🏴‍☠️ ; 07

7 0 0
                                    

"weh bangun weh ! kita dah lambat ni" Minji mengerakkan badan Mingi berkali kali . Memang setiap pagi Minji akan bangun dan kejutkan Mingi sekali . Tapi ni dia sendiri terbangun lambat . Sebab ape ? sebab malam tadi dia berangan sampai pagi . Mana taknya terlajak tido lepastu .

Mingi bangun dengan gelabah dan dia melihat Minji yang dah siap berpakaian sekolah tu . Mingi merengus dan pergi gerak untuk mandi . Sarapan jangan cakap la memang tak sempat nak buat . Minji siapkan barang barang dia dan pergi ke bilik Mingi pulak untuk siapkan barang Mingi . Hmmm kembar mithali . Takdelah , alang alang dia tengah kemas barang dia , apa salahnya dia kemaskan barang kembar dia sekali .

Dia melipat baju sukan dan masuk ke dalam beg Mingi . Harini ade sukan . Sebab tu kena bawak .

🏴‍☠️

"maaf Lee Know Ssaem . Kami terlajak tido" jawab Mingi jujur . Tak pandai menipu budak ni . Bagus bagus .

Lee Know Ssaem hanya mendengus geram dan suruh mereka berdua berdiri di depan kelas . Mereka hanya akur . Taknak la melawan . "ingat ni sekolah MA- ATOK NENEK kamu ke ?! PERGI BERDIRI DEKAT LUAR SEKARANG !!" walaupun Lee Know Ssaem tegas dan garang , dia masih ada hati budi lagi . Tak sentuh isu ibu bapa yang dah takde .

"kau la ni . Bangun lambat !" bisik Mingi . Minji hanya menunduk . Dia tahu tu salah dia . Takkan dia nak menjawab pulak kan ? Tengah elok mereka berdua berdiri dekat depan kelas , tiba tiba Hongjoong datang bawak buku nota kecik . Hah dah tahu dah dia nak buat ape .

"Min...gi . Min...ji cinta hatiku . Eh ? okay dah tulis" kata Hongjoong selamba dan ingin beredar dari situ . Tiba tiba Mingi menahan tangannya .

"eh asal nak tulis nama kitorang pulak ? Ssaem yang denda kitorang . Bukan kau" kata Mingi seraya membetulkan rambut dia yang serabai dek kerana lari macam super sonic tadi .

"oh ! aku KETUA KAKI LIMA ni . Jadi , mana mana student yang berdiri sini , aku kena tulis nama pastu bagi kat guru besar" cakap Hongjoong selamba dan masukkan tangan dalam poket seluar .

Minji dah terkejut beruk . Gila tak terkejut ? nama naik kat guru besar kot . Bukan taraf guru disiplin lagi .

"weh agak agak ah Jjoong . Aku kawan kau kot . Kita dah kenal semalam . Bagi muka sikit ah" pujuk Mingi . Minji pulak dah buat muka seposen . Mintak simpati jugak dia tu .

Hongjoong dah memandang kesian muka mereka berdua ni . Yelah , kawan kan . Lagi sorang tu buah hati . Mana boleh buat gini .

"Mingi aku letak kau kat bilik kaunseling , Minji cinta hati aku , aku bagi free . Takde denda" kata Hongjoong seraya mengoyakkan kertas buku nota dia . Minji dah buat muka geli geleman dah . Euw , tak rasmi ape semua dah panggil cinta hati . Mingi pulak dah tercengang . Kembar dia boleh pulak takde denda . Dia ? kena pergi bilik kaunseling . APAK TAK RAMAHNYA .

"cinta hati , cinta hati . Aku ni KEMBAR DIA . Nak aku ulang ? KEMBAR DIA !! Nak ambik dia , kena ambik hati aku dulu . Buatnya aku tak bagi ? tak restu ?" kata Mingi seraya menggulingkan matanya . Hongjoong pulak tersengih kambing .

"HEY ! APA YANG BISING KAT LUAR TU ? KENA DENDA PUN MASIH NAK BISING KE ? KANG SAYA SURUH ANGKAT MEJA NI GUNA KAKI KANG !!" marah Lee Know Ssaem . Mereka berdua tersentak dan terdiam . Hongjoong pulak dah pergi masuk kelas dia semula . Haa baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah .

🏴‍☠️

"Ji , kau cakap dekat kawan kawan aku . Aku tak dapat nak rehat sekali . Sebab kena masuk bilik kaunseling . Kurang ajar Hongjoong ni . Tau ! nanti balik aku rasuah kau dengan tteobokki pedas . Aku masak" kata Mingi seraya menampal sticker pada rambut Minji . Minji pulak mengangguk dan tidak perasan langsung sticker tu .

Minji bangun dan memegang lengan Pishkook . Mereka nak pergi coop dulu pastu baru jumpa group kerek tu .

...

"mana Mingi ?" soal Jongho . Yelah , dorang tengah nak buat mesyuarat tergempar untuk group tak bertaraf dorang ni . Katanya nak bincang pasal nama group . Kang persembahan dah dekat tapi nama group pun takde . Ha kan malu tu .

Tapi masing masing palau Jongho sebab mata dorang tengah tertumpu dekat Minji yang datang kearah mereka . Jongho pulak mengeluh dan menggulingkan matanya .

'kalau pasal perempuan , aku ni pun dorang tak pandang' monolog Jongho dalam hati . Dia menyilangkan tangannya di dada dan bersandar .

"hai korang !" sapa Minji mesra .

"hai~" jawab mereka serentak seraya tersenyum kecuali Jongho .

"HAI ! eh kau kembar dia kan ?! mana Mingi ?! kitorang nak buat mesyurarat ni !" kata Jongho dan menggulingkan matanya lagi . Juling kang baru tahu .

"oh , aa sebab ni la saya datang . Saya nak bagitahu yang Mingi tak dapat nak rehat dengan korang sebab...dia pergi bilik kaunseling . Kena denda sebab Hongjoong tulis nama dia tadi" jawab Minji lembut . Pish pulak mencuri air Jongho dan minum dengan selamba .

Yang lain masih lagi tersenyum dan mengangguk . Tengah angau ke bang ? tengok awek cantik kat depan ni .

"YAH ! PISH !! BAGI LAH ! KAU NI PUN SATU LA HONGJOONG . Kenapa tulis nama Mingi pastu denda dia masuk bilik kaunseling !" kata Jongho seraya memegang air kotak yang berada di tangan Pishkook .

"ehe , aku taktahu lah . Kenapa ye~" jawab Hongjoong yang masih lagi dalam angau cintanya . Mata dia tak lekang dari memandang Minji yang cantik tu .

Jongho bangun dan pergi dari situ .

"KALAU PASAL PEREMPUAN , SEMUA TAKNAK LAYAN AKU !" bebel Jongho seorang diri .

Pish yang perasan terus masuk coop dan beli air kotak untuk Jongho . Budak tu takboleh palau sangat . Nanti dia jadi hulk . Yunho pulak lepas je dapat tahu yang Mingi dalam bilik kaunseling , terus dia pergi bilik tersebut . Dia boleh je keluar masuk sebab , abang sepupu dia tu cikgu kaunseling . Alahh Felix Ssaem . Yang suara besar pastu suka makan ayam tu .

Kini , tinggal Minji seorang diri bersama abang abang kacak tersebut .

"erm...saya dah takde ape ape nak cakap . Saya mintak diri dulu ea" kata Minji kekok . Tiba tiba tangannya ditahan oleh Seonghwa yang tak jauh dari Minji .

"awak bagitahu Mingi , mesyuarat tu lain kali la kami buat . Lagipun , Jongho pun tengah merajuk sekarang . Yunho pulak takde . Tak sempat nak sampaikan pesanan tadi dekat dia" kata Seonghwa lembut .

Wooyoung yang perasan , terus ambik tangan Minji lagi sebelah . "ehe , Minji dah makan ? meh Wooyoung bawak Minji makan" kata Wooyoung seraya berdiri dan mahu menarik Minji pergi dari situ .

Yeosang pulak dah berdehem . "aku selaku ketua kelas 2-1 , biar aku je bawak dia pergi makan . Lepas ! Jom Minji" kata Yeosang dan melepaskan tangan Wooyoung dari Minji .

Hongjoong pulak bangun dan melepaskan tangan Seonghwa dengan Yeosang . "aku selaku ketua segala ketua , baik aku je yang bawak hehe" kata Hongjoong seraya memegang kedua dua tangan Minji .

Minji pulak dah pandang mereka semua pelik . San masih lagi statik duduk di tempatnya . Minji lepaskan tangan Hongjoong dengan lembut dan pergi kearah San .

"San , jom rehat dengan saya harini . Pish pergi pujuk Jongho tadi . Jadi , saya takde kawan nak rehat" kata Minji . Dia ajak San pun sebab dia dah rimas dengan yang lain asyik berebut tangan dia .

San bangun dan memberi senyuman berlagak dekat member lain . Terus dia berjalan di sebelah Minji . Tak pegang tangan okay . Dia memusingkan kepalanya dan...

'aku tak ajak dia , dia yang ajak aku' San menggerakkan mulutnya dengan berlagak dan membuat thumbs up . Cet suka la tu .

Yang lain hanya membuat muka menyampah .

[OG] A Love So Beautiful - ATZ VERSIONWhere stories live. Discover now