AKU membuka mata. Melihat kipas siling yang berputar. Angin penghawa dingin yang mendamaikan aku. Membuatkan aku terfikir, adakah semua ini mimpi saja?
Pemergian abah yang dikatakan oleh mama tu hanya mimpi saja? Kalau ianya hanya sekadar mimpi. Alhamdulillah. Mungkin ini menjadi asbab untuk aku memohon keampunan kepada abah. Sebab telah berlaku kurang ajar dengan dia tempoh hari.
Aku pun bangun dari terbaring. Duduk diatas katil bersaiz Queen yang empuk itu. Baru saja aku ingin mengangkat punggung, aku perasan akan baju yang aku pakai.
Baju kurung berwarna hitam. Kejap, kenapa pula aku nak pakai baju kurung dirumah? Melainkan…
Aku terus saja mencapai telefon yang berada di sebelah bantal aku.
‘Takziah, Aya. Hope kau bertenang la ya?’- Adwa.
‘Aya, jangan sedih-sedih tau? Kitorang akan selalu support kau?’- Khayra.
‘You’ll always have my shoulder to lean on. Takziah untuk korang family. Jangan sedih lama-lama. Kitorang ada je kalau kau nak mengadu,’- Adara.
Dan ada beberapa mesej lagi yang tak sempat aku baca. Namun sempat aku lihat perkataan takziah dan Innalillahiwainnalillahirojiun itu.
Aku mengeluh berat. Nampaknya, apa yang aku alami itu bukannya mimpi. Ini adalah realiti kehidupan yang aku harus telan. Bahawa mati itu pasti. Cepat ataupun lambat, ajal sedang mengejar kita.
Dan ingatan aku pun terimbas tentang peristiwa semalam…
TETAMU yang datang berkunjung menghadiri kenduri arwah abah aku langsung aku tak endahkan. Apa yang aku boleh gambarkan emosi aku pada waktu itu, seperti aku adalah patung. Langsung tak ada emosi dan perasaan waktu itu. Kosong saja dunia aku. Termenung macam orang yang sedang mengalami depresi saja.
“Takziah, Aya. I’m also saddened by what’s happening. But uncle tau yang Aya kuat. Arwah dulu selalu cerita pasal Aya. All the good things about you yang buatkan arwah bangga dengan Aya,”
Aku tersenyum dengan ucapan Tan Sri Syafruddin, Timbalan Ketua Polis Negara. Selain dia, ada beberapa pegawai polis datang pada malam itu. Semua orang pun sedih dan terkejut dengan pemergian Tan Sri Dato’ Sri Muzaffar.
“Thank you, uncle. Insyaallah Aya akan kuat. Kalau dah arwah abah kuat. Anak pun kena la kuat, kan?” balas aku sambil tersenyum.
Gila nak tunjukkan muka sedih pada waktu begini? Sedih tu memanglah sedih. Tapi aku akan selalu ingat salah satu ayat Allah dalam surah Yasin yang kami baca sebentar tadi. Kun Faya Kun.
Kalau Allah berkehendak benda tu jadi, maka terjadilah. Tak ada sesiapa boleh mengubah takdir Allah. Sesungguhnya Takdir Allah itu ter sangatlah dahsyat sehingga mampu menggoyahkan hambaNya. Dengan sekelip mata saja Allah boleh ambil semua yang ada pada kita.
Termasuk orang yang kita tersayang. Allah membuktikan tak ada apa yang mustahil bagiNya. Allah itu Maha Besar.
Alangkah sungguh tenangnya reaksi aku pada malam ini berbanding tengah hari tadi setelah sampai di hospital untuk melihat jenazah arwah abah di jabatan forensik di Hospital UKM.
Memang tak ada tenangnya selepas dapat tau pemergian abah. Lagi-lagi ada saja yang aku mau cari masalah di sana.
“Kau! Kau bunuh abah aku! Apa kau buat dengan abah aku sampai dia meninggal?”
Datang-datang saja terus aku serang Datin Jamilah yang berdiri di tidak jauh dari pintu itu. Leher bajunya aku tarik dengan kasar.
Pakcik dan makcik belah abah dan mama turut terkejut dengan situasi yang sedang berlaku didepan mata mereka, terus saja berdiri untuk meleraikan pergaduhan yang dicipta oleh aku.
YOU ARE READING
Bodyguard Atau Cinta Hati?
Romance'Dia over protective, tapi dalam masa yang sama buat cik jantung berdegup dengan kencang. Siapa dia?' Pemergian abah dia yang tersayang menghadap Ilahi, memberi satu tamparan kepada Sumayyah Mahirah. Dia bertekat untuk melaksanakan wasiat terakhir a...