Episode 11

22 1 0
                                    

Jam menunjukkan tepat jam 8:15pm. Nazrul pun pulang ke rumah sewanya. Saat dia tiba, dia melihat ke arah Fitri yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.  Fitri memandang ke arah Nazrul yang baru sampai. Nazrul meletakkan begnya ke lantai dan terus berjalan menuju ke arah sofa. Dia melabuhkan punggungnya ke sebuah sofa untuk merehatkan dirinya yang sedang kepenatan uty.

"Macam mana training tadi? Okay ke? Dah puas hati dengan training Aliff?" soal Fitri kepada Nazrul. Nazrul memejamkan mata untuk merehatkan dirinya.

"Okay je semua tadi." balas Nazrul dengan nada yang tidak bersemangat. Dia masih kecewa dengan Aliff yang mengendahkan sahaja perasaan cintanya.

"Kau okay tak ni? Asal muka tu? kelat semacam je"

"Okay je la. Aku just penat. Maklumlah, aku kan kapten? Mestilah tanggungjawab berat sikit nak kena tanggung. Ni kena pantau semua atlet" balas Nazrul dengan nada yang tenang.

"Ouh. Aku lupa nak inform kau. Lepas habis training petang tadi, aku melepak dengan member-member lain kat bilik loker. Diorang cakap yang Farhan akan mula training balik 2 minggu lagi. Tempoh berehat dia dah habis" kata Fitri kepada Nazrul. Wajah Nazrul terus berubah apabila nama Farhan disebut.

"Fitri, berapa kali aku nak cakap? Tak yah dah sebut nama dia depan aku. Aku tak suka dan aku tak nak ambik tahu langsung apa-apa tentang dia"

"Ye, aku tahu yang kau dengan dia ada isu. Tapi, tujuan aku bagitahu kau sebab nak kau bersedia je. Manalah tahu nanti, kau terserempak dengan dia nanti dekat akademi. Aku bukan sengaja sebut nama dia. Cumanya aku risau kalau dia masih berdendam dengan kau. Ye lah, kau gaduh dengan dia sampai bahu dia injured."

"Dia berdendam ataupun tak, aku tak kesah lah. Lagipun, aku belasah dia sebab dia yang buat salah. Memang mendapatlah Lagipun, dia bukan lagi kawan aku. Perangai bangsat macam tu tak perlu dianggap sebagai kawan dah. Aku pun tak kesah pun apa nak jadi lepas ni. Apa yang aku nak buat ialah just ignore je orang yang macam dia." jelas Nazrul dengan tegas.

"Tapi kau kena ingat. Kau dengan dia masih atlet di bawah satu akademi yang sama. Kita semua akan berhadapan antara satu sama lain. Lagipun, akademi kita tu bukannya besar mana. Kecik je. Pusing-pusing, akan jumpa orang yang sama jugak. So aku nak kau bersedia. Lupakan benda yang dah berlaku sebelum ni. " kata Fitri.

" aku dah besar. Dah tahu mana baik dan mana yang buruk. jadi, tak payah nak nasihatkan aku sangat, Fitri "balas Nazrul. Dia terus bangun dan beredar menuju ke biliknya.

Sementara itu, Aliff pula sedang berada di rumahnya. Dia baru sahaja mandi dan sedang bersiap untuk tidur. Setelah bersiap, Aliff terus berbaring di atas katilnya akibat kepenatan. Sejujurnya, latihan bersama Nazrul di akademi pada hari itu sangat memenatkan tubuhnya.

Aliff yang kepenatan itu melihat ke arah jam yang tergantung di dinding. Kelihatan jam tepat pada pukul 9:45pm. Akibat penat, dia memejamkan matanya perlahan-lahan untuk berehat awal. Namun begitu, dia tidak dapat untuk tidur dengan lena. Entah mengapa dia hanya teringatkan tentang apa yang dikatakan oleh Nazrul terhadap dirinya di akademi.

""Susah sangat ke untuk kau faham yang aku betul betul suka dekat kau? Aku bukannya mintak apa pun. Aku cuma mintak kau jadi milik aku. "

Kata-kata Nazrul itu masih terngiang-ngiang di minda Aliff sehingga membuatkan dirinya tidak dapat untuk tidur lena. Aliff memeluk bantal peluknya sambil termenung panjang.

"Betul ke apa yang dia cakap tu? Dia sukakan aku? Tah tah, dia tak minat pun dekat aku. Mesti dia sengaja nak main-main dengan aku." kata Aliff sendirian. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah untuk berjumpa dengan lelaki yang menyukai dirinya. Kebiasaannya, hanya perempuan sahaja yang meminatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 7 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SempurnaWhere stories live. Discover now