BAB 1

29 6 5
                                    

12 tahun kemudian...

"SUMAYYAH MAHIRAH! Bangun, tak ada kelas ke?"

Panggilan mama dari sebalik daun pintu bilik aku segera membangun aku dari tidur. Aku pun bangun secara mengejut. Dari posisi terbaring, terus saja aku terduduk di atas katil aku.

Aku segera mengerling jam di dinding aku. Jam menginjak ke pukul 7.15 pagi. Aku ada masa 45 minit lagi sebelum kelas aku bermula pada pukul 8 pagi!

"Aya, dah bangun ke belum?"

Kedengaran lagi suara mama memanggil aku untuk bangun di sebalik pintu itu.

"Iya, mak. Aya dah bangun dah ni...," balas aku seraya meraup wajah aku agar aku kembali segar. Tak ada rasa mengantuk lagi!

Telefon aku yang berada di sebelah bantal aku kerling dengan geram. Macam aku sudah set alarm aku agar berbunyi pada pukul 7 pagi. Tapi, pelik aku apabila telefon aku langsung tak berbunyi untuk membangunkan aku. Sebaliknya, mama yang menjadi alarm bergerak aku. Keluh!

Aku dengan segera mengambil tuala yang aku jemur di persidaian kain untuk tuala dan sejadah aku, lalu bersiap untuk mandi. Sebelum aku lewat untuk masuk kelas!

TURUN saja aku dari anak tangga itu, aku melihat abah yang sudah lengkap berpakaian uniform polis sedang duduk bersarapan diatas meja dengan mata tak lepas dari melihat tabletnya itu.

Persis ahli parlimen saja! Padahal hanya Ketua Polis Negara. Sama sibuk saja dengan ahli parlimen sekarang ni. Sibuk menguruskan hal negara. Sedangkan Ketua Polis pula sibuk menguruskan keselamatan negara.

Aku pun melabuhkan punggung di kerusi menghadap abah yang sibuk dengan skrin tabletnya dari tadi. Sibuk sangat sampai sarapan pun nak isteri juga yang uruskan.

"Makan, Aya. Aya tu kena sarapan. Nanti susah nak fokus kelas kalau dah perut tu kosong. Cuba la belajar tepati masa. Tak ada lecture nak tunggu-tunggu Aya. Semua orang pun sama je terkejar-kejar masa. Ni patutnya student yang catch up lecture dia bukan lecture yang kena catch up student,"

Tersengih aku mendengar bebelan mama di awal pagi ini. Bukan salah aku kalau jam aku yang tak pandai nak bangunkan aku. Orang sudah setkan masa semalam, boleh pula jam tu buat derr je sampai melewatkan aku. Nasib saja aku ni bukan jenis yang lambat bersiap. Kalau tak, memang tak ada masa la aku nak bersarapan sekarang ni.

Aku memerhatikan sarapan yang mama sediakan diatas meja. Ada mi goreng dan juga roti bakar sebagai sarapan. Minuman pula mama dah sediakan jus oren Marigold dan juga kopi panas untuk abah.

Aku pun mengautkan mi goreng di depan mata sambil mengerling abah yang hanya mendiamkan diri.

"Nak lada tak?" soal mama.

"Tak nak la. Awal masih ni. Takut nanti sakit perut pula waktu kat kelas nanti...,"

Mama pun menuangkan jus oren ke dalam gelas sebelum dia memberi kepada aku. Aku pun menjamah sarapan yang mama masak itu. Sesungguhnya masakan mama merupakan masakan yang terbaik yang pernah aku makan.

Sebab itulah aku jarang makan kat luar. Sebab aku rasa tak ada masakan lain yang boleh menandingi masakan mama.

"Kelas apa harini?"

Baru saja aku menyuapkan mi goreng ke dalam mulut, terdengar soalan dari Tan Sri Dato' Sri Muzaffar, seorang Ketua Polis Negara yang jarang menunjukkan diri di rumah.

Otak aku kembali berpusing. Hari ni hari khamis, jadi aku akan ada 3 kelas sekaligus dalam masa satu hari ini.

"Humanitarian Law," jawab aku ringkas.

Bodyguard Atau Cinta Hati?Where stories live. Discover now