Pulang sahaja daripada makan dengan Aali, Abeer tidak lagi singgah dimana-mana. Dia terus pulang memandangkan bonda dan ayahnda sudah beritahu awal-awal yang mereka satu keluarga besar harus berkumpul. Ada hal yang perlu dibincangkan. Abeer sendiri tidak tahu, jadi dia turutkan saja.
Abeer terserempak dengan adik lelakinya di gazebo. Gazebo memang tempat kegemaran adik lelakinya untuk duduk santai tanpa gangguan dihari hujung minggu.
"Yuhu! Baru balik mana?" Amru menyapa terlebih dahulu.
Abeer angkat keningnya. "Kenapa? Kau ingat aku ada masa nak keluar dating macam kau?"
Amru garu keningnya yang tidak gatal. Terasa pula apabila diperli dengan Abeer. Bukan tak biasa, tapi tahu-tahulah kalau Abeer yang memerli, jarang sangat kalau tidak terasa.
"Kasar sangat kau ni, ngah."
"Kau jangan macam-macam, Amru. Bonda dengan ayahnda tak pernah ajar kau buat perangai macam tu."
Abeer dan Amru sama-sama masuk ke dalam rumah. Alang-alang dah terserempak, sekali sahajalah masuk.
"Ya, Amru tahu. Amru cuma berkawan saja dengan dia."
"Kalau kau cuma anggap dia kawan sahaja, jangan bagi harapan. Perempuan ni kadang-kadang boleh salah faham dengan apa yang lelaki buat untuk dia, lagi-lagi yang melibatkan perasaan."
Amru angguk-anggukan kepala. Faham sangat kalau Abeer sudah berucap panjang lebar. Dengan orang lain punyalah susah nak buka mulut. Dengan adik sendiri, wah! Nak tidur pun kena tazkirah.
Hebat sungguhlah abang dia yang seorang ini. Tinggi ilmu pengetahuan dia. Apa saja yang Abeer tidak tahu? Semuanya didalam genggaman dia tau! Abeer ni ibarat google. Tanya saja, pasti dapat jawapan.
Abeer ni memang serba lengkap, semua perempuan nak kan Abeer jadi suami. Semua orang tergila-gilakan Abeer, cumanya Abeer saja yang memilih.
Bonda dengan ayahnda tak kisah pun siapa yang menjadi pilihan anak mereka, tetapi kalau boleh biarlah sedap mata memandang, datang daripada keturunan yang baik-baik, solehah, boleh jaga anak mereka dengan baik. Itu sudah cukup.
"Ya, Amru faham. Berapa kali nak ulang?"
Abeer menjeling. "Biar kau ingat sampai bila-bila. Kau tu kan liar sikit, keras kepala. Susah nak dengar cakap."
Amru sengih kerang busuk. Malulah kalau Abeer yang mention ni. Rasa kerdil pula biarpun abangnya sendiri.
"Abeer daripada mana?"
Bonda, Datin Dr. Rohaya bertanya sebaik sahaja Abeer dan Amru sama-sama melabuhkan punggung disofa. Wajah manis bonda mereka menjadi pemandangan pertama sewaktu tiba diruang tamu.
"Keluar jumpa Aali."
"Oh, Aali Nuh ya? Lama bonda tak dengar pasal dia. Dia dengan keluarga sihat?"
Abeer pun tidak terkecuali orang yang selalu ceritakan pasal Aali kepada keluarganya. Senang cerita keluarga masing-masing kenal antara satu sama lain. Tidaklah risau mana dengan siapa mereka berkawan dan bergaul.
"Semalam Abeer jumpa dia dengan keluarga dia. Sihat alhamdulillah."
Bonda anggukkan kepalanya.
"Mana yang lain bonda?"
Baru sahaja Abeer mahu bertanya, baru suara-suara riuh kedengaran dirumah agam milik Dato' Dr. Ghazali dan Datin Dr. Rohaya itu. Dah kalau keluarga besarnya bertandang ke sini, mananya tak bergema rumah agam ini?
"Abeer,"
Abeer menoleh. Matanya disapa dengan susuk tubuh si sulung yang jarang sekali balik Malaysia.