Bab 8

6 0 0
                                    

Aniq menghirup kopi pekatnya itu.. suasana pagi di kampung itu memang sangat indah dan menyegarkan.. hari-hari panjang di hospital memang amat memenatkan.. sebab itulah dia lega sangat jika dapat balik kampung dan berehat di sini

Usai solat subuh di surau, dia akan menikmati suasana pagi di halaman rumah yang luas itu.. sambil menikmati secawan kopi khas buatan Hajah Hamidah.. itulah rutin paginya setiap kali pulang ke kampung halaman

"Balik tengahari ya? Makan dulu, ibu buat masak lemak ketam harini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Balik tengahari ya? Makan dulu, ibu buat masak lemak ketam harini.. Pak Mamat ada hantar ketam fresh" ucapnya saat menghantar karipap yang baru digorengnya sebentar tadi

"Eh.. Pak Mamat memancing ke semalam yah?" soalnya sebelum karipap itu disua ke dalam mulutnya

"Makanlah ibu, ayah" sambungnya lagi sebelum mengunyah karipap pusing itu

"Ya.. Pak Mamat kamu tu baru balik, dia offer ketam tu.. besar besar.. itu yang ayah beli tu" ucap Haji Aziz pula

"Sedap tu.. lama tak makan.. huish sedap sedap" Aniq telan air liurnya

"Aih.. tak ada ke masak lemak kat KL sana?" pelik dengar jawapan anak tunggalnya itu

"Ada.. bersepah je.. tapi yang mak punya, paling sedap.. tu yang teringat-ingat tu" Ucap Aniq

Kata-kata Aniq mengundang tawa dari kedua-dua orang tuanya

"Puji la lagi mak kamu tu.. kembang semangkuk dah dia" usiknya

"Ala abang ni.. janganlah cemburu pulak"

"Nanti mak masak, bungkus.. bawak balik KL ya?" tuturnya sambil memandang mata Aniq

"Baik mak" jawabnya

"Mangga putik ada mak? buatkan ikan sambal.. lama dah Aniq teringin nak makan" hampir sebulan dia tak pulang, rindu pula dengan masakan ibunya

Ni pun dia dapat bercuti 3 hari je.. tak puas makan air tangan ibunya itu

"Hai.. pantang balik, itu je yang dimintaknya.. ikan sambal.. tak jemu-jemu" Memang itu adalah bekal wajibnya jika mahu pulang ke KL

"Nak buat macam mana, sambal mak sedap sangat" cebik Aniq

Bukan dia saja yang suka sambal tu.. kalau dia bawak ke hospital, mesti habis dimakan.. selalu saja dia jamu ikan sambal tu kepada staf-staf hospital

"Lain kali, cari isteri.. bawak balik menantu kat mak ayah.. ha biar mak ajar dia buat ikan sambal.. dia reti karang, Aniq minta la dia buat hari-hari" tuturnya

Aniq terus buang pandang ke arah lain.. Haji Aziz dan isterinya berpandangan sesama sendiri.. itulah yang mereka risaukan.. umur anak lelakinya itu makin meningkat tapi langsung tak ada keinginan untuk bercinta atau berkahwin

"Air tangan mak lain.. tak boleh lawan dengan sesiapa" ucapnya

"Dah kalau mak yang ajar, mesti rasanya sama" jawab Hajah Hamidah pantas

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now