5

36 6 0
                                    

"Bonda, ayahnda, inilah parents Aali."

Dato' Dr. Ghazali dan Datin Dr. Rohaya menoleh lalu tersenyum lebar. Segera mereka mendekati Tuan Darman dan Puan Seroja.

Dato' Dr. Ghazali berjabat tangan dengan Tuan Darman, manakala Datin Dr. Rohaya berpelukan dengan Puan Seroja. Mereka menyapa bagaikan kawan yang sudah lama tidak berjumpa, padahal masing-masing belum berkenalan.

"Datang berdua je ke?"

Puan Seroja geleng kepala. Mengamit kedua-dua anaknya agar mendekati. Berjabat tangan dan berpelukan.

"Dua-dua ni anak saya, Aali dengan Nuha."

"Sepasang lah ni, ya?" Tuan Darman dan Puan Seroja senyum manis.

Ayahnda dan bonda angguk sama. "Aali dah selalu dengar. Abeer sungguh-sungguh bercerita dekat kami. Ini... Yang manis ni? Abeer tak ada pula cerita."

Bonda melirikkan matanya pada Abeer bersama senyuman yang sukar ditafsirkan. Abeer pula sekadar angkat keningnya. Buat-buat tidak faham.

"Saya Nuha, datin. 26 tahun, kerja biasa-biasa, suka kucing, suka tomyam, suka aiskrim yang tinot tinot tu, tak pun yang lagu dia paddle pop, paddle pop, perut acik meletup. Boom! Ha yang itu. Lepas tu, saya jenis tak memilih, tapi bab pilih suami memang demand tinggi sikit. Bukan sikit, datin. Banyak pun boleh jadi. Iyalah kan, nak pilih yang boleh bimbing ke syurga. Tak gitu, datin?" sempat Nuha bergurau.

Tetapi mendapat jelingan tajam daripada mama dan papa pula. Apa? Betullah kan?

Aali yang berdiri disebelah Abeer pula menepuk dahi. Ya Allah, adik oi! Kau tu bukan pergi interview dengan kawan! Dengan Dato' dan Datin tu, adik oi! Alahai...

Dato' Dr. Ghazali dan Datin Dr. Rohaya sama-sama gelak mengekek. Terhibur dengan ulahan Nuha yang kelakar itu. Jaranglah dia nak jumpa gadis seperti ini.

Mereka berdua sangat-sangat suka!

"Maafkan anak kami, Dato', Datin. Nuha ni kadang-kadang ramah tak boleh kawal diri."

"Tak apa, kami lagi suka."

Abeer dah rasa lain macam dengan bonda dan ayahndanya ini. Tak pernah secepat itu suka seseorang. Pelik ni!

"Panggil Ghazali dengan Rohaya je. Tak perlu dato' datin. Segan pula kami."

Tuan Darman dan Puan Seroja senyum lagi. Tak pasal-pasal berkawan dengan golongan bangsawan. Bertuah punya Nuha!

"Bukan kau seorang je pelik, Abeer. Aku ni pun tengah pelik. Jangan-jangan bonda dengan ayahnda kau minat adik aku tak?" tebak Aali sambil berbisik pada Abeer.

"Jom kita ke depan? Kenduri arwah dah nak mula. Ustaz dengan anak-anak tahfiz pun dah sampai." celah Abeer.

Mereka semua angguk kepala. "Iyalah, iyalah. Mari ke depan."

Mujur Abeer mencelah. Kalau tidak, masa itu juga rasanya Datin Dr. Rohaya mahu pinang Nuha buat Abeer. Terkenan pula jadinya.

"Habislah kau! Jadi adik ipar aku nanti." Aali ketawa mengejek.

Abeer menjeling. "Merepek."

Aali bersiul senang hati. Suka bila dapat kenakan Abeer.


ʕ•ε•ʔ


Nuha mencuit pinggang Puan Seroja yang leka menikmati kuih kegemarannya. Mama kalau dah jumpa kuih kegemaran, memang tak pandang anak dah. Lebih sayang kuih daripada anak sendiri.

DominantWhere stories live. Discover now