Kebesokkan harinya, aku bangun diawal pagi, mandi terlebih dahulu kerana kebiasaanya kalau dah balik ramai ramai tandas pun kena berebut.
" Aduh, baju mana satu nak pakai ni? " Aku agak keliru untuk memilih antara dua baju. Baju yang pertama merupakan abaya bewarna hijau cerah manakala yang kedua baju kurung moden bewarna hijau cerah juga.
" Hurm..amik yang ni jelah " akhirnya aku hanya memilih untuk memakai baju kurung moden sahaja, bersama tudung yang sedondon warnanya.
" Mira, cepatlah sikit. Kita nak gerak pergi masjid dahni ! " Jerit Puan halimatun yang menunggu diruang tamu , bersama keluarga belah kakngah , tidak dilupa juga Puan shima.
" Iye maklong, sabarlah nak siap dah ni " usai saja siap merapikan tudung aku mengambil beg tangan, berjalan keluar menuju ke ruang tamu.
Aku melontarkan senyuman kepada mereka.
" Wah, comey betul Mira harini, buleh doh jadi isteri oe" sakat kakngah yang akan diakad nikah pada hari ini.
Aku hanya tersenyum kelat.
" Ish, tak dop la kakngoh. oe ni biaso jah tapi kakngah memey comey harini " puji aku. sememangnya dia terlalu cantik hari ini seperti bidadari.
" Mira, kamu nak tumpang kereta siapa ? Maklong tak boleh nak bawa kamu sebab kereta paklong dah diisi barang hantaran " soal Puan Halimatun. Tadi, mereka meletakkan kesemua hantaran untuk dibawa kesana mungkin ada ruang cuma agak sempit.
" Er...entahlah maklong. Mira ikut je mana mana kereta pun " Aku menggaru kepala yang tidak gatal, masih bingung untuk menumpang dikereta mana.
" Tak apalah Mira, Mira tumpang kereta ibu nak ? Lagipun kereta Yaqin tu tak banyak barang pun " tawar Puan shima. awalnya aku segan kerana itu kereta Yaqin tapi apabila mengingat kembali bahawa Puan shima ada sekali, barulah aku lega.
" Erm...yelah ibu, Mira tumpang ibu ye..."
Tersenyum Puan shima mendengar jawapan aku lalu semua bergerak menuju ke kereta masing masing untuk bergerak ke masjid.
Yaqin yang berjalan kearah kereta mercedes hitam miliknya, mendekatkan sedikit dirinya ke aku.
" Jangan sepahkan kereta aku sudah, cukup engkau duk diam je " pesannya lalu masuk kedalam perut kereta. Sedikitpun aku tidak terasa dengan ayatnya. Malah jelingan diberikan.
" Eleh, ingat aku ni nak sangat ke sepahkan kereta dia ? Kalau macamtu baik aku koyakkan kusyen terus " Aku perlahankan suara takut didengari oleh Yaqin, mampus kalau dia dengar.
" Hah ?! Macam mana kau boleh tahu semua ni ?! Tak mungkin....tak mungkin dia jadi milik orang lain !!! " Marah Arash sambil menolak kesemua barang diatas meja jatuh kebawah, dia benar benar marah ketika mendapat tahu tentang lamaran lelaki entah dari mana, kepada Syamira.
" Be..betul boss, dia terima lamaran tu...nampaknya kita.." kata salah seorang dari pekerja bawahan arash. Namun, Arash tetap dengan pendiriannya sendiri dan menafikan tentang itu.
" Tak, we still have a chance . Aku takkan mudah putus asa..jangan ingat dia dah terima lamaran tu..Aku tak boleh nak jadikan dia milik aku. Dia salah..Aku akan tetap dapatkan dia !!! " Jeritnya membuatkan seluruh bilik gelap itu bergema. Seluruh pekerja bawahan arash hanya diam, tidak mampu untuk melawan tuan mereka yang licik, ganas dan baran itu.
" Aku nak, korang terus cari tahu semua tentang mereka termasuk lelaki jahanam yang rampas hak aku tu. paham ?! " Arah Arash kepada kesemua pekerja bawahannya. Dia benar benar ingin tahu, siapa lelaki yang sanggup mengambil haknya.
Mereka mengangguk.
" Baik boss " Terus mereka keluar dari bilik itu tanpa basa basi.
Arash melihat kebelakang, melihat semua koleksi wajah Syamira yang ditampalkan keseluruh bilik itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/362929795-288-k766575.jpg)
YOU ARE READING
LOVE YOU , MRS . ALPHA ( NEW VERSION)
RomanceKAPTEN MUHD YAQIN ZAFRAN X NURUL SAADAH SYAMIRA Pandangan pertama di lapangan terbang, mungkin biasa . Pandangan kedua, rasanya kebetulan . Tetapi, hampir kerap kali berjumpa dengan orang sama menjadikan Syamira sendiri naik menyampah kerana sikap...