7

66 9 2
                                    

"Uyo! Ini ke adik kau? Cantik gila!"

Kawan Aali bersuara tiba-tiba apabila melihat Nuha dan Raffa muncul di laman dengan pinggan ditangan mereka.

Nuha yang mendengarkan itu terperanjat. Dia senyum janggal. Mati kalau Aali dengar ni!

"Yazeed, your manners." tegur Abeer dengan tegas.

"Aku pijak tengkuk kau, baik kau diam." sambung Aali pula.

Terdiam Yazeed apabila ditegur dua orang rakannya itu. Dia sengih kerang busuk. Alamak, kena warning pertama pula!

"Apa bendalah kau ni? Kau nak mati kena pukul dengan dua orang ni ke?"

"Entah kau ni. Perangai taik kau tu baik kau buang, sebelum kau yang kita orang buang."

Aufa dan Idlan turut menyokong. Tak sanggup mereka mahu lihat Aali dan Abeer sama-sama naik angin.

Aali dan Abeer kalau naik angin memang tidak boleh bawa bincang. Memang patut mereka berdua bersahabat. Sama-sama marah, sama-sama tenangkan diri antara satu sama lain.

Aali menjeling. Dia bangun mendekati adiknya dan Raffa yang terkial-kial ingin mengambil juadah mereka. Diikuti dengan Abeer mengikut langkah Aali.

"Kenapa lama sangat dekat dapur?" soal Aali sambil tangannya bergerak menyepit ayam dan kambing ke pinggan dua gadis itu.

Manakala Abeer mengambilkan air untuk dua gadis itu. Cepat ambil, cepat mereka beredar. Tidaklah kena kacau dengan Yazeed lagi. Tahu-tahulah yang Yazeed itu agak liar sikit perangainya. Sukar dibendung.

"Tolong Raffa selesaikan masalah tadi." jawab Nuha. Raffa sengih disebelah.

Alamak Nuha ni! Jangan kantoikan!

"Masalah apa?"

Abeer sekadar mendengar dua beradik itu berbual. Tidak pula dia mahu menyampuk. Tangannya pula bergerak menyepit ayam yang masih di atas pemanggang.

"Panjang cerita dia, tak boleh dipendekkan." sempat Nuha bergurau dengan muka bersahajanya itu.

Aali menjeling adiknya. Sabar sajalah dengan adiknya seorang ini. Tak pernah serius!

"Okey, nanti cerita dekat Aali. Biar Aali tolong sekali."

Tatkala Aali menggelarkan dirinya dengan namanya sendiri, tahulah Nuha yang Aali betul-betul serius dengan cakapnya.

Nuha anggukkan kepalanya. "Nuha dengan Raffa duduk dekat dalam tau."

Aali bergumam sebagai balasan. Langkah adiknya, Nuha dan Raffa dilihat sehingga kedua-dua hilang disebalik ruang tamu.

"Apa masalah?" soal Abeer tanpa selindung.

Aali menjongketkan bahunya. "Perempuan... Biasalah. Banyak masalah. Mana pernah nak selesai."

Abeer senyum nipis. Kelakar.

Aali yang terlihat Abeer senyum itu, dia sergah.

"Kau pahal senyum-senyum? Syok?"

Giliran Abeer pula menjongketkan bahunya. Hanya senyum, tidak menjawab pertanyaan Aali.

"Tak payah, Abeer. Aku takut kau merana dapat abang ipar macam aku. Aku ni demand tinggi."

"Aku tahu."

"Adik aku tu garang, mengalahkan beruang."

"Ya, aku tahu."

"Mama dengan papa aku pun demand tinggi. Susah nak lepas. Ramai yang tak lepas soal jawab dengan mama papa aku."

"Aku tahu yang itu juga."

DominantWhere stories live. Discover now