BAB 11

19 2 8
                                    

HAMPIR terlupa aku tentang syarat menjadi pewaris pertama abah. Dan itu membawakan aku kepada lelaki yang tak dikenali yang tiba-tiba muncul depan pintu rumah aku.

Peliklah! Sebab aku dan mama tak ada pun pesan makanan dari luar. Yang Datin Jamilah tu pula sudah jarang datang ke rumah selepas pemergian abah.

Nampak sangat fake dia tu! Waktu ada arwah abah saja dia rajin datang. Selepas arwah abah sudah tak ada, batang hidung pun susah nak nampak dalam rumah ni. Aku pun bukan kesah sangat kalau dia datang atau tak datang. Sebab bagi aku, lebih baik kalau dia tak datang. Buat semak saja kalau nampak muka dia disini tanpa ada arwah abah!

“Cik Sumayyah, ada orang datang nak jumpa cik,” panggil Mak Sennah, orang gaji rumah kami.

Aku pun memandang Mak Sennah dengan pelik. Dari berbaring, aku laju saja duduk di birai katil aku itu.

“Siapa, Mak Senah?”

“Tak tau la, cik Sumayyah. Dia cakap penting je…,”

Makinlah aku pelik! Apa pulalah yang peliknya sampai nak datang awal pagi begini? Dia tak taukah hari ini aku tak ada kelas? Maksudnya hari ini adalah hari aku nak berehat!

Menyampah pun, aku turun juga untuk melihat orang yang dimaksudkan oleh Mak Sennah. Sambil menuruni tangga, aku pun mengikat rambut panjang aku. Tak mau nampak serabai sangat rambut aku bila berjumpa orang tu.

May I help you?” soal aku kepada lelaki yang membelakangi aku itu.

Dengan perlahan-lahan dia berpusing menghadap aku. Lelaki berkacukan Arab mungkin, tersenyum memandang aku menunjukkan gigi putihnya. Lesung pipit mula menyinari senyumannya.

Ah, silaunya senyuman dia! Boleh buta aku macam ni!

Miss Sumayyah?

Yes, miss you too…,

Eh, kejap. Apa aku cakap tadi? Aku baru saja berkhayal ke apa ni?

What?

Aku tersengih mendengar ‘what’ dia. Apalah aku khayalkan sampai perkataan ‘miss’ tu aku salah tafsirkan.

Yes, I am Sumayyah Mahirah. How can I help you?

“Hai cik Sumayyah. Let me introduce myself. My name is Izzul Haq. From today, saya akan jadi bodyguard cik Sumayyah. Saya akan bawa cik Sumayyah ke mana cik Sumayyah nak saya bawa,”

Oh, jadi inilah Izzul Haq yang dikatakan oleh Encik Zafran tempoh hari. Tak sangka yang dia akan datang pada hari ini juga. Bagus, bagus. Tapi macam tak sesuai saja jadi bodyguard.

Sebab Izzul Haq ni macam ada vibe boyfriend material sangat! Erk? Apa kena dengan kau ni, Sumayyah? Tiba-tiba gatal sangat dengan lelaki hensem macam lelaki Izzul Haq ni apasal?

Tapi muka dia macam familiar. Dimana aku pernah nampak dia ni, ya?

“Encik Izzul Haq, right? So what should I call you? Takkan nak panggil sayang pula…,” gurau aku sambil ketawa.

Diam.

Okey, sekarang dia telah buatkan aku rasa sangat janggal. At least bagilah respon sikit. Bagi ketawa fake pun tak apa. Janganlah ‘krik-krik’kan lawak hambar aku. Taulah hambar…

Just call it whichever you’re comfortable with,

Oh, so can I call you…,

Bodyguard Atau Cinta Hati?Where stories live. Discover now