Cuaca pada pagi ini tidaklah terlalu cerah kerana hujan . Namun kerana hujanlah rumah yang agak sunyi itu menjadi sejuk . Sudah genap tiga bulan sejak pertunangan aku dan dia , tapi dia agak sibuk seperti biasa dan kadang kalanya semua barangan perkahwinan aku uruskan sendiri .
Kau yang pilih jalan ini bukan , Mira ? Berkahwin dengan dia bukannya seperti berkahwin dengan orang biasa .
Ya , memang benar . Namun semuanya aku serahkan kepada yang maha esa kerana dialah yang menentukan jodoh , ajal dan maut aku . Ketukan dipintu membuatkan renunganku hilang . Aku dengan perlahan membuka pintu .
" Lah , Maklong rupanya . Ingatkan siapa pulak tadi "
Puan Halimatun ketawa perlahan .
" Kenapa ? Terkejut sangat ke hm? Alahai budak kecik sorang ni " dia tersenyum sambil mencuit hidungku . Dengan perlahan dia melangkah masuk kedalam rumah bersama bahan bahan masakan yang sudah dibeli dipasar .
" Eh mana ada la Maklong . Eh kejap , Paklong mana ? Pergi kerja semula ke " soalku sambil mencari kelibat Tuan Harith . Padahal baru saja keluar membeli barang bersama Maklong , dah pergi kerja semula ?
" Iya Mira , Paklong tadi baru je gerak pergi kerja semula . Takut terlewat katanya " Balas Puan Halimatun sambil tangannya membasuh sayur yang sudah dibelinya .
" Macam mana dengan persiapan tu ? Dah siap ke ? " Puan Halimatun pula menyoal , kerana melihat aku seperti gelisah .
" Sikit je lagi , haih letihlaa Maklong "
Puan Halimatun cuma ketawa perlahan sambil tangannya mengusap perlahan kepalaku . Ini bagaikan...usapan kasih seorang Ibu..
" Biasalah tu sayang bila nanti kamu dah duduk atas pelamin , dah dilafazkan nikah semua letih tu akan bertukar dengan rasa gembira . Gembira kerana sah menjadi seorang isteri . Tapi golongan seperti kamu merupakan wanita hebat kerana sah menjadi isteri kepada pemilik negara "
" Kita ini akan diuji apabila seorang suami harus pergi operasi , pergi kursus dan terkadang waktu meluangkan masa untuk keluarga jugaklah mereka ini dipanggil . Maklong cuma nak pesan kamu jangan pernah mengeluh bila tahu semua ini sebab mengeluh macam mana sekalipun mereka tetap kena pergi tau "
" Tambah pula bila tengah mengandung , terkadang ramai wanita yang berkahwin dengan tentera ni bersalin sorang sebab apa ? Suami mereka tak boleh bersama mereka demi negara . Ingat tau apa Maklong pesan supaya kamu tak terlupa lepas sah jadi isteri kepada Yaqin " Aku terdiam seketika setelah mendengar penjelasan Puan Halimatun . Aku tidak dapat menafikannya kerana dia sudahpun makan garam terlebih dahulu daripada aku .
" Baiklah kalau macamtu Maklong . Walaupun sukar tapi saya cuba " Aku cuba untuk tetap tersenyum walaupun sebenarnya terselit seribu perasaan sedih .
" Abe , nanti lepas abang balik nak ayang masakkan apa ? " Soal Layla sambil menyetrika baju loreng nombor tiga milik Harris . Setelah lebih tiga bulan juga berkahwin dengan Harris , dia tetap merasa bahagia dan semuanya cukup . Tidak pernah sekalipun Harris kurang dalam menjaganya . Walaupun terkadang Harris harus pergi demi kerja .
" Hm...harini terpulang kepada ayang nak masak apapun Abe tak kisah sebab semua masakan ayang kan sedap " balasnya dengan romantis sekali sambil mencuit hidung Layla .
" Amboi , pandai eh nak ambik hati saya . Saya tahulah saya pandai masak , tengok perut awak tu dah memboyot macam orang mengandung " katanya sambil ketawa . Tapi memang betul pun HAHAHAH !
" Ish budak kecik ni boleh pula dia kata macamtu dekat suami sendiri . Padahal dia yang gemokkan kita ! Tak apa , nanti Abe kena pergi gym semula nih " tangannya mula menyarung baju loreng itu kerana sudah siap disetrika . Layla sudah pandai menyetrika baju itu kerana Helena sudahpun mengajarnya tempoh hari .
![](https://img.wattpad.com/cover/362929795-288-k766575.jpg)
YOU ARE READING
LOVE YOU , MRS . ALPHA ( NEW VERSION)
RomanceKAPTEN MUHD YAQIN ZAFRAN X NURUL SAADAH SYAMIRA Pandangan pertama di lapangan terbang, mungkin biasa . Pandangan kedua, rasanya kebetulan . Tetapi, hampir kerap kali berjumpa dengan orang sama menjadikan Syamira sendiri naik menyampah kerana sikap...