" Eh, dah sampai anak ibu ! " Puan shima, Ibu kepada Yaqin, dengan cepat mendapatkan anak tunggalnya yang baru saja pulang dari lapangan terbang .
Yaqin hanya tersenyum, memeluk ibunya yang telah lama ditinggalkan kerana operasi.
" Ibu sihat ? Dah makan ke belum ni ? " Sapa Yaqin, lembut .
" Alhamdulilah sihat, ibu baru aje siap masakkan kari ayam dengan ayam goreng . Lepastu jiran sebelah ada kirim pada ibu kek batik, dia buatkan untuk kita " terang Puan shima sambil tersenyum .
Rasa bingung dan pelik menyerang, siapa agak nya ?
" Siapa namanya ibu ? " Soalnya ingin tahu.
" Anak sedara jiran tu ha, namanya Saadah Syamira, baik budaknya. Dia kerja sekali dengan mak. Jarang juga dia ada kat sini pasal dia pun ada rumah sendiri " Balas Puan shima panjang lebar.
" Tambahan pula, dia anak yatim piatu. selama ni jiran kita je yang jaga dia " tambahnya lagi .
Kesian juga perempuan tu ...eh kejap, macam sama je nama dengan perempuan kat lapangan terbang tadi, ke itu memang orangnya ?
" Pandai betul budak tu. rajin siap pandai masak lagi. Untung bakal suami dia nanti "
" Yelah ibu...ibu pujilah dia, Qin nak masuk bilik, mandi lepastu solat . Qin pergi dulu, assalamualaikum " pamitnya, terus beredar masuk kedalam rumah. malas mahu mendengar pujian maknya kepada anak sedara jiran sebelah itu.
" Aih budak ni. baru puji sikit, dah lari " geleng Puan shima melihat sikap Yaqin, tak pernah lari dari ikut perangai arwah ayahnya. Jika ayahnya masih ada, pasti berbangga melihat anak lelakinya mengikut jejaknya sehingga ketahap ini.
Selesai saja menghantar Helena dan Layla kerumah masing masing, Aku terus bergerak kerumah kerana banyak buku latihan murid belum Aku tanda. Memandangkan rumah Puan halimatun dan Tuan harith agak dekat dengan sekolah, Aku membuat keputusan selepas saja mengambil buku, akan terus kesana tidur semalaman .
Disebabkan Aku sampai disana agak lewat, terus Aku menunaikan solat maghrib, tidak lupa juga menghafaz satu ke dua juzuk ayat alquran . Habis saja menghafaz, Aku kembali ke meja tulis untuk mengangkat kesemua buku keluar didepan rumah . Sengaja berbuat begitu kerana diluar lebih tenang.
" Haih, Banyak soalan diorang tak boleh jawab dalam ni. nampaknya lepasni aku kena jugak tekankan diorang tajuk ni " kataku kepada diri sendiri selepas melihat kesemua hasil murid. Sebagai guru, agak kecewa jika banyak soalan tidak dijawab dengan jawapan yang betul, menandakan yang sebenarnya mereka tidak memahami.
" Hello, asal kau call aku malam malam ni Riss ? " Soal Yaqin sambil berjalan keluar rumah untuk bercakap dengan Harris didalam talian.
" Macam ni Qin, esok aku ingat nak ajak kau gi jogging ngan aku esok. Tambahan pula, nanti boleh cari girlfriend gitu " Balas Harris, tersengih sengih didalam talian.
" Kau ni, jangan nak menggatal boleh tak ? Nak, terus nikah, settle masalah " jawabnya dengan nada agak dingin.
" Okay okay aku gurau, janganlah serious sangat. Ingat tau besok, bye ! " Habis saja bercakap, terus mematikan talian. Ada saja Harris ni !
Sambil sambil itu dalam keadaan tidak berbaju, hanya seluar pendek hitam saja yang dipakai Yaqin duduk diatas kerusi, melihat bintang bersama angin sepoi sepoi mengena pada rambut hitam kemasnya.
Aku menutup kesemua buku murid, berasa lega sedikit kerana semuanya telah siap ditanda. Secara tidak sedar, aku terpandang sosok lelaki disebelah rumah, terkejut dengan kehadirannya secara tiba tiba.
" Astagfirullah !! " Segera aku menutup mataku dari melihat itu.
Dia juga terkejut, tidak sedar dengan kehadiran aku disitu, namun kekalkan kemachoaanya.
" Kau sapa hah ? Macam mana boleh ada kat situ ? " Soalnya, masih mengekalkan wajah tegangnya.
" Awak yang siapa?!, macam mana boleh ada kat sini ?! " Jeritku sedikit. boleh pulak dia tanya aku macamtu.
Tanpa mendengarkan apa apa, Aku terus mengangkat kesemua buku, berlari anak masuk kedalam rumah tanpa memikirkan tentang lelaki itu.
" Aih, yang dia nak takut macam nampak hantu ni asal ? Muka aku ni macam vampire ke ? " Yaqin berasa pelik, namun tertawa sedikit melihat perempuan itu segera masuk kerumah.
" She's so cute..." Gumamnya, perlahan.
" Baby ..., dengarlah dulu apa aku nak cakap " semalam bukan kemain beritahu Yaqin untuk joging, rupanya bawa Yaqin semata mata untuk memujuk si Layla. Harris sedaya upaya memujuk supaya tidak memarahi nya lagi tentang kejadian dahulu.
" Baby ? Eyh, gelilah ! Tak payah, benda dah lama ! "
" Nah ! Aku ada beli dress untuk baby, sebagai tanda aku minta maaf " Dia menghulur beg kertas berisi dress biru itu kepada Layla, dengan hati yang gembira Layla mengambil.
* Jangan main main dengan effort dia ye, sapa sapa nak jadikan dia ni suami, amat digalakkan !
" Tak apa, saya okay je tak perlu sampai nak bagi hadiah bagai " terukir senyuman dibibir merahnya, cuba menyatakan bahawa dia baik sahaja. Kisah silam tidak perlu dikenang semula.
Harris membalas senyuman, melihat ke jam tangan nya, menunjukkan pukul sepuluh pagi.
" Aku pergi dulu, see you soon dear..."
Harris bergerak kearah kereta , melihat Yaqin yang masih dengan dengan wajah tegangnya.
" Kau memang nak kena riss " jawabnya, memandang tajam kearah dua mata Harris.
" Jange maghoh kawe, demo tu lamo doh ngaju ko kawe, pasa basoh key baju demo"
( Jangan marah aku, dia tu dah lama dah merajuk dengan aku sebab basahkan baju dia ) balasnya menggunakan loghat Kelantan ." Pape jelah, jom gerak aku ada kerja kejap lagi " Harris mengangguk saja, membawa kereta jauh dari perkarangan rumah itu.
Beberapa minggu lepas, aku agak terlewat kesekolah memandangkan minggu ini kereta agak sibuk diatas jalanraya. kerana itu, ramai dikalangan murid aku merajuk. Ustazah kesayangan lah katakan .
" Assalamualaikum anak murid ustazah ! " Sapa aku apabila masuk ke kelas 2 Firdaus, wajah yang dari tadi sedih bertukar kepada senyuman setelah nampak diriku muncul dihadapan mereka.
" Waalaikumussalam Ustazah Syamira ! " Jawab mereka sekelas, serentak .
" Lah, ni mesti semua tunggu ustazah kan ?" Soalku, dari riak wajah mereka sudah tahu jawapannya.
" Mestilah..." Sebelum mereka menjawab, Salah satu suara yang entah dari mana kedengaran. Aik, sapa pula kacau aku tengah nak mengajar ni ?
" Kejap ya anak anak semua, ustazah nak korang semua siapkan buku latihan akhlak, dari muka surat 3 sampai 6 dan baca bismillah dahulu " usai saja aku memberi arahan, mereka terus mengambil buku untuk membuat kerja yang disuruh .
Aku berjalan keluar, mencari pemilik suara garau tersebut. Membutang kedua dua belah mataku melihat sosok yang amat aku kenali.
" Dah kenapa sampai datang sini ? Important things you want me to know ? If you want to said about the proposal, sorry I didn't want to "
" Mira please...saya cuma rindu awak. tolonglah terima pinangan saya, saya tak nak orang lain dalam hati saya. hanya awak " Arash menatapku sayu. Tapi apa aku peduli ? Cinta tidak boleh dipaksa dan pernikahan tidak boleh dibuat main.
" Arash, berapa kali awak nak saya ulang eh ? Saya anggap awak sebagai abang. tak lebih dan tak kurang. Lagisatu, jangan cakap lagi hal ni. I'm busy and I have work to do. Last one, don't force me to accept your proposal like this again. Saya doakan agar awak berjumpa wanita yang lebih baik dari saya. Thanks dan Assalamualaikum." Segera aku berpaling, meninggalkan dia disitu .
Dari muka yang sayu bertukar kepada senyuman. Nampaknya , dia masih tidak mengalah.
" Tak apa, one day you will be mine. just wait and see " terukir sengihnya berseorangan disitu .
* Bahagian ini, macam boleh meremang pulak dengan Arash. persoalannya, Arash ni siapa ? Selamat berfikir 😂
![](https://img.wattpad.com/cover/362929795-288-k766575.jpg)
YOU ARE READING
LOVE YOU , MRS . ALPHA ( NEW VERSION)
Roman d'amourKAPTEN MUHD YAQIN ZAFRAN X NURUL SAADAH SYAMIRA Pandangan pertama di lapangan terbang, mungkin biasa . Pandangan kedua, rasanya kebetulan . Tetapi, hampir kerap kali berjumpa dengan orang sama menjadikan Syamira sendiri naik menyampah kerana sikap...