3

46 6 0
                                    

"Dari jauh aku sudah bau tahi di sini, bhai!"

Zayyad menghampiri meja mereka dengan kerutan di dahi. Tahi... Apa? Dia tak faham!

"Bau tahi? Tak ada, Ayad tak bau pun."

Hm, makin bodoh. Patutlah! Memang tidak hairan.

"Oh, lah! Baru perasan kau dekat sini. Apa khabar, Encik Pilot? Seghonok berdating dengan awek pramugari? Nampak bahagia sangat!" Perlian Raffa mengundang rasa pelik Zayyad.

Dah pelik, jadi makin pelik. Sesungguhnya dia tidak faham apa yang Raffa cuba maksudkan. Dia ada salahkah? Tetapi kalau ada pun, apa dia? Dia sendiri tidak tahu.

"Apa benda ni, Ayad tak fahamlah. Cuba bagitahu betul-betul, rasanya tak perlu perli-perli."

"Nuha?"

Nuha angkat kepala daripada menunduk menguis makanannya. Memandang Zayyad dengan mata tajamnya. Sudu dan garpu dilepaskan kasar dan menghasilkan bunyi dentingan kuat.

Tindakan itu mengundang rasa terkejut Zayyad. Memandang Nuha dengan mata yang membulat. Terkejut bertambah tidak faham. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

"Diamlah, Yad. Balik je sana. Saya tak nak jumpa awak dah."

Rasa sakit sangat hati ni bila tengok muka Zayyad yang langsung tak ada rasa bersalah. Jumpa dia macam dia pula yang ada salah.

Zayyad membuat muka serius. "Kalau awak tak terus terang dengan saya, macam mana saya nak tahu apa salah saya? Saya sendiri pun tak tahu apa salah saya."

Nuha berdecit, manakala Raffa bersiul perlahan. Fuh, tidak tahu salah apa? Pandai dia mainkan permainan ini.

"Minggu lepas awak pergi mana?"

"Kan saya dah kata, saya flight pergi Hong Kong." balas Zayyad dengan kening yang terjongket.

Nuha anggukkan kepala. "Itu saya tahu awak flight ke Hong Kong. Sepatutnya hanya dua hari. Ke mana lagi 5 hari yang lain? Dan sepatutnya awak terus datang berjumpa dengan saya dalam lingkungan 5 hari itu."

Zayyad mengerutkan dahinya. "Bila masa pula kita buat perjanjian macam itu?"

Nuha menunduk mengurut dahi. Macam manalah boleh sangkut dengan dia ni? Kalau hari-hari macam ni, boleh gila jadinya!

Raffa yang mendengar itu pun rasa berasap sahaja daripada tadi. Rasa nak humban kepala bulat dia ni dalam mangkuk jamban. Sesekali buat pembersihan kan.

Boleh pula dia tanya macam tu? Kalau Nuha tu dah berasap, Raffa pula? Berapi sudah rasanya!

"Ya Allah, serabutnya aku!" Raffa rasa nak terbalikkan meja sekarang ini.

"Macam ini lah ya, Zayyad. Memandangkan hubungan sulit awak dengan skandal awak dah sampai ke telinga saya, kita putus ya?" pinta Nuha dengan nada yang baik.

Selagi dia boleh bercakap dengan baik, dia akan mencuba. Nuha kalau boleh tidak mahu menimbulkan masalah besar. Kalau boleh selesaikan dengan cara baik, kita buat.

"Bila masa saya ada skandal pula ni? Ma... Macam mana awak boleh tahu?" tergagap-gagap Zayyad mahu menafikan.

Sedaya upaya dia cuba untuk beriak tenang, tetapi bila melihat renungan tajam milik Nuha itu membuatkan dia panas punggung. Rasa tak sedap hati.

Raffa berdecit sinis. "Viral dah muka kau tu. Harap muka je baik, tapi perangai?"

"Kalau sebelum kahwin kau dah buat perangai, macam manalah selepas kahwin kan? Agaknya sampai Nuha yang minta cerai." sinis Raffa berulah.

DominantWhere stories live. Discover now