Sesekali Aniq menoleh ke arah Adreena yang seolah-olah tidak selesa itu.. dia sembunyi senyum.. tahulah dia gadis itu sedang menahan malunya.. sepanjang perjalanan Adreena hanya diam.. tidur pun tidur-tidur ayam je.. tak sampai 5 minit mesti dia ubah posisi.. kejap ke kiri, kejap ke kanan
Nasib baik belum halal
"Herm... Adreena, awak tak selesa ke?" Aniq memandang ke hadapan.. tapi dia sempat memandang reaksi Adreena melalui ekor mata.. senang dia nak curi-curi pandang kalau pakai cermin mata hitam macam ni
"Hah? taklah" Adreena menggeleng.. setelah itu dia menggigit bibirnya.. memang pun dia tak selesa.. walaupun naik kereta sendiri tapi orang luar yang drive.. itu yang dia tak biasa
"Kita dah nak sampai rnr ni.. awak nak apa-apa?" soal Aniq
Adreena geleng kepala.. tadi dah makan tengahari dah.. kenyang sangat-sangat dah pun.. mana taknya, lauk kampung yang disediakan oleh ibu Vivi itu memang sedap.. sampai dia tambah nasi dua kali lah
Sesampainya sahaja dia kawasan rehat dan rawat itu, Aniq memberhentikan kereta di tempat parkir kereta.. dia menurunkan cermin matanya.. kemudian cermin mata miliknya diselitkan pada poket baju
"I'm getting some coffee for myself.. are you sure you don't need anything?" soal Aniq sebelum melangkah keluar dari perut kereta.. dia memandang wajah Adreena seketika.. menanti jawapan yang akan meniti di bibir gadis itu
"Nah.. I'm good" setelah berfikir buat beberapa saat, dia memutuskan untuk tidak mahu minum kopi.. lagipun dia tak mahu susahkan lagi Aniq.. lain kali sajalah dia beli
"Okay" sejurus itu lelaki itu keluar dan menuju ke kedai Zus Coffee yang ada di antara kedai-kedai yang sewa di situ, Adreena hanya menghantar pandangan kepada Aniq
Dia geleng kepala.. macam mana lah dia boleh satu kereta dengan lelaki? orang yang dia tak kenal dan tak rapat pula tu!
Tapi dia sedar yang dia pun tak punya pilihan lain.. Adreena membuka telefonnya.. beberapa chat dibukanya.. antaranya dari Safia dan Vivi.. Tadi, dia ada bertanyakan keberadaan Vivi.. baru sekarang berjawab.. ternyata Vivi sudah hampir sampai.. kira-kira lagi setengah jam sahaja
Gila laju! macam pelesit bawa kereta.. itu yang dia takut kalau dengan Vivi.. puas dah mulutnya membebel, berpesan itu ini.. tetap juga tak jalan.. haih.. apa yang dia boleh buat cuma mendoakan keselamatan gadis itu sahaja
'Kak, jangan lupa kereta aku' Safia
Adreena geleng kepala.. bukan nak tanya dah kat mana ke.. doakan perjalanan selamat ke.. kereta jugak yang dia risaukan.. haih.. nasib badan lah
"I'm sorry I'm late.. lama ke awak tunggu?" Aniq sampai dengan dua air ditangan kirinya
Banyaknya mamat ni minum kafein!!
Adreena geleng kepalanya.. dia menghela nafas panjang.. bertahanlah Adreena.. lagi sejam je, kau dah tak payah nak bersua muka dah dengan Aniq
"Hai.. termenung panjang nampak.. awak ni sebenarnya tak selesa dengan saya ke?" soalan maut dari Aniq membuatkan Adreena berdebar
Takutnya dia ni.. straight forward habis kot.. takde filter filter.. tau pulak isi hati dengan otak aku sekarang.. Adeh.. nak jawab apa pulak ni.. fikir Adreena, fikir!
"Pandai-pandai je awak cakap macam tu.. saya okay je lah" jawapan selamat diberi.. Adreena sedikit lega
"Ya ke okay? dari tadi saya tengok awak diam je.. sepatah saya tanya, sepatahlah awak jawab" sambung Aniq.. sebenarnya dia hampir tertawa melihat Adreena yang acah-acah cool itu.. macamlah aku tak tahu padahal budak ni dah gelabah.. ha tu lah, siapa suruh mulut tu ternak emas dengan aku
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...