Pish menggenggam erat tangan Minji . Teruja dia dapat kawan baru . Sebelum ni dia memang ade kawan . Tapi lepas kes dia bercinta dengan anak cikgu , terus kawan kawan dia lari . Semua taknak kawan dia dah . Ape ? bercinta dengan anak cikgu tu kan normal ? bukan satu jenayah pun .
"Minji , jom kita pergi coop . Dekat situ kan banyak.....MAKANAN . Mesti kau suka punya" kata Pish sambil menghayunkan tangan mereka berdua . Minji hanya tersenyum kekok . Maklumlah , belum terbiasa lagi dengan Pish ni .
Jalan..jalan..jalan
Bahu Minji terlanggar tangan lelaki yang berbaju kemeja tak berbutang tu . Muka kerek , kening tebal , acah hensem , rambut emo . Lelaki tu hanya melihat kosong Minji seraya memberi senyuman senget dan pergi dari situ .
Sempat jugak dia mengerling kearah kumpulan lelaki tersebut . 'Mingi ? pergh bukan nak tolong aku . Kau blah je ?' desis Minji . Kini , Pish yang baru habis terkejut dengan tindakan sekumpulan lelaki kerek tu terus menolong Minji untuk bangun .
"eeee mamat tu kan ! aku benci betul dengan group dorang ni . Seonghwa tu dah la KEREK . GAY- eh tak tak . Muka dia mana pernah nak senyum . Garang je selalu . Gelak pun tak pernah . Group dorang tu PROPA je lebih . Acah femes . Bukan orang kenal pun . Berlagak !! lagi lagi Hongjoong tu . Dah la bolot semua jawatan pengerusi yang ada dekat sekolah ni . Kau bayangkan , jawatan ketua kelab BISKUT pun dia nak jadi pengerusi . Aku meluat je !! biskut tu manis sangat pun takboleh . Tapi kalau dia buat biskut tu masin , kitorang yang budak budak kelab biskut ni takboleh KONDEM . Kena terima segala cacat cela dalam biskut tu . ERGHHHH geram aku !!" bebel Pishkook sendiri . Minji hanya mendengar dengan penuh tekun .
Dari dengar cerita Pishkook ni , membuatkan dirinya mahu dengar lebih lagi pasal group kerek tu .
"eh Pish , sabar sabar . Kita beli air dulu ha lepastu kau nak cerita , cerita lah" Minji mencuba untuk menenangkan Pish dari jadi api depan coop ni .
Pish hanya merengus geram dan mengangguk .
🏴☠️
Mereka berdua mencicipi sedikit air yang baru dibeli . Pish menarik nafas dan mula bercerita . Minji pulak hanya menunggu Pish untuk bercerita . Nampak sangat muka ingin tahu dia . Mana taknya , dia taknak la Mingi terpesong dengan group tu . Kan tadi dia nampak Mingi dalam sekumpulan lelaki kerek tadi .
"dulu , Hongjoong yang pakai topi tadi dengan Seonghwa yang kau langgar tu , baik je . Sopan tau budaknya . Tapi lepas kitorang ni masuk Wanteez Highschool ni , terus dorang berdua berubah" kata Pishkook dengan penuh dramatik .
"huh ? aku tak faham ? dorang umur berapa sampai kau nak cakap 'lepas kitorang masuk' ?" Minji ni bengap orangnya .
"haih , dorang senior kita . Tahun ni dorang 17 . So , maksudnya waktu kitorang ni masuk , time tu umur dorang 16 tahun . Kita ni 15 . Faham tak ? kadang kadang aku tak suka cerita melibatkan matematik ni" jelas Pishkook . Tapi Minji masih lagi terpinga pinga .
"eh kau ni . Macam ni . Waktu dorang 15 tahun , baik je . Sopan , tak pernah nak bergaduh dengan orang lain semua . Bila dia dah umur 16 , mula la tunjuk belang dorang sana sini . Nak bagi orang takut lah . Faham ? haa dah jadi senior kan . Kitorang ni semua dia buli . Tapi , Hongjoong dengan Seonghwa tu tak mampu nak buli 4 orang junior waktu tu . Buli tapi semua tak jadi" sambung Pishkook lagi . Minji masih tertumpu sepenuh perhatian dekat Pishkook .
"sape 4 orang tu ?" soal Minji .
Pishkook dah mula dengan senyuman senget dia . "Yunho , Yeosang , San dan Wooyoung . Budak kelas kita tu . Disebabkan dorang 4 orang ni kebal , terus Hongjoong masukkan dalam group dia . Jadi member terus" terang Pishkook dengan penuh bergaya macam gopal .
Minji mengangguk . "eh tapi aku perasan ade budak pendek tu . Macam mana pulak ?" soal Minji ingin tahu .
"ouh tu junior kita , Jongho . Waktu dia orientasi haritu , dia ade menyanyi . Suara dia memang tak dinafikan lagi . Memang sedap . Hongjoong berkenan , terus dia ambik budak tu masuk group dia" jelas Pishkook .
"macam mana kau tahu semua cerita ni ? dari Hongjoong tu masuk sekolah sampailah sampai Jongho tu orientasi" soal Minji lagi dan lagi .
"pasal Hongjoong tu aku dengar dari senior . Pasal Jongho tu sebab aku pengawas . Jaga budak time orientasi haritu" jelas Pishkook . Minji hanya mengangguk .
"eh dah la , waktu rehat dah nak habis ni . Nanti kena marah pulak dengan Lee Know Ssaem . Dia tu lagi garang dari Hyunjin Ssaem tau . Dia pandang je dah ketaq lutut" kata Pishkook dan tarik tangan Minji untuk masuk ke kelas .
🏴☠️
"bye !" Minji melambai kearah kereta yang dia dinaiki oleh Pishkook . Sekarang , Minji berada meja yang tak jauh dari pintu keluar sekolah dan dia juga di belakang Mingi . Mingi pulak tengah lepak dengan group kerek dia tu .
"Mingi , jom la balik" bisik Minji seraya menarik narik lengan Mingi . Mingi yang mula rimas , terus dia bawak Minji duduk sebelah dia . Haih susah bawak anak itik ni kemana mana .
Minji terus terdiam lepas ditarik oleh Mingi . Dia memandang lelaki lelaki kerek pelik . Mula dah rasa tak selesa . Sekumpulan lelaki dan Mingi tengah gelak gelak sebab dorang bukak cerita pasal pakcik beli sayur tapi confuse nak ambik sawi putih ke sawi hijau .
Mata Minji pulak tertumpu pada Seonghwa yang tengah gelak sakan tu . Dia teringat kata kata Pish yang Seonghwa ni tak pernah senyum . Alangkah indahnya melihat senyuman dan gelak tawa Seonghwa harini . Dia termenung dan tersenyum sendiri . Sedar tak sedar , dia dah 30 minit tersenyum .
Mingi pulak dah naik penat panggil dia tapi takde sahutan .
"asal tu ?" soal Hongjoong . Mingi pulak hanya tersengih kambing . Tercalar maruah dia tengok kembar dia macam ni .
"Minji yah ! jom balik !! kau sengih ape lagi ni !!" bisik Mingi dalam nada marah dekat Minji . Tapi masih tak berganjak . Wooyoung yang dari tadi penat tengok karenah kembar ni terus dia bangun dan tolak Mingi jauh sikit dari Minji .
Dia mula menarik nafas dan mencium pipi Minji . Mungkin ni mampu untuk menyedarkan Minji . Mingi pulak terkejut dengan tindakan Wooyoung .
Minji membuntangkan matanya dan..."YAHH !! eeee ape ni cium pipi orang sesuka hati ni !! MINGIII JOM KITA BALIK !! eeeeee !" jerit Minji dan lap bekas ciuman yang ada pada pipi kirinya berkali kali . Yang lain hanya gelak dengan tindakan Minji termasuk Seonghwa .
"eh Wooyoung , kau kalau nak Minji , langkah mayat aku dulu ea . Jangan pakai cium je . Aku ni kembar dia tau ! boleh jadi abang adik dia jugak ! wahh suka suka hati je ek" kata Mingi dalam nada bergurau . Dia tersenyum dan memberi beg sekolahnya kepada Minji . Hampir terjatuh jugaklah Minji nak sambut beg dia tu .
"bye !! esok jumpa lagi !" kata Mingi dan berjalan meninggalkan Minji di belakang . Minji pulak sempat memandang group kerek tu dan memberi senyuman ikhlas dekat Seonghwa . Seonghwa hanya membalas senyuman tersebut . Dah macam cacing kepanasan dah Minji .
YOU ARE READING
[OG] A Love So Beautiful - ATZ VERSION
RomanceAku malas nak fikir description . Hwaerina 2024 start : 220324 end : -