Matanya masih tak lepas dari memandang papan putih.. tangannya juga lincah menulis semula apa yang terpampang di situ.. dia mahu siapkan dengan cepat supaya dapat pulang awal.. itu yang dijanjikan oleh Cikgu Zahara sebentar tadi
"Pst pst" suara bisikan itu membuatkan Adreena menggelengkan kepalanya.. tanda dia tak mahu diganggu sekarang
"Pst! oi, pekak eh" bisik Lia lagi
"Aku dah nak siap ni.. kau jangan kacau, boleh?" sempat matanya menjeling rakannya itu.. suka sangat bergosip di waktu penting seperti ini
"Nak tak masuk kelab bola keranjang? ada buka permohonan untuk pelajar" Lia angkat kening
"Kau melawak eh? kau tahu kan, aku ni mana lah reti main bola keranjang.. kau nak aku jadi badut sarkas ke kat situ.. biar semua orang gelakkan aku, macam tu?" soal Adreena
"Eh, kau ni lembab la.. kau taknak ke satu kelab dengan lelaki pujaan kau tu, hm?" dia tersenyum sendiri
"Serius lah?" dia mengerling ke arah Lia
"Kau rasa aku sempat nak bergurau? Permohonan baru je buka pagi tadi.. tapi kau kena doa banyak sikit.. sebab, kau kena berebut dengan ramai orang tau" poster itu diletakkan di meja Adreena
"Ish.. taknak lah" tiba-tiba Adreena menggelengkan kepalanya
"Asal? kau ni! peluang ni susah nak dapat tau.. suka hati kau je nak sia-sia kan" ucapnya tak puas hati
"Aku tak nak la.. aku tak pandai main.. nanti aku takde kawan macam mana? terima kasih je lah" ucapnya tanpa langsung memandang wajah Lia yang yang cemberut itu
Orang tolong, bukannya dapat ucapan terima kasih.. siap ditolak lagi! aduh, sakitnya hati
"Cikgu!! saya dah siap!!" Puteri angkat tangan
"Terlambat.. sebab aku dah hantar borang permohonan kau dekat bilik guru.. tata!" Lia bangun dan berlalu ke meja guru
Sempat lagi dia mengenyitkan mata pada Adreena yang sudah ternganga seorang diri.. memang kurang asam keping betul lah Puteri ni.. sesuka hati je buat macam tu.. siaplah kau, Lia!!!
__Malam itu, mereka sama-sama meluangkan masa untuk solat berjemaah di masjid.. ada majlis tahlil katanya
Langkah kakinya diatur sambil dia memperbetulkan telekungnya yang sudah menyapu lantai.. Adreena mengangkat kain telekungnya.. tanpa dijangka, ada yang menyentuhnya dari belakang.. terus dia menggelengkan kepalanya
"Kau nak apa lagi, Lia oi.. waktu isyak dah nak masuk ni" bisiknya perlahan
"Weh, nak pergi tandas" berkerut-kerut dahi Lia menahan sakit perutnya yang semakin menjadi-jadi
Adreena menggeleng.. malas nak layan perangai Lia.. tak lain tak bukan, nak suruh orang teman dia lah tu
"Ala temanlah.. aku takut" Dia mengerdipkan matanya kepada Adreena.. memohon simpati
"Tak payah kerdip macam tu.. aku tak kesian pun" jawabnya pantas.. di tangannya sudahpun tersedia surah Yaasin.. tak mahu berebut dengan jemaah lain nanti
"Ya Allah.. sampainya hati Adreena Aqyra.. tak sangka beliau seteruk itu" Lia menekup mulutnya sambil beristighfar
"Over nya kau ni" Matanya mencerlung ke arah Lia.. geram dengan drama tak berbayar itu
"Hihi.. kau teman eh" Lia mengerdipkan matanya sekali lagi
"Cepat sikit eh! kalau kita terlepas isyak dengan Imam.. belanja aku sirap limau warung Pak Hadi" ugutnya
"Okay bos!" Lia tersenyum gembira.. lega hatinya apabila Adreena setuju untuk menemaninya malam ini
Lantas mereka bangun dari duduk dan berjalan menunduk semasa keluar dari ruangan solat wanita itu.. mestilah tunduk kerana hormat wanita yang mungkin lebih tua daripada mereka.. sesampainya sahaja mereka di tandas, Lia segera masuk ke dalam tandas itu.. tak tahan sangat gamaknya.. Adreena cuma mampu menggelengkan kepalanya
YOU ARE READING
Absquatulate love
Storie d'amoreAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...