Andy tak senang duduk.. fikirannya serabut sangat sekarang ni.. dia sedang fikir macam mana nak menghadap gadis itu.. dia mahu haknya semula.. tapi, banyak yang perlu dia pertimbangkan sekarang ni
"Oi, serabut sangat ke kau? Kejap berkerut, kejap menggeleng.. masalah apa? cuba cakap" Gan mengangkat keningnya sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas meja Andy.. air kotak berperisa oren itu disedut penuh syahdu
Andy memandangnya tajam.. orang tengah serabut, ada pula yang datang menendeng..nafas dihembus perlahan.. cuba untuk bertenang walaupun otaknya ligat memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah besar ini
"Hei, aku bercakap dengan meja ke?" meja diketuk beberapa kali
".. sampai kau tak dengar soalan aku ni?" setelah itu dia mengerdipkan matanya pula.. buat muka toya mintak pelempang
Andy merengus kasar.. beg yang berada dibelakangnya diambil.. dia mengeluarkan beberapa buku dan alat tulisnya.. sempat juga punggung Gan dicucuk dengan bucu buku yang sedikit tajam.. biar padan muka!
"Tak nampak ke aku tengah study ni.. angkatlah kaki kau tu.. shuh" Andy menghalau Gan pergi dari situ.. tak betah rasanya bila Gan terus menerus mengganggunya seperti ini
"Out of sudden??.. ceh" Gan mencebik.. arif dengan perangai Andy yang suka mengelak itu
"By the way.. ada junior cari kau masa rehat tadi.. dia kata nak jumpa kau.. lepas sekolah.. nak pulangkan barang.. dia cakap, dia tunggu kau kat padang kawad" Ucap Gan sebelum bangun dari duduknya.. tiba-tiba sahaja dia didatangi seorang perempuan melayu tadi.. tak sangka pula Andy rapat dengan perempuan itu
Tangan yang sedang menulis itu terus terhenti.. dia mengecilkan matanya.. patutlah tadi merata dia mencari Adreena, tak jumpa.. rupanya Adreena datang ke kelasnya!
"Siapa?" soalan itu sengaja ditanya untuk sebuah kepastian.. dia yakin, memang Adreena lah orang yang mencuri barang peribadinya
"If I'm not mistaken, Areena? or Edrina.. I'm not sure" Gan berkerut.. kenapa rasa macam salah je
"Hmm" ucapnya perlahan.. sekadar memberi signal bahawa dia maklum tentang perkara itu.. nampaknya dia perlu atur stratergi.. dia tak mahu kelihatan suspicious.. sebab nanti, dia sendiri yang malu!
__
Adreena menunggu dengan tingkat kesabaran yang tinggi.. walaupun dia tiada jam yang tepat untuk mengukur masa sekarang ini, dia yakin yang dia sudah kena sidai untuk jangka masa yang sangat lama.. ada lah lebih 30 minit.. air peluh yang menitik itu di lap menggunakan sapu tangan miliknya
"Nak cakap dia janji melayu, dia cina pulak.. tapi memang shibal betul lah.. ingat aku takde kerja lain ke nak buat, hah? dah lah panas terik ni.. lain lah dia, masuk rumah je terus bertukar negara.. oversea, aircond bersepah.. gamaknya kira pakai jari kaki pun tak cukup" sempat bibirnya mengutuk Andy yang jelas tak menabur janji padanya
Tapi takkanlah lelaki seperti Andy itu tak ada common sense kot.. fikir aku ni tunggul kayu ke nak tunggu dia lama lama? sedangkan tunggul kayu pun boleh berlumut atau mereput, apatah lagi diri aku insan yang kerdil ini?
Atau mungkin Gan tak menyampaikan amanah yang dia beri semasa waktu rehat tadi?
Adreena tepuk dahinya.. entah-entah tekaannya benar.. sebab tu lah dia disidai seperti ini! Argh sakitnya hati!!
Dadanya ditepuk perlahan"Kenapa? sakit dada?" tegur Andy dari belakang.. sebenarnya dah lama dia nak tegur Adreena tapi Adreena nampak macam dalam dunia sendiri pulak.. siap dengan pakej bercakap sorang diri lagi

YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...