𝑩𝑨𝑩 7 - 𝑴&𝑺

42 3 0
                                    

Sudah tiga bulan berlalu , terasa seperti sudah setahun . Aku mengambil keputusan untuk cuti selama tiga hari , selepas semua murid mengambil peperiksaan akhir tahun , tujuannya untuk menenangkan diri . Kali ini aku tidak berseorangan , semestinya Ada Layla dan Helena , jika tiada mereka berdua hari hari aku memang tidak tenteram .

Yaqin pula , sudah lama tidak mendengar khabar dari sana , entah hidup atau ...Yang tu tak nak sebut . Moga moga tiada apa yang berlaku .

" Lama lagi ke kau nak heal kat sini ? Dahla mak Aku dah bising suruh balik " soal Helena dengan wajah mencebik . Semenjak Harris tiada , maknya memang selalu menyuruhnya untuk balik kerumah dengan lebih awal .

" Alah kau ni , rilek la dulu . Esok kan kita cuti , apa nak kisah " Balas Layla selamba . Helena tidak duduk serumah dengan aku bersama Layla , kerana maknya yang agak ' strict ' sampaikan kalau dia ingin kemana mana , Ada masa yang ditetapkan.

" Tak apa la korang , kalau korang nak balik dulu gi jela , Aku nak stay kat sini , petang baru balik " Sudah menjadi kebiasaan jika mereka ingin balik dan biarkan aku disini , kerana tempat ini merupakan satu satunya tempat yang paling kerap Aku kunjungi jika ingin ' me time ' .

" Kalau gitu , Aku gerak Lu , nak hantar dia ni balik umah , aku gi dulu yaa " Layla melambai kearah aku , lalu beredar . Tinggallah aku keseorangan disitu .sunyi memang sunyi , seperti hati aku .

" Ya Allah , Berikan lah Aku pentunjuk untuk mencari cinta yang tulus dan sejati , supaya Aku tidak lagi berasa rungsing . " Doa Aku , perlahan sambil menghela nafas .

" Lama ke tunggu Aku balik ? Kau rindu Aku ke ? Dahla lupa ambik Aku kat airport " Tiba tiba saja aku mendengar suara garau dari sebelah kiri . Membulat Mata Aku apabila melihat dia berpakaian seluar slack hitam , dipadankan lagi bersama jaket bewarna hitam , sambil menggalas beg .

" Jap...awak tak cakap pun awak balik harini ? Macam mana saya nak- " Aku masih dalam keadaan terkejut . Yalah , selamba saja dia muncul disitu .

" Bende dah lepas , biarkan jelah . Lagipun Aku ada depan mata kau sekarang " jawabnya , selamba .

Dia ni suka sangat potong ayat Aku !

" Jap , kalau awak balik...Harris dengan Tengku mana ? "

Jarinya menunjuk kearah Harris yang sedang cuba memujuk Layla , kerana Harris tidak memberitahu dirinya tentang lukanya yang berada ditangan dan bahu . Tak dilupa juga Helena , dia apa lagi , tengah gorat si tengku yang ' cold ' Tu la ! Ingatkan mereka betul betul ingin balik kerumah , rupanya semuanya hanya lakonan , tak guna punya kawan .

Aku hanya tergelak melihat kerenah Rakan rakan aku , sepertinya tidak lama lagi , hanya aku orang yang ' single ' didalam persahabatan kami .

" Hey ! Kau ni memang jenis sombong ngan orang ke huh ? Orang nak kenal ja pun , itupun tak nak jawab ! " Marah Helena kepada Tengku yang dari tadi hanya diam . Seperti bercakap dengan patung pula bila bersembang dengan Tengku ni !

" Fine . Tadi nak tahu sangat kan , Aku Tengku adham irsyad , panggil Aku Tengku je , puas ? " Itu je ?! Memang kedekut pengenalan diri betul dia ni !

" Hish dah la ! Cakap ngan kau macam cakap dengan tokong cina tahu tak ?! " Terus Helena berjalan menuju kearah aku , namun lengannya yang berlapikkan abaya hitam itu ditarik kasar oleh Tengku .

Mendengar pasal tokong cina , Harris tergelak mengingat kembali tentang Yaqin memanggil Farhan dengan gelaran tokong cina.

" Last one , Aku anak kedua . Pasal lain lain Tu Aku malas nak cakap , kau bukannya bakal menantu mak Aku pun " selamba dia berkata .

" Hekeleh ! Ingat Aku nak sangat ke kat kau ?! Dalam mimpi ! "

Itu baru si Helena bersama...nak panggil apa ye ? Kawan ? Cam tak mesra sangat . Kalau gf ? Lagilahh . Beralih kepada Layla bersama bakal suaminya , Harris kerana tidak lama lagi mereka akan mendirikan rumahtangga .

LOVE YOU , MRS . ALPHA ( NEW VERSION)Where stories live. Discover now