Saat isi dunia sedang berehat dan sepi, masih ada lagi yang bekerja demi sesuap nasi.. masih berjuang demi menyelamatkan nyawa seseorang.. di tempat lain, mungkin semuanya sudah sunyi.. malap.. gelap.. tapi tidak bagi mereka yang bekerja di hospitalSetiap jam pasti ada sahaja pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.. keadaan di sini sentiasa sibuk.. dengan panggilan telefon yang kedengaran di sini dan sana.. bunyi tangisan pesakit malah keluarga pesakit.. ada yang bersedih dan berduka.. ada juga yang gembira setelah dirinya kembali sihat dan dibenarkan untuk pulang
"Doktor.. doktor" panggil Maizura.. salah seorang pekerja yang ada di situ.. dia memandang wajah Aniq dengan mata kecilnya sambil menggeleng kepala
"Berangan je doktor ni kan?" Bebel Maizura lagi.. sempat lagi dia memerli Aniq yang seperti berada di tempat lain
Aniq menarik nafas panjang.. dia kembali menatap komputer yang berada di hadapannya.. ada yang harus dia selesaikan.. dia perlu buat laporan tentang keputusan ujian yang dia buat terhadap pesakit semalam
"Mana ada saya berangan.. awak ni, pandai pandai je" jawabnya bersahaja
"Eh eh.. saya dah panggil doktor sampai 4 kali tau.. doktor yang tak jawab.. masih salah saya lagi?" ucapnya tak mahu kalah
Aniq menjeling wajah jururawat itu sebelum tertawa kecil
"Baiklah, Puan Maizura.. ada apa-apa lagi? saya busy ni" dia memberi satu senyuman terhadap Maizura yang berdiri dihadapannya itu
"Ouh, saya nak beritahu yang pukul 2 pagi nanti, kitorang nak makan kat depan tu.. ya lah, kak Liza kan nak bersara dah.. nak buat celebration sikit.. doktor nak join tak?" pelawa Maizura lagi
"Kalau saya tak busy, saya join lah.. buat masa sekarang mungkin keputusan saya adalah tak.. patient stabil kan?" tegas Aniq.. dia mahu pastikan semuanya baik dan lancar
"Dah.. semua okay.. Dhia dah tidur dah.. pernafasan dia pun okay.. tapi setiap setengah jam, Rizal akan monitor" jawab Maizura penuh keyakinan.. dia sedar tanggungjawabnya.. mana mungkin dia hendak membiarkan pesakit apatahlagi mengabaikan mereka
"Okay, I'll monitor her after 3.. nak buat prosedur" sambungnya.. pesakit yang bernama Dhia itu harus diberikan perhatian yang lebih kerana kesihatannya agak merosot sejak kebelakangan ini
"Kalau doktor busy, saya tinggalkan leftover food dekan dalam microwave" Pesan Maizura lagi
"hmm"
"By the way.. dari zaman sekolah menengah lagi doktor memang handsome kan?" segaja dia bertanya.. jari telunjuk diarahkan kepada gambar kecil yang terlekat elok pada penjuru tablet miliknya
Mata Aniq melekat pada gambar itu.. tak lama selepas itu, bibirnya menguntum senyum.. gambar itu diusap perlahan
"Tak payah nak puji sangat.. bodek la tu" bidas Aniq bersahaja.. sengaja dia mengusik Maizura yang terlebih peramah dengannya itu
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomantiekAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...