Bab 7

5 0 0
                                        

Pagi-pagi lagi Adreena sudah sibuk dengan kerjanya yang bertimbun.. maklumlah, kerja mana yang tak penat kan? Adreena sangat mengakui pernyataan itu.. dia tidak kisah sebenarnya.. asalkan hujung bulan gaji masuk dan tiada siapa kacau dia, itu pun dah bersyukur sangat-sangat

Adreena bergerak ke meja Linda.. beberapa fail yang dia perlukan diminta secara baik.. tak sampai beberapa minit, fail yang dia mahukan berada tepat di tangannya.. Adreena berjalan menuju mejanya semula.. dia menggeliat seketika.. letih setelah hampir 5 jam berada di meja sahaja

"Adreena, dah lunch hour.. jom.. makan" vivi menegurnya saat dia mula menelaah isi fail yang pertama

"Eh, dah pukul 1? Awalnya.. aku baru ingat nak settle before lunch" Adreena menghela nafas berat

Dia memang buat kerja perlahan sebab dia teliti orangnya.. tak mahu buat kerja sambil lewa.. dia mahu gaji yang diterima tu memang bersih dan berkat.. itu yang disemat dalam fikirannya.. tapi apakan daya, targetnya tidak kesampaian

"Jomlah.. aku belanja.. ayam penyet simpang empat, jom" ucap Hairi yang datang dan menyelit dalam perbualan mereka berdua

"Ha, ni yang sejuk je telinga aku dengar.. boleh Hairi.. disebabkan kau nak belanja, sekarang jugak aku kemas barang" Adreena bingkas bangun dan mengemas apa yang patut.. Hairi dan Vivi disuruh tunggu di tempat makan saja.. bukan apa, dia tahu sangat keadaan kedai yang teramat ramai di waktu begini.. sekurang-kurangnya, mereka yang sampai awal tu boleh tolong order makanan dulu

Hampir 5 minit jugalah dia berkemas, barulah dia turun bawah.. awal-awal lagi dia sudah tekan kunci kereta.. Adreena berjalan menuju kereta yang berkelip itu.. matanya memandang ke arah kiri dan kanan sebelum melintas.. setelah yakin tiada kenderaan, barulah dia melintas jalan

Baru sahaja beberapa langkah, begnya ditarik kuat oleh seseorang.. Adreena menoleh untuk melihat gerangan tersebut namun tak sempat.. dia sudah terdorong ke bahu jalan.. Adreena jatuh terduduk namun segera dia berdiri.. dia menjerit meminta tolong

"Tolong!!!" jerit Adreena

"Tolong!!! tolong saya!!" Adreena benar-benar panik.. semua barang peribadinya ada di dalam beg termasuklah telefon pintarnya.. dia memang tak dapat nak buat panggilan pun sekarang

"Hoi!" jeritan itu bergema kuat sebelum ada yang berlari melepasi Adreena yang masih lagi panik di situ

Lelaki itu mengejar dengan bersungguh.. Adreena sendiri menjadi saksi sewaktu sesi kejar-mengejar itu berlangsung.. Adreena menekup mulutnya.. tak tahu nak beri reaksi apa.. dia sendiri takut dan terkejut sekarang ni

"Cik, cik okay?" tak sampai beberapa minit, ada yang datang menegurnya.. Adreena menoleh.. baju yang lain dengan baju orang yang mengejar peragut itu tadi

"Do you hurt somewhere?" soal lelaki itu lagi

"No, I'm good.. But I've been robbed just now.. And, and I saw someone chasing over the robber.. but-" Adreena tercungap-cungap mencari nafas

"It's okay.. you.. relax.. that was my friend.. let's wait for him overthere" jari telunjuknya ditunjukkan ke arah tempat yang sedikit teduh memandangkan mereka betul-betul di bawah terik matahari

"Okay" Adreena bersetuju sahaja.. otaknya benar benar blank sekarang.. mungkin sahaja otaknya sedang memproses kejadian tadi

"Awh" Adreena mengerutkan keningnya.. pantas tangan menyentuh kakinya yang sakit.. baru sahaja dia hendak bangun, dia terduduk semula

"Eh, awak terluka ni" ucapnya sambil mencangkung untuk melihat luka di kaki Adreena

"Sikit je tu.. saya boleh bangun" Adreena meneliti lukanya.. agak dalam tapi tak adalah sampai parah.. jadi dia masih boleh bangun dan berjalan.. mungkin reaksi tubuhnya berlebihan tadi

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now