Bab 2

6 0 0
                                    

Andy melepaskan satu keluhan.. rasanya, cair tahi telinganya kerana mendengar bebelan Mommynya pagi tadi.. boleh bergegarlah satu rumah kalau Mommynya naik hantu.. nasib baik Mommy tak sekat apa-apa darinya

Oleh kerana kekurangan guru, kelasnya dan kelas Gan digabungkan untuk mata pelajaran pendidikan kesihatan.. namun sudahhm hampir setengah jam menunggu pun, guru mereka tetap tak kunjung tiba.. biasalah tu

Sapu tangan semalam yang sudah bersih dicuci itu dikeluarkan dari poketnya.. Anvaya yang sedang rancak berborak itu ditenung kejap.. sahabatnya dari kecil

Sahabat ke? mungkin lebih kepada kenalan.. mereka bersahabat atad hubungan kekeluargaan.. tetapi hakikatnya, mereka tidak serapat itu.. mungkin sebab dia tak selesa dengan Anvaya yang menurutnya terlalu sopan dan beretika itu

Tengoklah, duduk pun kaki bersilang.. gelak pun perlahan.. tak dinafikan, gadis itu memang idaman para-para pujangga di sekolahnya itu.. Anvaya punya segalanya.. harta, rupa dan kebijaksanaan

"Hoi, yang kau tenung Anvaya macam nak telan dia tu apa pasal?" tanya Lim yang tiba-tiba sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Andy

"Pas kat dia" sapu tangan tadi bertukar tangan

Andy buka buku semula.. dia menggunakan masa yang ada untuk membuat nota.. Lim memandangnya dengan mata yang tak berkelip.. kemudian terbit satu idea nakal di otaknya.. Dia membisikkan sesuatu kepada Andy

"Ouh, you like her" Lim mengerdipkan matanya beberapa kali.. cuba mengorek rahsia Andy

"What the f, memang tak lah" Andy menggeleng.. menafikan pernyataan itu.. tiada sekelumit pun perasaan buat Anvaya

"Anvaya!!" jeritan itu bergema satu kelas

Setelah itu satu sapu tangan terapung di atas udara.. semua mata memandang Lim yang berdiri di sebelah Andy itu.. hanya Andy sahaja buat bodoh dan langsung tak layan Lim itu

"Andy likes you!"

Memang mangkuk la budak ni

##

Seperti biasa, dia berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.. ibu bapanya memang ajar dia untuk berdikari.. dia tak pernah ada pemandu peribadi yang akan menghantar dan mengambilnya pulang dari sekolah.. jadi dia harus menggunakan kudratnya untuk mendapatkan sesuatu

"Hai" suara lembut yang datang menyapanya membuatkan Andy berhenti mengelamun perkara yang tidak penting

"Anvaya.. hai" jawabnya mesra

"Pasal tadi.. I'm sorry" dia meminta maaf bagi pihak Lim atas perbuatan kurang sopannya tadi

Tak pasal-pasal lelaki itu makan satu tumbukan darinya.. dan natijahnya, satu sekolah sudah gosipkan dia dengan Anvaya.. habis tersebar fintah yang bukan-bukan tentang dia

"It's okay" Anvaya senyum sendiri

"Lim memang otak shot.. dia mengarut je th" kutuknya kerana terlalu geram

Anvaya tergelak kecil sebelum mengangguk perlahan.. suasana terus janggal antara mereka berdua.. Anvaya memandang ke hadapan.. sesekali, dia melambai kepada orang yang tersenyum kepadanya

Andy hanya memerhatikannya dengan rasa senang.. dia senang melihat kelembutan Anvaya yang menurutnya sukar untuk dia jumpa dari mana-mana perempuan pun

"I balik dulu.. jumpa malam ni" Anvaya melambai kepadanya sebelum menghilang ke dalam perut kereta

Andy membalas lambaian itu dengan kerutan di dahi.. apa maksud Anvaya soal malam ini.. kenapa dia tak tahu apa-apa.. dia mencari semula ingatannya tentang malam ini.. mungkin mereka ada kelas tambahan tetapi dia sahaja yang lupa

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now