PROLOG

47 8 5
                                    

CUACA panas yang sangat terik itu menjengkelkan aku yang sedang melibas-libaskan tudung aku. Tanda aku sedang kepanasan.

Aku pun kurang pasti apa tujuan aku ikut abah aku, Dato Muzaffar, datang ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) seawal pukul 8 pagi. Kalau ikutkan, aku hanya mahu berbungkus dalam selimut pada waktu begini. Sudahlah sekarang cuti penggal sekolah.

Tak bolehkah abah bagi chance sikit dengan anak perempuannya ni nak bermalas-malasan? Bukan selalu pun aku bangun lambat. 

Abah yang sedang melatih latihan menembak itu aku lihat. Abah merupakan Inspektor dalam latihan Latihan PULAPOL. Betapa bekerja kerasnya abah dalam pekerjaannya ni membuatkan aku bangga mempunyai abah seperti abah. Membuatkan aku ingin menjadi sepertinya satu hari nanti.

“Termenungkan apa tu?”

Abah melabuhkan punggung di sebelah aku yang dari tadi hanya duduk termenung di bangku yang disediakan di padang itu.

“Tak ada la. Kenapa la Aya kena ikut abah kat sini awal pagi? Tau tak patutnya Irah sekarang ni tengah cuti sekolah? Patutnya Irah ada kat rumah tau. Tolong-tolong mama masak,”

“Iye, iye la tu nak tolong mama masak. Tolong mama masak ke tolong mama rasa masakan?”

Aku tersengih mendengar abah menyindir aku. Tau sangat yang anaknya yang seorang ni tak pandai masak. Tau pandai makan saja. Entah siapalah yang bertuah jadi bakal suami aku tu.

“Tapi kenapa Aya kena ikut abah? Awal pagi pula tu?”

“Abah bawa Aya sekali supaya Aya boleh tengok macam mana latihan polis. Nanti kalau Aya dah besar tak la Aya rasa janggal nak ikut latihan polis ni,”

Aku mencebik mendengar apa yang abah katakan. Abah dari dulu mau anaknya ini ikut jejak langkahnya dengan menjadi seorang pegawai polis. Pula tu, aku merupakan anak tunggalnya. Jadi, mau atau tidak, akulah satu-satu harapannya untuk menjadi seorang pegawai polis.

Waktu kecil memanglah aku teruja nak jadi seorang pegawai polis. Tengok abah mengacu pistol macam dalam cerita Gerak-Gerak Khas tu, buat aku lebih teruja nak jadi seorang pegawai polis seperti abah. Tapi itu cuma angan-angan seorang budak mentah saja.

“Abah, Aya ni baru umur 14 tahun tau. Awal lagi la nak tentukan Aya nak jadi polis ke tak,”

“Dari umur 14 tahun la boleh belajar. Lepas tu lama-kelamaan ada kemajuan juga. Habis SPM ni ada program PLKN, kan? Jadi abah nak Aya ikut PLKN tu,”

Aku menepuk dahi aku. Abah sekadar ketawa melihat tingkah laku aku. Sudah tau anaknya ni bukannya kental, boleh pula abah suruh aku ikut sertai PLKN. Lapor kat mama baru tau. 

Bagus-bagus aku jadi perempuan, boleh pula abah nak latih aku jadi macam lelaki?

“Tak payah la nak muncung-muncung. Lepas latihan menembak ni, abah ajak Aya makan makanan favourite Aya kat restoran Pak Kasem. Nak tak?”

Mata aku terus saja bercahaya apabila abah cakap nak ajak aku makan kat tempat kegemaran aku. Memang tak ada tempat lain lagi yang aku suka. Dari dulu restoran Pak Kasem tu menjadi tempat kegemaran aku dan abah asal saja aku mengikut abah ke tempat kerjanya.

Mungkin lepas ni, bila abah sudah dinaikkan pangkat kepada Inspektor General, mungkin akan jaranglah aku dapat ke restoran tu lagi bersama abah. Sebab abah akan dipindahkah ke unit utama PDRM. 

“Tapi, nanti mama…,”

“Alaa, tak payah la bagitau mama. Aya pun pandai-pandai la simpan space kat perut tu supaya ada ruang makan masakan mama nanti,”

Aku tersengih. Mama memang pantang kalau kami berdua makan di luar. Bak kata mama, apa gunanya dia masak sedap-sedap di rumah, kalau kami berdua makan diluar. Kalau mama dapat tau kami makan diluar, confirm mama akan merajuk dari memasak untuk kami lagi.

Pula tu, merajuk mama tu mengambil masa sebulan lebih baru dia nak masak balik! Kalau tak memang dia akan memasak untuk dirinya saja. Bila ditanya kalau mama ada masak apa-apa, mama akan cakap…

“Suka sangat kan makan kat luar? Makan la kat luar. Tak payah la mama nak masak lagi,”

Sedang aku berbual-bual dengan abah, aku perasan akan satu pandangan dari salah satu pelatih abah. Khusyuk sangat dia perhatikan kami berdua. 

Aku pun menjegilkan mata aku kepadanya. Tak suka direnung sebegitu! 

Gatal ke apa nak tengok-tengok orang macam tu? Cabut biji mata tu kejap lagi, baru tau nak menangis! Huh!

***

Assalamualaikum guys! It's been a long day since BTLS... YEAHHHH!!!! Jadi guys, happy reading dan sila laa support BTLS juga yaa hehe
Thank you so much.... LUM! Hehe...

Bodyguard Atau Cinta Hati?Where stories live. Discover now