10

56 11 2
                                    

Rasanya seperti baru sahaja Raffa menerima Aali sebagai teman hidup. Tup tap Tup tap, seminggu kemudian mereka sudah mengikat tali pertunangan. Aali itu lah! Gelojoh sangat, takut sungguh kalau Raffa diambil orang.

Memanglah mak Raffa ada cakap yang dia akan jodohnya Raffa dengan anak kawannya, tetapi itu kalau Raffa betul-betul tiada jodoh dan pilihan Raffa itu sendiri tidak sekufu. Mujurlah Aali itu serba serbi berkebolehan. Bolehlah meyakinkan bakal mak mentua untuk jaga anak dia dengan baik.

"Kau kakak ipar aku, Fa? Aneh betul! Macam manalah kau boleh terdetik nak terima Aali tu? Dia tu pelik tahu tak?" Nuha gelengkan kepala. Bila difikirkan balik bagaimana perangai Aali, dia jadi seram. Macam manalah Raffa mahu bertahan dengan perangai Aali yang kadang-kala mengada tahap tujuh petala dunia itu?

Raffa berdecit malas. Buah tembikai dibawa masuk ke dalam mulut. "Kau ni, kira baik aku terima kau jadi adik ipar aku. Kalau tak, aku pun tak ingin!"

"Ceh, cakap macam aku yang masuk dalam keluarga dia."

Nuha menjeling. Dia melihat sekeliling. Rasa nak makan lagi, tapi malu. Dia sudah banyak kali ulang-alik di tempat makanan. Nanti orang kata apa pula.

'Nuha bela saka ke?'

'Nuha makan banyak, tapi kenapa sama je badannya?'

'Nuha makan pil kurus ke?'

Malaslah Nuha nak hadap mulut orang yang menyakitkan hati itu semua. Baik dia suruh Raffa yang ambilkan. Ye tak?

Nuha pandang Raffa dengan senyuman manisnya. Raffa membuat muka pelik. Macam dah dapat agak apa yang Nuha mahukan. Muka pun dah creepy semacam.

"Nak suruh aku ambilkan makanan lah tu!" teka Raffa.

Tepat! 100 markah!

Nuha tersengih. "Bolehlah... Kau kan tuan rumah. Aku malu lah nak ambil. Nanti orang kata aku bela saka kang!"

Raffa menjeling. Memang bela saka agaknya! Makan banyak, tapi tetap kurus. Tak faham betul!

Raffa bangun setelah selesai mengunyah habis tembikai di dalam mulutnya. Baru sahaja dia mahu melangkah ke tempat makanan, tubuhnya terhalang.

Nuha turut terkejut, tetapi hanya seketika selepas lihat gerangan siapa yang menghalang langkah Raffa itu. Dia menggulingkan mata ke atas. Menate ni lagi!

"Tak apa, Raffa. Aali dah ambilkan untuk Nuha. Raffa duduklah."

Ergh! Rasa gatal pula telinganya mendengar omongan yang keluar daripada mulut Aali itu.

Memang Aali orangnya! Dengan siapa lagi dia ke sini kalau bukan dengan sahabat sehati sejiwa sejantung sepeparu seorgan dia, Abeer? Macam gay dah dia tengok mereka berdua. Ke mana-mana mesti berdua. Tak faham betul!

"Nah, makanan untuk si pendek!" pinggan plastik ditolak ke arah Nuha.

Nuha mendengus. "Hish, kau ni! Pendek, pendek. Sensitif tahu tak?!"

Marah-marah pun, Nuha tetap tarik pinggan yang diberi Aali tadi. Sepotong kek dibawa masuk ke dalam mulut. Erm, sedap dooh! Kena tapau bawa balik ni!

"Eh, kau." lengan Raffa disenggol.

Raffa menghayun kan dagunya ke hadapan. "Apa?"

"Kek ni tapaukan untuk aku eh? Sedaplah!"

Membulat mata Raffa mendengar itu. "Kau ni perut apa sebenarnya? Perut tong ke, perut lori?!"

Gila Nuha ni. Tak kan lah tak kenyang daripada tadi? Berpinggan-pinggan kot dia ambil tadi!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DominantWhere stories live. Discover now