BAB 18

8 1 0
                                    

PAGI itu aku bangun dengan perasaan yang gembira sekali. Entah kenapa, setelah melalui beberapa kelas memandu dengan Izzul Haq, aku rasa sangat bersemangat. Paling penting, aku dapat meluangkan masa dengan Izzul Haq.

Walaupun dia tersangat kerek, tapi entah kenapa aku rasa yang aku sangat selesa dengan dia. Dan aku sangat percaya dengan dia. 

Nampaknya aku patut ucapkan terima kasih kepada abah kerana mempertemukan aku dengan Izzul Haq.

Happy betul anak mama pagi ni,” tegur mama seusai aku menuruni anak tangga.

“Mesti la happy. Aya dah dapat memandu tau mak. Slow down la tapi lama-lama okey kot,” 

“La, Aya dah belajar memandu ke? Mummy tak tau pun?”

Laju saja aku memandang wajah Datin Jamilah yang berada di meja makan. Kenapa aku boleh tak perasan akan kewujudan dia disini?

“Mama yang jemput datang. Dah lama tak jumpa mummy. Mama pun bosan sorang-sorang je kat rumah ni,”

“Maa, at least tak boleh ke tunggu sampai Aya keluar je? Annoying la…,”

“Aya, tak payah nak kasar. She’s still our family,

“Siapa cakap?”

Mama menjeling tajam. Aku terdiam, tak nak buat mama marah. Tapi aku masih rasa sakit hati dengan perempuan ni. Kenapalah nak sibuk datang ke sini?

“Duduk, pergi makan. Mama nak siapkan masakan mama jap,”

Alamak, kenapalah mama mesti nak biarkan aku dengan perempuan ni berdua disini? Bukannya mama tak tau yang aku cukup benci dengan perempuan perampas ni! Apa lagi dia nak?

Segeram-geram pun aku akur juga dengan arahan mama. Tak apa, Aya, buat-buat perempuan ni tak wujud je ya?

So, I dengar yang you tak lama lagi ada test,

Aku diam. Tak nak balas apa-apa. Orang ada test pun nak tau juga ke? Bukannya dia ambil course sama dengan aku pun.

“Ada test tapI sibuk nak upgrade your driving skill? Nampak sangat yang you ni materialistik. Ingat sedih sebab abah you dah tak ada. Tapi tu cuma airmata lakonan je. Kesian abah you dapat daughter yang tak kesah pasal dia…,”

“Tak. Yang sekarang ni kau nak menyibuk pasal urusan aku apasal? Ada aku ganggu hidup kau? Tak ada kan? Kau just nak provoke aku sebab kau bukan pewaris utama harta abah aku, kan? Tak payah nak sibuk la, perempuan!”

Dia tersenyum sinus mendengar amarah aku. Gila agaknya perempuan ni!

I ni bukan apa. Bukan nak menyibuk ke apa. I just nak cakap ni supaya you and mama you behave. Lelaki macam Izzul Haq tu bukan boleh percaya sangat. You ingat ada ke orang nak ajar you memandu? Free pula tu? He’s wasting his time for nothing. Kecuali kalau dia dapat apa yang dia nak,”

What do you mean?

Come on, Aya. Antara kita 3 termasuk Encik Zafri semua tau siapa main heir Tan Sri Dato’ Sri Muzaffar. And I bet that Izzul Haq also knows who the main heir is. Kalau tak, dia takkan sia-siakan masa dia cuma nak ajar you memandu dan atasi trauma you,

Aku diam. Tak. Takkanlah Izzul Haq sanggup buat macam tu. Dia tak nampak macam tu langsung.

“Kau jangan nak tipu la. Watak jahat kat sini cuma kau. Jangan nak masukan nama orang lain untuk tutup jahat kau tu!” jawab aku dengan geram.

“Bila fikir balik, you tak kenal dia pun langsung. Tapi dia banyak kenal pasal you. You tak teringin ke nak tau pasal dia. Siapa Izzul Haq tu sebenarnya? Betul ke dia tu baik macam yang you fikir? Ada you pernah tanya dia?”

Aku diam.

Aku pernah tanya Izzul Haq pasal diri dia. Tapi dia langsung tak nak cerita pasal diri dia. Sedangkan bila aku tanya dia tentang hubungan dia dengan abah pun dia cuma mengubah topik dan cakap yang aku tak perlu tau.

Tapi itu tak menjadikan Izzul Haq tu seorang yang jahat… kan?

“Fikir-fikirkan balik, Aya. I cakap ni sebab I just risau pasal you je,”

Tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada orang menghubungi.

Izzul Haq.

Aku pun dengan segera mengangkatnya.

“Hello, Aya. Bad news. Cancel class today. Saya tak dapat nak datang. Ada hal. See you next time okay?

Aku diam. Tak memberi respon kepada Izzul Haq. Betulkah lelaki ini ada agenda tersendiri?

Aya, are you still there?

Yes. Tak apa. Saya pun ada hal juga…,”

Aku pun mematikan panggilan.

So?” aku menjeling Datin Jamilah.

“Apa motif kau cakap macam tu? Kau tak kenal pun Izzul Haq,”

Dia ketawa kelucuan. Aku pun tak pasti bahagian mana yang lucu. Tapi aku geram melihat dia tertawa begitu. Cukup membuatkan aku melabel dia sebagai perempuan yang tak waras.

I told you. I’m worried about you…,” dia ketawa lagi.

Apa ni? Apa yang dia cuba sampaikan? Patutkah aku percayakan perempuan ni?

Tak boleh! Aku kena tanya Izzul Haq sendiri. Baru aku boleh percaya kebenaran yang keluar dari mulut perempuan ni!

***

Assalamualaikum guys! Welcome back to my imagination. Start harini author akan selalu update tau Bodyguard atau cinta hati ni. Sbb next week maybe author akan jarang update sbb author akn outstation. Hehe, nak pegi wedding cousin author!

So guys, please mcm biasa jgn lupa vote dan comment tau. Author harap sangat dapat tengok communication korang. Okey bye!

Bodyguard Atau Cinta Hati?Where stories live. Discover now