Setelah memastikan barangnya tidak tertinggal, Adreena duduk sekejap.. minyak wanginya yang berbaki separuh itu disembur di tempat-tempat tertentu sebelum keluar dari bilik Vivi
"Ha, dah siap Adreena? lekaslah gerak.. nanti karang lambat makan jammed pula" ucap Puan Munah
"Baik makcik" Adreena bersalaman dengan Puan Munah
Beberapa plastik yang berisi buah rambutan dan nangka bertukar tangan.. sempat Adreena mengucapkan terima kasih atas layanan baik Puan Munah semasa dia berada di rumah ini
"Assalamualaikum" laungan salam dari luar membuatkan perbualan mereka terhenti seketika.. Puan Munah meminta diri untuk melihat si pemberi salam di luar rumah
Adreena turut membuntuti Puan Munah.. dia mengerutkan kening saat menangkap wajah seorang lelaki tua dan Aniq yang kemas berpakaian tshirt dan berseluar slek
"Waalaikumussalam.. Haji.. ada apa datang kemari?" soal Puan Munah
"Tak ada.. saya ingat nak jumpa Wahab.. dia ada ke di rumah?" soalnya dengan penuh sopan dan santun
Suka Adreena dengar.. dia turut tersenyum mendengar keindahan bahasa orang tua-tua.. penuh adab dan sopan sahaja.. bukan macam golongan muda belia zaman sekarang
Musuh terbesarnya adalah teknologi.. pada pendapat Adreena, teknologi itulah yang menjadi penyumbang terbesar kepada kejatuhan adab dalam golongan muda.. terlalu mudah terikut-ikut.. mana yang buruk tu bukannya nak jadikan pengajaran, malah diikut pula
Tak dinafikan teknologi banyak faedahnya.. jika digunakan dengan baik dan tepat.. contohnya, pembinaan pelbagai jenis mesin yang berteknologi tinggi dapat membantu dan memudahkan kerja malah memacu kemajuan ekonomi negara
Fuh, berpidato la pula.. haha bagi la can sikit
"Makcik.. saya pergi kat kereta dulu eh?" ucap Adreena sebelum mengatur langkah ke kereta yang diparkir berdekatan dengan pokok kelapa itu.. nasib baik tak berbuah.. kalau tak ada yang kemek jugak kereta aku!
"Yang kau senyum-senyum kenapa?" bisik Vivi sambil menyiku Adreena
"Senyum pun salah ke? nah.. mak kau bagi.. letak dalam kereta" Adreena menghulur plastik itu tadi kepada Vivi
Senyum salah, marah lagilah salah.. habis nak aku buat apa.. jadi kera ke mengamuk kat sini
"Manalah tahu kot kot berangankan sesiapa ke?" Vivi senyum-senyum sendiri.. sengaja mengusik
"Memang tengah berangan jadi kaya pastu aku akan upah kau jadi helper aku" Adreena tepuk tangan tanda bahagia
"Harey" nak je sumbat buah nangka ni dalam mulut kurang asam milik Adreena tu
"Eh, mak aku bagi siapa tadi?" Vivi mengerdipkan mata.. siap buat gaya macam tengah berfikir lagi
"Aku lah.. kenapa?" Adreena mengerutkan keningnya.. tak faham dengan soalan yang sangat tiba-tiba tu
"Ha.. makanya kau punya kereta lah jadi mangsanya.. pergi letak dalam kereta kau.. bye" Vivi flip rambutnya.. memang taklah dia akan biarkan keretanya berbau nangka hehehe
Adreena mengecilkan matanya.. ada-ada saja budak ni lah.. cekik pastu lempar kat sawah tu tahulah!
Vivi tergelak kecil.. puas hati dapat kenakan kawan sendiri.. dia berlari-lari anak menuju ke rumah semula.. dia mencabut seliparnya sebelum masuk ke dalam rumah.. dia terus mendapatkan ibunya saat ada dua wajah yang tidak dia kenali
"Siapa ni ibu?" soalan itu hanya dibisikkan sahaja di telinga ibunya
"Ni Imam Aziz.. baru je berpindah kat sini.. ini anak dia" ucap Puan Munah perlahan.. cukup untuk Vivi sahaja yang mendengarnya

YOU ARE READING
Absquatulate love
Storie d'amoreAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...