"si...siapa? " Tanya Yaqin dengan perasaan yang berdebar tetapi kemarahannya semakin menjadi jadi .
" Aku tak boleh nak cakap sekarang...Aku kena-" Balas Farhan , dia tidak mahu berkata tentang perkara itu sekarang , memandangkan Yaqin diluar kawasan .
" Just say it , Aku nak tahu siapa lelaki bahalul tu " potong Yaqin .
Selepas saja Farhan memberitahu tentang identiti sebenar lelaki itu , muka Yaqin menjadi merah , namun dia tetap menahannya kerana berada ditempat awam.kalau ikutkan hati , ingin saja dia menghentak tanah , namun dirinya tetap sabar kerana berada didepan masjid .
" Tunggu Aku balik , and Aku nak kau kena inform Aku hari hari " katanya , mengumpal gumpal tangannya untuk menahan kemarahan .
" Copy that , Qin " terus dia mematikan panggilan , sejurus apabila Aku datang mendekat .
" Awak ni , buat apa dekat luar masjid ? Takkanlah time macamni pun nak call member lagi ? " Aku bercekak pinggang , memandang tajam kearah mukanya yang agak tegang itu .
* Yang lain tengah sibuk bergambar , boleh pula dia ni kat luar .
Dia memandang mukaku lama , sebelum mangalihkan pandangan .
" Nanti kalau Kau nak balik , inform Aku selalu . Tak payah nak menjawab ." Arahnya , walaupun dari reaksi mukanya yang biasa , terselit ketegasan didalam arahannya .
" Lah , kalau saya masuk tandas pun nak kena inform jugak ke ? Aduhh" makin cuak Aku jadinya .
" Kau jangan banyak cakap boleh tak ? Apa Aku cakap just ikut , tak payah nak bising "
Aku mengeluh , walaupun Aku sendiri tidak tahu mengapa , Aku perlu juga mengikut .
" Fine , saya inform nanti" Aku meninggalkan dia berseorangan diluar masjid , masuk kedalam untuk menunggu giliran sesi bergambar .
Dia yang melihat hilangnya kelibat Aku disitu , memandang ke bawah .
" Aku kena percepatkan perkhawinan kita Mira , Aku tak nak apa apa jadi kat kau " keluhnya dalam hati , perlahan lalu menuju kedalam masjid semula .
" Eh Qin sinilah , Kita bergambar sekali " ajak maklongku , untuk bergambar sekali . Dia hanya mengangguk sambil tersengih .
Siapa saja yang tidak cair dengan senyumannya ? Bahkan Aku sendiri pun merah merah pipi menahan malu . Ramai dikalangan sepupuku asyik memuji saja ketampanan dia , bagi Aku entah , biasa je .
Dia menyelitkan dirinya disebelah Tuan harith , manakala Aku menyelitkan diri disebelah Puan shima.
Selepas saja sesi bergambar akad nikah sebentar tadi , Aku terus kerumah kayu , untuk Majlis bersanding pula .
" Haih...letih betul harini , mengalahkan pengantin " dengusku , perlahan sambil membaringkan diri diatas katil .
Sebenarnya , ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka dari jauh , merakam kesemuanya .
Sejak dari semalam , diri Arash terngiang ngiang , memikirkan tentang Mira , tidak sabar . Hatinya berbunga bunga kerana tidak lama lagi dia akan dapatkan semula haknya .
" Boss , Kami dapat info baru " ucap salah seorang pekerja bawahannya , Leo . Arash terus menoleh kearahnya .
" Apa info yang kau nak cakap ? " Soalnya , memandang tepat kearah Mata pekerjanya .
" Lelaki tu...dia nak percepatkan perkhawinan mereka boss . Aku takut dia tahu semua plan Kita " jawabnya , memandang kebawah . Namun Arash melihatnya dengan wajah tidak puas hati , menghentak meja itu sehingga bertaburan gelas yang pecah akibat hentakan yang kuat .
YOU ARE READING
LOVE YOU , MRS . ALPHA ( NEW VERSION)
RomansaKAPTEN MUHD YAQIN ZAFRAN X NURUL SAADAH SYAMIRA Pandangan pertama di lapangan terbang , mungkin biasa . Pandangan kedua , rasanya kebetulan . Tetapi , hampir kerap kali berjumpa dengan orang sama , menjadikan Syamira sendiri naik menyampah kerana...