Bab 5

7 0 0
                                    

Lia menepuk perutnya.. sakit sangat.. dah hampir 15 minit dia ketawa macam orang gila.. semuanya sebab Adreena yang buat hal dalam panggung wayang tadi.. dia mengesat air matanya yang mengalir keluar

"Adui.. kelakar" komennya lagi

"Tak kelakar sangat pun.. kau tu yang over" ucapnya tak mahu kalah

Adreena memeluk tubuh.. bukannya dia sengaja mencampak popcorn itu tadi.. itu semua sebab dia nampak sesuatu yang betul-betul mengejutkannya.. bukannya dia sengaja

Entiti tu pun, siang-siang buta pun nak mengacau orang.. semak betul

"Kalau horror movie, boleh lagi aku tolerate.. Ni cerita cinta kot! romantik! sedih lagi.. kau biar betul, Adreena" Tawanya terhenti seketika.. dia meneguk air mineral yang dibelinya sebentar tadi

Hampir sahaja dia hendak tinggalkan Adreena tadi.. buat malu saja! Semua orang memandang ke arah mereka.. orang yang terkena popcorn tu jangan cakaplah.. mencerlung saja matanya saat memandang mereka berdua

"Gelak lah sepuas hati! gelak sampai perut pecah.. gelak gelak!" Adreena meninggalkan Lia di situ sendirian.. geram punya pasal!!

Papan tanda yang menunjukkan arah tandas itu dipandang kejap.. biarpun dia tak terasa hendak membuang, Adreena memilih untuk pergi ke tandas dan menambah gincu di bibirnya yang sudah semakin pudar.. beberapa sembur minyak wangi juga ditambah agar kekal segar

tut

Adreena menggagau begnya setelah terdengar bunyi notifikasi itu.. kotak mesej yang ditinggal oleh Lia dibaca kejap.. Perlahan kepalanya menggeleng.. bukannya nak tunggu kawan depan tandas.. malah boleh pulak dia tinggal dan pergi ke tempat lain

Kakinya diatur laju menuju eskalator untuk pergi ke pusat karaoke yang berada di tingkat 3 itu.. sambil itu dia melihat persekitarannya yang dipenuhi ramai orang.. tapi dia tak heran memandangkan hari ini hari Ahad.. sudah tentu ramai orang mahu meluangkan masa di waktu cuti

"Eh, mana pulak budak ni?" soal Adreena kepada dirinya sendiri setelah mendapati batang hidung Lia tiada di sekitar itu

Meliar matanya mencari.. takkan pula dia nak pergi kaunter pertanyaan dan bertanya dengan pekerja itu pula? Macam tak patutlah pula

'Mana kau ni? aku dah kat depan karaoke ni'

mesej dihantar.. Adreena menunggu dengan sabar.. dan tak sampai 1 minit, telefonnya berdering.. cepat-cepat Adreena menjawab panggilan dari Lia

"Aku dah bayarkan.. kau masuk je.. aku kat bilik 3 ni" ucap Lia dengan latar belakang yang agak bising.. instrumen yang memainkan lagu Afgan itu membuatkan Adreena menjerit saat hendak melontarkan kata-katanya

"Hah? bilik 3? ha.. okay okay.. aku datang sekarang" Adreena mengerutkan keningnya.. kali ini, dia cuma pakai firasat hatinya sahaja sebab suara Lia benar-benar tenggelam

"Karaoke Bintang tau" ucapnya lagi

"Ya ya" Adreena terus mematikan panggilannya.. tak tahan.. rasa nak pekak je telinga

Adreena terus masuk ke dalam pusat karaoke itu.. setelah memberitahu pekerja yang berada di kaunter hadapan, Adreena terus menuju ke bilik yang ditempah Lia itu tadi

Tanpa sebarang ketukan, Adreena terus menuju masuk ke dalam bilik itu dengan senyap.. dia terus duduk di sebelah Lia.. tapi yang peliknya.. lagu ada, suara orang takde.. Adreena menoleh.. hairan dengan Lia yang langsung tidak menyanyi

"Arghhh!!!" jeritan Adreena bergema.. Dia berdiri tegak sambil menekup mulutnya.. tak percaya dengan apa yang dia lihat.. lelaki itu sedang merenungnya dengan mata kecil

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now