Aku baru sahaja sampai di Hanlim university dan berjalan menuju ke kelas. Dah dua minggu aku kena buli dengan ateez tu tapi aku tak berhasrat nak buat report sebab aku takut je.
Aku cuma berharap yang aku takkan jumpa dengan Seonghwa and the gang.
Tiba ii, telefonku berdering. Ternyata daripada younghoon.
"Hello?"
"Hello, eun ae uhuk uhuk.." Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa dengan awak? Awak tak sihat ke?" soalku.
"Haah, saya demam la hari ni. Awak okay kan kalau duduk kat kelas sorang ii?" soalnya. Maklumlah dalam kelas aku cuma dia je yang aku rapat.
"Hmm takpe saya okay je. Awak rehat la secukupnya." kataku lalu meletakkan panggilan setelah aku mengucapkan selamat tinggal.
Aku mengeluh panjang.
"Nampaknya aku kena jaga diri aku betul ii." desis hatiku.
Sedang aku berjalan ingin ke kelas tiba ii, kaki aku tersadung dan terjatuh di atas lantai. Aku mengeran kesakitan lalu memandang ke arah sekeliling tapi tiada siapa di sana.
"Yah Park Seonghwa! Aku tau ni kerja kau la!" jeritku macam orang gila. Aku gegas bangun lalu berjalan ke bilik kuliah.
Setelah aku tiba di bilik kuliah, aku ingin membuka pintu dan tiba ii,
KEDEBUSHHHHH!
Badan aku dipenuhi oleh lumpur dan lendir. Aku memandang ke arah rakan sekelasku dan mereka hanya tertawa kecil melihat kejadian ini.
"Itulah akibat kalau melawan ateez." kata salah seorang daripada mereka. Ada yang dikalangan mereka mengambil video aku.
Aku terus berlari keluar dari kelas sambil menangis semahunya. Aku malu... mesti video tu dah tersebar luas.
Aku terus pergi ke taman belakang dewan fakulti dan menangis sejadi-jadinya.
"Kenapa aku diuji sampai macam ni sekali?" desis hatiku. Aku melayan perasaan sehingga tak sedar ada yang memanggil namaku.
"Eun Ae?" soalnya.
Aku menoleh. Ternyata itu ialah Haerin.
"Ehhh kau kenapa macam ni? Ehhh apa jadi dengan kau?" soalnya lalu gegas duduk di sebelahku. Aku hanya teresak disitu.
"Hae, aku terkena lagi. Hari ni memang aku tak nampak dia tapi aku tau dia yang setup kan perangkap untuk aku sepanjang aku nak ke kelas tadi." kataku sambil teresak.
"Ini dah melampau sangat ni. Kau sure ke tak nak report dekat dean? Kalau kau risau pasal reputasi keluarga aku, kau takyah risau aku boleh handle." kata haerin lagi.
"Hae, haritu aku dah cuba report kat dean tapi kau tengoklah keadaan aku sekarang? Aku kena pulau dengan budak ii kelas aku. Aku sakit sangat, hae." kataku sambil menangis.
"Okay macam ni, aku nak kau rehat je la kat rumah. Aku hantar kau balik and nanti aku cakap dengan lecturer kau la yang kau tak sihat. Eun Ae, kau kena kuat sebab tak lama lagi ni final exam dah. Pasni, confirm kau takkan nampak abang aku dah." katanya, seolah memberi semangat untukku.
Aku hanya mengangguk.
"Nah, kau pinjam la baju aku ni sebab baju kau ni pon dah kotor dah. Aku teman kau pergi bilik air." katanya lalu membawa aku ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah selesai, haerin menghantarku pulang ke rumah. Nasib hari ni dia drive so takde la abang dia tau keadaan aku macam mana kan
Setelah aku tiba di rumah, aku disambut oleh eomma.
"Ehhh Eun Ae, kamu kenapa?" soal eomma, risau.
"Aunty, hmm Eun Ae tak berapa sihat sangat. Tu yang saya hantarkan dia balik tu tapi aunty jangan risau sebab saya dah bawak eun ae pergi klinik tadi." kata haerin.
Aku yang menyuruh Haerin untuk menipu sebabnya aku tak nak keluarga aku tau pasal kejadian hari ni.
"Aigooo, eun ae kamu pergilah berehat dulu. Terima kasih, haerin sebab hantar eun ae balik." kata eomma.
"Sama ii aunty, kalau dah takde apa, saya pergi dulu la. Eun Ae, kau rehat je la eh kat rumah." kata haerin. Aku hanya mengangguk dan melihat dia pergi dari sini.
Aku hanya mengeluh perlahan.
"Eun Ae, kamu naiklah dan berehat." kata eomma. Aku hanya mengangguk lalu naik ke bilik dan berehat.
"Nasib baiklah sir han memahami aku dan bagi aku berehat di rumah." desis hatiku dan aku terlelap untuk beberapa jam.
PARK HAERIN P.O.V
Aku baru sahaja selesai kelas untuk hari ni dan mula mengemas barang. Aku mengetap bibir perlahan.
"Park Seonghwa, kau siap aku kerjakan jap lagi ni. Tak kisah la kau tua dari aku ke tak, kau tetap kena diajar." desis hatiku.
Baru sahaja aku ingin keluar dari kelas, aku ternampak san datang ke arahku.
"Sayang..."
Aku hanya menjeling ke arahnya.
"Kenapa? Saya tak ada mood la hari ni." kataku acuh tak acuh.
"Lahhh dah kenapa?" soalnya. Aku menyilangkan tanganku.
"Saya nak tanya awak la, apa yang seonghwa plan untuk eun ae hari ni? Hari ni dia teruk tau kena buli dengan dia tu." kata aku. San hanya membulatkan mata.
"Ehhh seriouslah? Saya tak tau apa ii pon. Yelah, saya pon bukannya join dia membuli eun ae tu. Kan awak dah bagi warning kat saya haritu." katanya. Aku hanya mengeluh.
"Tau tapi yelah awak kan still lepak dengan yang lain. Takkan la awak tak tau apa yang seonghwa plan selama ni?" soalku lagi.
"Setahu saya memang dia plan nak kenakan kawan awak tu tapi tak sangka la sampai dia cederakan eun ae tu." kata san lagi.
"San, ni dah melampau la. Takkan la awak pon tak boleh nak nasihat dengan seonghwa tu? I know he's older than you but untuk kebaikan dia kot." kata aku lagi. Aku tak nak la semua ni akan jadi lebih parah lagi.
Aku risau yang Eun Ae akan mengalami tekanan mental yang sangat teruk. Tadi pon aku tengok macam naik gila dah dia.
"You know, sayang yang abang awak tu keras macam batu? Dia takkan dengar cakap sesiapa pon. Jadi, takde function pon kalau saya tegur dia." kata san lagi.
Aku hanya mengeluh lagi.
"Kenapalah abang aku ni ego dia kalah gunung eh? Penat la aku nak cakap dengan dia kalau macam ni la perangai dia."
Aku cuma mampu berdoa yang suatu hari nanti dia pasti sedar akan kesilapannya.
YOU ARE READING
『 C 』 PSH FF ; ❛❛Fall For Mr Bully❜❜
Fanfiction"Even you hate me, you're still in my heart" START: 6/4/2024 END: 21/4/2024