Bab 4

4 0 0
                                    

Andy merenung gadis-gadis yang sedang berkerumun itu.. seteguk air 100 plus lalu ditekaknya.. Andy mengelap peluh yang mengalir bagaikan air terjun.. terbit rasa ingin tahu di hatinya.. siapa gadis yang berani itu?

"Tch.. berani betul? wah" dia menggelengkan kepalanya sambil tertawa.. lucu benar situasi itu.. dah macam dalam drama pula

Sebelum ini, memang tak pernah ada pelajar perempuan berbangsa melayu yang akan menyertai kelab itu.. entah mereka tak suka atau sebaliknya.. dia sendiri tak tahu sebabnya.. ini kali pertama dia nampak pelajar melayu yang diterima masuk dalam kelab itu

Kebetulan.. itu saja jawapan yang dia mampu fikirkan.. malas nak beria-ia memikirkan sesuatu yang tiada kena mengena dengannya.. keputusan bukan ditangan dia tetapi di tangan cikgu

"Andy.. kitorang balik dulu" seperti biasa, mereka akan bersalaman mengikut cara tersendiri setelah tiba waktu untuk pulang

"Balik lah" Ucapnya sambil menghulurkan tangan seolah-olah menunjukkan jalan pulang

"Nak kitorang tunggu kau tak?" soal Ahmad sambil mengangkat keningnya

"Kau ingat aku budak-budak ke? Aku boleh balik sendiri lah.. kau balik je la" ucapnya sambil tertawa kuat

"Poyo ah.. dahla chau"

Usai itu, bayangan mereka hilang dari pandangan.. Andy melihat ke arah tadi semula.. namun tiada sesiapa di situ lagi.. dia angkat bahu.. kotak yang berada di hadapannya diangkat memandangkan hari ini merupakan gilirannya untuk mengemas semua peralatan setelah digunakan

Setelah hampir 5 minit berjalan dia ternampak gadis yang membebel sendiri.. keningnya berkerut.. tak lama setelah itu, pipinya mula naik.. dia menahan ketawanya melihat gadis itu yang seperti berada di dunia sendiri

"Memang tak pandang kiri kanan" Andy menggeleng kepalanya

Suka pula dia memerhati gadis yang namanya sudah melekat kuat di otaknya.. mana tak nya, punya dia ternganga bila membaca nama Adreena itu.. kelakar pun ada.. mesti dia terkejut kan dia sorang je perempuan melayu.. adeh lawak

"Woi woi woi.. phone.. jatuh" saat itu, dia perasan sesuatu yang terjatuh dari poket gadis itu

"Woi" sekali lagi dia menempik.. namun gadis itu langsung tidak berpaling.. keningnya berkerut.. tahap berapa agaknya pekak budak ni?

"Kesian.. muda-muda dah pekak" kutuknya selamba

Perlahan kaki diatur menuju ke tempat gadis itu berada tadi dan mengambil telefon itu.. sempat juga dia melihat keadaan telefon itu sebelum dia masukkannya di dalam poket

Teruk jugak keadaan screen protector tu.. macam dah biasa jadi

Kemudian dia berjalan menuju ke tempat yang sama.. bilik stor yang terletak agak jauh dari situ.. segera dia menahan tawa saat melihat Adreena yang kebingungan di hadapan pintu

"Nah" ucapnya saat dia mula perasan gadis itu menggelabah mencari barang peribadinya itu

"Er" Adreena terpegun.. diam tak berkutik.. dia hanya memandang huluran tangan yang berada dihadapan matanya

"Ambiklah.. phone kau jatuh tadi.. atas jalan" Andy bergerak ke hadapan

"Kau okay tak?" soal Andy dengan nada yang sedikit risau.. dia berjalan mendekati Adreena yang sedikit ke belakang

Kepalanya didekatkan pada wajah Adreena.. makin merah muka gadis itu.. baru sahaja tangannya hendak rapat pada wajah Adreena, otaknya menghantar signal agar dia berhenti

"Sorry" laju bibirnya meminta maaf

"Huh" Adreena mengalihkan pandangan tanpa beri apa-apa reaksi..  otaknya dah tak boleh berfikir dah.. too much too handle

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now