleh Aali itu dibaca.
Aali Nuh
+ Meeting belum habis. Nanti aku minta tolong kawan aku.
+ Jangan marahYang namanya Aali Nuh bin Darman ini kan, memang suka buat Nuha sakit hati. Sudahlah guna kereta orang, orang nak gerak ke mana-mana pun susah! Ada kereta sendiri tak nak guna. Pelik sungguh!
"Argh! Aali ni pun! Orang dah lambat ni!"
Tiba-tiba muncul satu kereta berhenti betul-betul dihadapan Nuha. Nuha angkat keningnya. Siapa pula ni? Ke dia nak culik aku?!
Nuha panik. Patutkah dia telefon Aali? Atau mama? Atau papa? Atau Raffa? Atau Abeer? Dia ketap bibir. Dah kenapa pula nak telefon Abeer? Bukannya ada nombor Abeer pun! Cis!
Muncul seorang lelaki berpakaian casual keluar daripada kereta itu. Nuha kaku seketika. Baru sebut, dah muncul. Panjang umur, dekat jodoh. Ceh!
Lelaki itu jalan mendekati Nuha membuatkan jantung Nuha mengepam darah laju. Ah, apa aku nak buat ni?!
"Aali minta saya hantarkan Nuha pergi kerja."
Nuha terpinga-pinga. Kalau iya pun nak minta tolong, rasanya boleh minta tolong Raffa kot. Ini kalau dah minta tolong Abeer, tak ke malu dia nanti?
"Er... Tak susahkan ke? Tempat kerja saya jauh dari sini."
Abeer angkat keningnya. "Tak, lagi pun satu jalan. Saya nak ke satu tempat juga. Dekat-dekat situ."
Nuha anggukkan kepalanya. Hm, patutlah. Ingatkan kena paksa dengan Aali. Tahu-tahulah yang Aali tu memang suka memaksa orang.
Belum sempat Nuha mahu membuka pintu kereta sendiri, Abeer selangkah kehadapan dahulu. Nuha ketap bibir.
Princess treatment?!
"Terima kasih."
Abeer sekadar angguk kepala. Setelah Nuha selamat masuk ke dalam kereta, Abeer menutup pintu kereta, kemudian bergerak ke tempat memandu pula.
Basmallah sentiasa titip di mulutnya. Kemudian, kereta mewah itu bergerak meluncur ke jalan raya. Abeer pandu dengan cermat memandangkan dia bawa anak gadis orang.
"Kerja apa?"
Nuha terperanjat. Dia menoleh ke tepi, memandang Abeer yang fokus memandu itu.
"Ha?"
"Nuha kerja apa?"
Sebenarnya Abeer tahu, cuma sekadar mahu membuka topik. Dia agak janggal sebenarnya memandangkan hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta itu.
"Oh, Nuha ingat dato' tahu. Kot-kot Aali ada bagi tahu sebab iyalah... Dato' kan best friend Aali forever till Jannah."
Abeer senyum nipis. "Tak semua benda Aali kena bagi tahu. Nak-nak lagi hal peribadi."
Nuha angguk kepala. Betul juga tu. Senakal-nakal Aali itu pun, tidak sewenang-wenangnya dia akan ceritakan hal peribadi kepada orang lain.
Bagus Aali ni sebenarnya, cuma kadang-kadang tu bermasalah sikit.
"Nuha kerja biasa je. Tak sehebat dato'." Nuha merendah diri. Rasa kerdil rasanya apabila bersebelahan dengan Abeer.
Tengoklah penampilannya saja sudah menunjukkan dia memang orang berada. Dengan kereta mewahnya, dengan pangkatnya. Siapa saja yang tidak kenal dengan orang tua Abeer? Semua orang kenal dengan sifat mereka sekeluarga yang ramah, mesra dan tegas.
Abeer menoleh memandang Nuha sekilas. "Saya tidak sehebat mana, Nuha. Alhamdulillah Allah bagi saya rezeki lebih. Dapat saya merasa untuk membahagiakan bonda dengan ayahnda saya."