SUDAH seminggu selepas abah discharge dari hospital. Mama pun membenarkan Datin Jamilah itu menjaga abah. Pada awalnya aku membantah dengan keras sebab aku tak mau abah dihasut dengan perempuan itu lagi.
Tapi, macam biasalah. Mama akan sedaya-upaya untuk pujuk aku. Guess what? Ayat mama tak pernah mengecewakan aku seperti mana aku tak mau mengecewakan mama.
Mama siap cakap yang dia sudah lama tak menghabiskan masa bersama dengan aku. Iyalah, sejak aku menyambung master, aku jadi sibuk. Lagi-lagi kini aku sedang menjalani semester 2 dalam bidang Perundangan di Universiti Malaya. Antara sedar ataupun tak.
Kalau ikutkan aku tak nak sambung. Biarlah dengan kelulusan Degree aku. Tapi oleh sebab abah buat hal dengan mengahwini perempuan lain, aku bertekad untuk sambung Master. Menyibukkan diri sendiri sebab aku tau Master akan lebih sibuk.
Sebenarnya mau saja aku menetap asrama di kampus. Tapi mama macam biasala pujuk aku. Cakap nanti dia tak ada kawan.
Walaupun masuk tahun ni aku sudah mencecah 26 tahun, tapi aku masih tak dapat memandu kereta dengan sendirinya. Bukan sebab aku tak ada lesen kereta atau belum habis belajar memandu ke apa. Tapi aku menghidap Vehophobia, dimana aku fobia untuk memandu.
Aku mengalami fobia ini semasa aku berumur 18 tahun. Baru habis SPM dan aku sudah pun mendapat lesen memandu aku. Tapi, baru saja aku ingin merasai keseronokan memandu, tiba-tiba kereta yang aku pandu itu kemalangan. Berlanggar dengan pemandu mabuk.
Waktu itu aku bersama dengan kawan aku, Lia. Kemalangan itu amat teruk menyebabkan aku hampir kehilangan banyak darah dan menyebabkan aku koma untuk jangka masa yang agak lama. Dan kawan aku, Lia, disahkan meninggal dunia setelah aku bangun dari koma.
Doktor menyatakan Lia mempunyai kecederaan kepala traumatik, atau traumatic brain (TBI) menyebabkan pendarahan dalam kepala.
Aku terus saja fobia untuk memandu. Sebab aku takut kesalahan yang sama aku akan lakukan. Kesilapan aku yang telah mengorbankan nyawa kawan aku sendiri.
Untuk pemandu mabuk itu pula, abah bagitau yang mereka dapat menangkap pemandu itu sewaktu kejadian berlaku.
Pindaan Seksyen 44 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000.
Walaupun dia memandu antara tak sedarkan diri, tapi ianya tak adil. Sebab dia, aku terpaksa kehilangan satu-satunya kawan aku waktu itu. Ianya tak adil sebab Lia pergi sebelum aku membuka mata, tanpa aku sempat mengucapkan selamat tinggal. Tak adil sebab aku tak dapat sertai majlis pengebumian itu oleh kerana aku masih dalam keadaan koma.
Sangat tak adil.
TOK! TOK! TOK!
Ketukan pintu bilik aku itu terus saja mematikan lamunan aku yang sedang membuat assignment itu. Aku melihat daun pintu bilik aku yang sedang terkuak oleh mama.
“Aya buat apa?” soal mama dari muka pintu.
“Aya tengah buat assignment ni. Mama ada nak say something ke?”
Mama mengangguk seraya membuka pintu bilik aku dan masuk. Aku lihat mama melabuhkan punggung di hujung katil milik aku. Aku pun tanpa membuang masa terus saja menutup laptop aku. Kemudian sajalah aku sambung.
Aku memusingkan kerusi roda aku menghadap mama yang berada di katil aku. Aku pun menopang dagu menunggu apa yang ingin dikatakan mama.
“Mama tanya ni Aya jangan marah mama pula…,”
Aku ketawa sejenak. “Kenapa la Aya nak marah kat mama? Pernah ke Aya marah kat mama selama ni? Tak ada, kan?”
Mama mengangkat bahunya. “Mana nak tau kan? Aya boleh je cakap sekarang ni Aya tak marah. Mana tau nanti lepas mama cakap nanti tiba-tiba Aya bertukar jadi Hulk? Who knows?”
Aku ketawa sebentar. Boleh pula mama nak samakan aku dengan Hulk yang berkulit hijau tu. Apa ke peliknya aku nak mengamuk? Aku boleh saja tenang tapi kalau libatkan hal abah dan Datin Jamilah tu, memang aku akan mengamuk. Tapi, takkanlah…
“Don’t say this is about abah dan perempuan tu?”
Mama keluh. Kali ini seperti sangat berat. Apa tidaknya? Mestilah penat nak menghadap anak dan suaminya yang sangat degil. Pantang berjumpa, pasti ada saja yang tak kena.
Aku tak pernah jadi macam ni dengan abah pun. Percaya atau tak, aku pernah saja rapat dengan abah satu ketika dulu. Rapat kami kalah dengan mama. Aku lebih suka bermanja dengan abah.
Tapi selepas saja peristiwa kawan baiknya meninggal ketika operasi penyeludupan dadah di Shanghai beberapa tahun yang lepas, abah jadi seperti orang lain. Jarang ada masa dengan kami semua. Selepas itu, pada hujung 2 tahun yang lepas dia mengumumkan yang dia sudah pun berkahwin dengan seorang wanita balu, tak ada anak.
Hati siapa yang tak sedih bila abah dalam diam merahsiakan perkahwinannya? Tanpa persetujuan dari aku dan mama langsung. Tapi selepas beberapa minggu abah mengumumkan perkahwinannya, mama jadi okey dengan abah. Sudah boleh terima hakikat tentang perkahwinan itu. Siap menerima perempuan itu sebagai madunya dan memanggilnya sebagai kakak.
Mungkin mama boleh saja terima. Tapi bukan aku, Sumayyah Mahirah! Perampas, selamanya akan tetap menjadi perampas dimataku!
“Perempuan yang Aya cakap tu mummy Aya tau? Please la, Aya. Mummy tu tak ada anak dengan arwah suaminya. Doktor pun dah sahkan mummy tak boleh pregnant. Dia teringin sangat nak ada anak. Even Aya bukan anak kandungnya, dia nak sangat anggap Aya ni anaknya sendiri,”
Aku ketawa sinis. Nak anggap aku sebagai anaknya? Memang taklah! Kenapa aku nak kena anggap dia sebahagian dari keluarga kami?
“Iye, iye la tu. Entah-entah tu alasan dia je. Dengan mama dan abah sekali kena scam oleh perempuan tu,”
“Aya, mama tak minta lebih tau? Mama nak Aya terima hakikat ni macam mana mama dah terima semua ni adalah takdir mama. Semua ni adalah ujian untuk mama setia dengan abah. Kenapa Aya pun tak boleh nak terima semua ni? Abah tetap akan jadi macam abah yang dulu. Aya akan tetap jadi satu-satunya anak yang abah sayang,”
“Entah la, mak. Mungkin sebab Aya tak dapat terima hakikat yang abah dah tipu kita?”
Iyalah. Siapa sajalah yang suka bila ditipu? Dengan orang yang paling kau sayang, orang yang paling kau sanjungi pula tu?
“Kalau masa boleh diputarkan balik, abah tak tipu kita, abah terus terang pasal nak kahwin lain, Aya sanggup terima ke? Aya akan setuju juga ke kalau abah tanya? Sebab Aya cuma cakap Aya tak boleh sebab abah dah tipu? Jadi kalau abah berterus-terang, Aya boleh terima ke keputusan abah?”
Aku pandang mama sebentar. Betul cakap mama. Mampukah aku terima kalau abah berterus-terang? Padahal aku hanya tak suka apabila penipuan berlaku. Tapi kalau ini bukan penipuan, perkahwinan itu tak dirahsiakan, mampukah untuk aku terima hakikat akan abah yang nak kahwin lain?
“Mama cakap macam ni bukan apa tau, Aya. Mama nak Aya berbaik semula dengan abah. Jangan je bila ada incident happen baru Aya nak menyesal. Ingat, Aya, abah tu dah tua. Sakit ni bila-bila masa je. Ajal maut semua tu bila-bila masa je akan datang. Kalau bukan kat abah, mungkin datang kat mama ke…,”
“Mama jangan la cakap macam tu!” Aku bangun lalu memeluk mama dengan erat. Tak sanggup aku kalau terpaksa berpisah dengan mama.
“Sebab tu la mama nak ingatkan Aya. Sebelum benda tu jadi. Berbaik dengan abah, ya? Kalau bukan untuk abah pun, buat untuk mama. Boleh, sayang mama?”
Aku memandang mama. Salah satu benda yang aku tak boleh buat adalah membantah apa yang mama suruh. Kalau aku bantah pun, pasti akan rasa tak sedap hati ataupun akan rasa bersalah.
Aku pun mengangguk. Iya, aku cuma buat ni untuk mama saja. Bukan untuk abah dan bukan untuk perempuan tu!
***
Assalamualaikum guys! Welcome back to my imagination hehe. So amacam chapter sekarang hehe? Insyaallah tak lama je lagi hero akan keluar ye... Sambil² tu korang tolong laa author vote cerita ni juga yaa hehe...
See you soon with Izzul Haq nanti insyaallah!
YOU ARE READING
Bodyguard Atau Cinta Hati?
Romance'Dia over protective, tapi dalam masa yang sama buat cik jantung berdegup dengan kencang. Siapa dia?' Pemergian abah dia yang tersayang menghadap Ilahi, memberi satu tamparan kepada Sumayyah Mahirah. Dia bertekat untuk melaksanakan wasiat terakhir a...