San dan Minji rehat bersama dekat cafeteria . Minji hanya makan roti je . San pulak pergi belik makanan cafeteria . Cadangnya , Minji nak beli jugak tapi dia terlupa bawak duit lebih . Dia bawak duit pun balance semalam je . Bangun lambat kan . Semua benda lupa .
Minji melihat San makan dengan berselera . 'uish..lapar gila tengok dia makan' monolog Minji .
San terperasan Minji dan tersenyum . "awak makan roti je ? tak lapar ke ? menu cafeteria harini sedap tau . Tak beli ?" soal San bertubi tubi .
"eh takpe takpe . Saya lupa bawak duit lebih harini" kata Minji seraya tersenyum manis .
"ehh mana boleh macam tu . Sekejap , saya pergi belikan awak makanan . Kejap tau" kata San dan pergi dari meja mereka untuk membeli makanan untuk Minji . Minji tersenyum malu .
...
Tengah elok Minji makan , San pulak pandang dia dengan penuh fokus . Tiba tiba dia terperasan satu sticker yang melekat pada rambut kanan Minji . Dia terus ambik dan buang .
dup..dap..dup..dap
Jantung San berdegup kencang lepas dia nampak yang Minji senyum dekat dia dan ucap terima kasih . Aduh nak pengsan pulak .
'eish , jangan cantik sangat boleh tak ? aku gigit kang haaa . Aduh jantung pun jangan la berjoli sekarang' monolog San dalam hati . Dia jugak pandai berlakon seperti tak rasa apa apa . Padahal member tengah blushing .
🏴☠️
Kini , mereka semua dah pun masuk kelas termasuk Mingi . Sekarang , waktu PJ . Waktu yang paling disukai oleh ramai pelajar . Waktu ni lah syurga bagi budak sekolah macam korang .
Minji mengambil baju sukannya dan Mingi pulak berlari kearah Minji .
"Ji , baju sukan aku ade ?" soal Mingi tergesa gesa . Minji bagi satu beg lagi untuk Mingi .
"nah , aku dah siapkan semua . Sikat , minyak wangi , beda-" kata kata Minji terputus kerana Mingi menutup mulut Minji pakai tangan dia . Taknak lah Pishkook dengar yang dia dah besar pun masih pakai bedak carrier junior .
"hehe , terima kasih Minji . Sayang kau" kata Mingi dan mencium dahi Minji . Dia terus keluar dan pergi tukar baju .
Minji hanya mengambaikan dan ambik beg baju dia pulak . Tangannya merangkul lengan Pish .
"eh , Minji . Mingi tu hensem kan ? dia ada ciri ciri boyfriend idaman aku do !! eee sukanyaaa" kata Pishkook teruja . Minji pulak sudah memandang pelik .
"huh ? hensem ? boyfriend idaman ? ape dia ?" soal Minji bingung .
"yelah , kau tengok tadi . Dia cakap terima kasih pastu cium dahi kau bhai . Kalau abang aku , hmm hampeh dia tu . Ex boyfriend aku yang Jeongin anak Bangchan Ssaem tu ? lagi lah ! dia tu mana tahu nak romantik . Sebab dia tak romantik lah aku putus dengan dia . Kalau Mingi ni...ada lah ciri ciri boyfriend idaman aku . Uish . Kau bayangkan setiap kali dia cakap terima kasih kat aku , pastu mesti dia cium dahi aku kan . AAAAA SUKANYAAA !!" Pishkook dah mulakan dia punya angau bercinta tu .
Minji pulak hanya tadah je telinga dan pergi masuk ke bilik persalinan baju . Biasalah , perempuan kalau tengah berangan , jangan lah kau bantah ataupun cakap . Memang kau kena maki nanti .
🏴☠️
"okay class !! saya tahu dalam kelas kamu ni ada student baru kan ? Minji , Mingi ? haaaa . Saya nak kenalkan diri saya dulu dan baru kita mulakan aktiviti . Nama saya Changbin . Boleh panggil saya Changbin Ssaem . Saya cikgu PJ tetap kamu ye . Murid lain dah kenal saya kan ? bagus . Harini , kita akan buat se- eh kejap kejap ade orang call" kata Changbin Ssaem dan pergi jauh sikit dari mereka semua untuk
mengangkat panggilan .
YOU ARE READING
[OG] A Love So Beautiful - ATZ VERSION
RomanceAku malas nak fikir description . Hwaerina 2024 start : 220324 end : -