BAB 12

17 2 4
                                    

HARI INI dan mungkin hari-hari yang akan datang akan menjadi hari yang sangat janggal bagi aku. Tiba-tiba pula seorang jejaka muda yang kacak menjadi bodyguard aku. Ikut ke mana-mana saja aku pergi.

Apa gunanya ada Pak Samad kalau khidmatnya kami tak guna? Tapi mama cakap, biarkanlah Pak Samad berehat. Boleh juga nak tolong mama pergi ke mana-mana kalau Pak Samad ada rehat.

Aku pun macam, mama berpakat dengan abah pasal Izzul Haq juga?

“Saya nak tanya…,”

Izzul Haq mengerling aku sebentar sebelum dia fokus dengan pemanduannya. Perjalanan akan mengambil masa selama 30 minit. Jadi aku nak ambil peluang ni untuk bertanya kepada Izzul Haq.

Ask what?

“Kalau awak je selalu hantar dan ambil saya ke kolej, bila masanya saya nak belajar drive? Dalam perjanjian kan saya kena pandai memandu?”

Do you think you’re ready?

Ready what?

Aku menjongketkan kening. Apa pula mau bersedia bagai? Dia ingat ni lumba kereta ke apa sampai nak kena sedia?

“Atasi trauma cik Sumayyah?” katanya sambil tersenyum sinis.

Pasti banyak benda yang dia tahu pasal keluarga kami. Kalau tak, masakan dia tau tentang trauma aku pula? Padahal aku tak pernah bagitau dia apa-apa pasal trauma aku kepada sesiapa. Hanya keluarga aku dan kawan-kawan aku saja yang tau pasal trauma aku.

Ini mesti abah yang bagitau dia pasal trauma aku. Ini membuatkan aku teringin nak tau apa hubungan dia dengan abah. Serapat manakah dia dan abah sehingga abah sanggup memberitahu lelaki ini tentang trauma aku?

How do you know?

“Cik Sumayyah, mana saya tau tu tak penting. Yang pentingnya, cik Sumayyah dah ready ke nak overcome your trauma?

Aku terdiam seribu bahasa. Betul kata Izzul Haq. Siapkah aku untuk atasi trauma yang sudah lama aku pendam?

Maybe. Tapi… I can try?

“Sebab kalau cik Sumayyah dah ready nak overcome trauma cik Sumayyah, kita dah boleh ke fasa ajar cik Sumayyah memandu la,”

Aku terdiam. Mampukah seorang Sumayyah Mahirah mengatasi traumanya? Memikirkannya pun sudah buat aku takut, apa lagi nak kena lalui benda itu semua.

Setelah perjalanan yang mengambil masa lebih setengah jam. Sebab kena menghadap jammed lagi, kami pun sampai di depan bangunan Universiti Malaya. Tempat aku belajar.

Thank you la sebab hantarkan saya,” kata aku sambil mengambil barang aku semua.

Aku pun keluar dari kereta. Tapi yang peliknya Izzul Haq tu pun ikut turun dari kereta juga. Mungkin dia nak tengok-tengok sekitar kampus kot sebelum dia ke mana-mana?

Iyalah. Takkan hidup dia tu mesti nak berkepit saja dengan aku, kan? Kalau bakal jadi suami tak apa juga. Ni kalau sebab dia aku jadi andartu, memang aku paksa dia suruh masuk meminang aku!

Heh! Merepek lagilah aku ni.

Before that, cik Sumayyah. Can you give your class timetable?

Aku menjongketkan kening. Pelik.

“Nak buat apa pula?”

“Nak buat main monopoli. Mesti la nak tengok jadual cik Sumayyah. Supaya saya boleh kosongkan jadual saya in line dengan jadual cik Sumayyah,”

“Awak kerja apa sebenarnya ni?” soal aku sambil memeluk tubuh.

“Keja apa lagi? Bodyguard cik Sumayyah la…,”

“Bukan tu. Maksud saya kerja sebelum awak jadi bodyguard saya?”

“Cik Sumayyah, for your information la, kan. Saya tak suka share about my private life with stranger,

Aku menjeling tajam. Taulah baru kenal. Taulah aku ni stranger. Tapi tak payahlah nak bercakap sampai tak berlapik. Buat sakit hati saja bercakap dengan dia ni. Rasa jengkel saja!

“Iya la. Nanti saya send PDF dengan awak je…”

But I don’t have your number,

“Nanti saya cakap dengan Encik Zafran la pasal…,”

“Cik Sumayyah…,”

Aku diam. Iyalah, memang perlu pun dia dapatkan nombor aku. Mana tau kelas aku tiba-tiba cancel last minute ke atau dia ada hal, senang nak contact.

“Nanti la saya bagi. After my class…,

Dia sudah berpeluk tubuh sambil menjongket kening tebalnya. Alaa, pakcik ni tak pandai sabar betullah!

“Macam ni la, Encik Haq. Saya memang nak bagi my number kat awak. But saya tengah rush sekarang ni. Tapi saya promise saya akan bagi,”

Good to know. I just want to inform you that what I’m doing isn’t just a tactic untuk mengorat. Ni sebahagian tugas saya…,”

Aku menjulingkan mata aku ke atas. Ih, menyampahnya dengan lelaki ni. Menjengkelkan sungguh!

Whatever…,

Izzul Haq tersenyum sinis sambil menyandarkan badan pada kereta Honda City nya itu. Aku pun membuka langkah ingin menuju ke kampus. Kalau makin aku layan Izzul Haq, mungkin aku akan lewat ke kelas.

Baru saja aku berpusing ke belakang ingin melintas, tiba-tiba sebuah kereta datang secara menyeluruh ke arah aku.

Watch out!” jerit Izzul Haq.

Hampir aku jatuh dek kereta yang datang secara tiba-tiba. Nasib saja aku sempat seimbangkan badan aku dari tersungkur di tengah jalan. Kereta tadi pula laju saja lesap entah ke mana.

Are you okay, cik Sumayyah?

Izzul Haq laju saja periksa keadaan aku. Mungkin takut kalau aku ada apa-apa kecederaan. Tapi kejadian tadi cukup membuatkan aku terdiam seribu bahasa. Tak tau nak kata apa.

I’m okay…,

“Nak saya bawa ke klinik ke apa ke?”

It’s okay, encik Haq. Saya tak apa-apa. Really…,

Aku pun cuba untuk menenangkan diri. Terkejut sangat aku sehingga nak berjalan pun hampir tak seimbang.

By the way, thanks sebab considerate to me…,” ucap aku sambil senyum.

Sure. I will always protect you,

Aku sudah tersenyum malu mendengarnya. Tak tau pula Izzul Haq ni ada manisnya juga.

On the instructions of Tan Sri…,

Excuse me?” bulat mata aku terus.

What do you expect, cik Sumayyah? Salah satu syarat tu juga saya kena jaga keselamatan cik Sumayyah, kan?” jawab Izzul Haq sambil tersenyum sinis.

Aku sudah mula rasa menyesal sebab aku ingat dia ikhlas. Sia-sia saja aku buang perasaan geram aku sebentar tadi. Makin bertambah rasa geram ni ada la!

Huh, menyampahlah dengan lelaki yang bernama Izzul Haq ni!

***

Assalamualaikum guys! Welcome to my imagination! Hehe, amacam? Korang suka ke dengan bab singkat kali ni? Saya nak buat sikit komedi tapi tak tau macam mana hehe. Sebab adik saya selalu cakap yang saya ni selalu buat lawak hambar. Huh! Apapun hopefully korang enjoy dengan bab kali ni Dan jangan lupa Votement Dan tunggu next chapter pula. Tak lama pun. Bye guys!

Bodyguard Atau Cinta Hati?Where stories live. Discover now