🏴‍☠️; 20

4 1 0
                                    

Keesokkan harinya , Minji tak pergi sekolah . Kena gantung sekolah tiga hari kan . Mingi sempat buat sarapan pagi tadi
. Sempat jugak la dia kejutkan Minji untuk bangun sarapan sebelum dia pergi sekolah .

Minji hanya duduk termenung dekat meja makan . Marah betul dia semalam dekat Seonghwa . Tiba tiba lamunan dia terhenti sebab dengar notification dekat telefon sendiri . Dia bukak dan melihat mesej tersebut .

"bukak pintu ni , saya dekat depan rumah awak" - Seonghwa

Minji mengeluh . Perlu ke dia datang sekarang ? mengacau ketenteraman awam je . Minji bangun dan bukak pintu . Terlihat Seonghwa yang sedang berdiri dengan muka yang agak sembab . Mungkin tak cukup tidur atau baru lepas nangis .

"nak ape ?" tanya Minji dalam nada dingin .

"boleh kita bincang dekat dalam ?" soal Seonghwa pulak . Yelah takkan nak
bincang dekat luar dengan berdirinya lagi . Dah la takde tempat duduk . Sejuk pulak tu .

Minji mengeluh dan menyuruhnya masuk
. Terus duduk dekat sofa di depan meja ruang tamu .

"Minji , tolong la percaya saya . Saya tak buat" nada Seonghwa lembut . Minji hanya berdiam . Seonghwa mengambil tangan Minji dan mengusap perlahan .

Jantung Minji ni macam nak meletop sebenarnya tapi keadaan tengah macam ni kan ? acah cool sekejap lah . Minji terus menarik tangannya semula .

"takpayah la nak tipu , Seonghwa . Saya tahu awak memang sengaja buat macam tu . Bukan saya taktahu , awak rapat dengan Haerin . Mesti plan awak untuk suruh dia ajak awak pergi rooftop semalam . Ha pastu buat la macam ni kan ?" Minji membuat teori sendiri dan dibalas dengan gelengan Seonghwa .

"sumpah , Minji . Saya tak buat macam tu . Bila pulak saya rapat dengan Haerin ni ? tolonglah percaya saya" rayu Seonghwa lagi .

Minji menggeleng . "saya tahu , awak tak suka saya . Takyah buat saya mac-"

"SAYA SUKA AWAK !" kata kata Minji terputus dek kerana Seonghwa memintas percakapan Minji .

"saya suka awak , Minji . Orang yang saya suka tu , awak" Seonghwa meluahkan perasaan dia secara terbuka dekat Minji . Alang alang dah terlepas cakap , biarlah cakap sampai habis kan ?

"saya nampak perubahan muka awak
semalam bila saya cakap saya suka orang lain" Seonghwa memegang semula tangan Minji .

"kalau awak suka saya , kenapa buat saya macam ni ? cuba bagitahu saya , Seonghwa . Bagitahu saya ! awak nak imej saya kotor ke , Seonghwa ?!" marah Minji seraya menagis .

Seonghwa menarik nafas dan menggenggam tangan Minji kuat . "tak tak
! imej saya pun kotor jugak , Minji . Takkan saya sendiri nak kotorkan imej saya sendiri . Dengar , saya ingat ada benda yang dia nak cakap dekat saya semalam . Tapi dia buat macam tu dekat saya . Saya terkejut dengan ape yang dia buat semalam . Tolong percaya saya . Saya taktahu nak buktikan macam mana dekat awak" terang Seonghwa panjang .

🏴‍☠️

Harini mood Yeosang tidak lah begitu baik . Sedang kawan kawan dia berehat dekat kantin , dia boleh bagi alasan nak jumpa cikgu padahal pergi jumpa Haerin dekat bangunan kosong belakang sekolah .

"kau yang buat kan ?" soal Yeosang dingin . Haerin hanya pura pura taktahu .

"buat ape ni ? aku tak faham lah kau cakap ape" kata Haerin seraya bermain dengan kukunya .

Yeosang menolak Haerin ke dinding dengan kasar dan menghempas kedua dua tapak tangan dia dekat dinding . Nak retak jugaklah dinding tu Yeosang buat . Kawan kawan Haerin yang ade dekat luar bilik tu terus masuk lepas dengar Haerin mengerang kesakitan .

"eh Yeosang ! kau dah gila ke ? Haerin kan perempuan !" kata Yeseo dekat Yeosang seraya membersihkan badan Haerin . Haerin pula pura pura menangis . Terus dibawa keluar oleh Yeseo .

Yeosang mengeluh dan tiba tiba ade seorang gadis menepuk bahu Yeosang . Gadis itu membetulkan spek matanya . Tak tumpah lagaknya seperti seorang pelajar nerd . Yeosang memandang kebelakang .

"saya boleh tolong awak . Tu pun kalau awak tak kisah" kata pelajar yang bernama Jihan itu .

Yeseo ( student 3 ) chapter 17
Jihan ( student 2 ) chapter 17

🏴‍☠️

Selang seminggu Minji tak bercakap atau memandang Seonghwa . Begitu jugak dengan Mingi . Masih dengan ego masing masing .

Yeosang pulak lepas tiba waktu rehat je , hilang tah kemana . Haerin sekarang dah tak pedulikan Jihan . Katanya buat ape nak berkawan dengan orang yang lembab dan nerd macam Jihan .

Ateez tak seceria dan selengkap dulu . Yunho asyik rehat dengan Mingi . Mingi biasalah asyik dengan Minji . Diikuti dengan Pish .

Yang lain masih rehat bersama . Cuma Yeosang je takde .

"eh hyung . Aku tak suka lah group kita macam ni . Bosan do Yeosang , Mingi dengan Yunho takde . Eh Mingi tu takde pun takpe . Tak rasa bosan sangat . Yunho dengan Yeosang tu . Dua tu penting" kata Jongho dan ditepuk kepalanya oleh Wooyoung .

"mulut kau ni boleh tahan jugak ea ? Tanpa Mingi , tak lengkap la Ateez ni . Ingat , 8 makes 1 team . Faham ?" kata Wooyoung dan menunjuk muka berlagak dia .

"fuyooo !! kita ade group trademark" kata San seraya menepuk tangan . Memang takboleh serius betul la dia ni .

"aku suka trademark tu tapi bukan sekarang nak main main . Aku pun tak suka group kita macam ni . Yeosang waktu rehat je terus blah dari kelas . Tak gerak
sama sama dengan kita pun . Mingi tak bercakap dengan Seonghwa . Yunho ? hmm sama jugak dia tu . Sekarang Seonghwa pun dah banyak diam . Minji ? Pish ? hmm aku taktahu lah" kata Hongjoong . Banyak jugak keluhan yang dikeluarkan dari mulut dia .

"aku selalu nampak Yeosang keluar dengan Jihan" Sampuk Seonghwa sedikit .

"Jihan mana pulak ni ? Jihan Musa raja lawak tu ke ?" soal Wooyoung . Haaaa memang . Memang dia yang Seonghwa mention .

Seonghwa mengeluh dengan kebengapan Wooyoung . Yang lain pun sama bengapnya . Angguk saja dengan jawapan Wooyoung .

"alah , kawan Haerin . Yang selalu pakai spek tu . Nampak nerd je . Ikut je ape yang Haerin suruh" terang Seonghwa .

"oh , kau nak cakap sekarang Yeosang dah taknak kawan dengan kita ? nak kawan dengan budak jahat plus nerd pulak ? gitu ?" soal San dan memandang yang lain .

"aku tak rasa yang Jihan tu budak jahat . Aku tengok elok je dia . Takde pulak nampak dia buli mana mana student dekat sini . Cuma ikut belakang Haerin je lah" kata Hongjoong pulak .

"alahhhh biarlah . Nanti lama lama , Yeosang tu balik jugak dekat kita . Dia mana boleh jauh dengan teddy bear kesayangan dia tu" kata Wooyoung seraya memuncungkan bibirnya ke arah Jongho .

Jongho mengangkat keningnya . "ape ? aku tak bersalah ea" .

"alah , kau kan teddy bear kesayangan dia . Mana mana pergi mesti Yeosang peluk kau dulu . Pastu sikit sikit berdua . Dah macam anak anjing dengan anak beruang" kata Hongjoong . Yang lain hanya ketawa tapi bukan Seonghwa . Dia betul betul takde mood sekarang .

🏴‍☠️

"kau betul nak buat ni ?" kata Yeosang dan ambik pita suara yang ada di tangan Jihan .

Jihan membetulkan spek nya beberapa kali dan mengangguk . "hmm saya betul . Saya dah taktahan lagi dah" .

"okay aku buat" Yeosang dan Jihan berada di dalam bilik penyebar suara . Bilik itu dibuat khas untuk guru guru atau pengawas membuat pengumuman khas waktu pengajaran bermula .
( plis , aku taktahu nama bilik tu . Buat buat faham suda )

Yeosang mencucuk pita suara tersebut dan menguatkan volume mikrofon .

[OG] A Love So Beautiful - ATZ VERSIONWhere stories live. Discover now