Chapter 15

179 31 19
                                    


Selepas mendengar kisah tersebut Boboiboy terdiam seribu bahasa.

Dia hanya menunduk sambil memegang erat tangan kanan Solar tidak mahu melepaskannya.

"Itu apa yang diri kau di dunia ini telah lakukan...kami tiada pilihan lain selain dengar arahan dia walaupun kami tidak sanggup lihat Solar didera dan dikurung setiap hari...",Ice menepuk lembut bahu Boboiboy cuba menenangkan dia.

"A-aku...tak sangka dia lakukan semua nih...",perlahan Boboiboy bersuara.

Ice memandang kearah Solar lalu mereka berdua melihat kearah Boboiboy.

"Boboiboy...kau bukan dia dan kau berbeza dari dia...jadi sekarang aku nak tahu apa jadi dekat kau? Macam mana kau boleh datang ke dunia nih?",soal Solar ingin tahu.

"Aku pun nak tahu juga...nampak macam kau sayang gila dekat Solar...sesuatu terjadi ke pada dia di dunia kau?",Ice juga bertanya soalan kearah Boboiboy.

Mereka berdua menunggu dengan sabar jawapan dari Boboiboy.

Keluhan berat dilepaskan.

"Haaa....Solar...di dunia aku berkorban demi selamatkan aku...sejak kejadian tuh aku tak boleh terima dan aku yakin Solar masih hidup...mental aku tak stabil jadi aku dihantar ke rumah sakit mental untuk rawatan..."

Dengar cerita tersebut membuatkan Solar terkesima. Ice juga terdiam.

Tidak sangka yang Solar di dunia sebenar dah mati.

"Waktu aku berjalan dengan Ochobot aku nampak Solar jadi aku kejar dia pada masa tuh aku kena langgar dan terus aku berada di dunia nih..",sambung Boboiboy lalu dia memegang erat tangan Solar.

Air mata sudah mengalir di pipinya.

Perkara tersebut membuatkan hati Solar berasa sakit melihat tangisan Boboiboy.

"Dia hanya satu kuasa kenapa kau sayang sangat dekat dia?",Solar memasang wajah keliru.

Itulah apa yang Boboiboy di dunia dia selalu cakapkan.

"Tak...dia bukan satu kuasa...dia cahaya hidup aku tanpa dia aku tak rasa aku akan bertahan selama nih...tapi sejak dia pergi aku rasa sakit dan aku tak boleh terima semua tuh...aku nak dia hidup aku tahu dia masih hidup...itu apa yang aku tetapkan dalam fikiran aku...",jelas Boboiboy.

Senyuman manis terukir di wajahnya lalu dia memandang tepat ke dalam mata Solar yang berada di depannya.

"Solar...aku akan pastikan kau hidup bahagia...aku akan tebus kesalahan diri aku di dunia nih..."

"K-kau tak perlu buat semua tuh...lagipun kau bukan dari dunia nih.."

Boboiboy terus menggeleng laju selepas mendengar kata-kata Solar.

"Aku tak kesah ini dunia aku atau bukan...apa yang aku akan buat adalah layan kau dengan baik."

Hmm...

"Baiklah."

.







.







.








.

Seminggu kemudian...

Elemental mula menyesuaikan diri dengan sikap Boboiboy.

Hanya Ice dan Solar tahu Boboiboy yang berada bersama mereka sekarang bukan tuan diorang yang sebenar.

"Korang nak pergi berkelah tak?",cadang Boboiboy yang sedang duduk di sofa bersebelahan Solar.

"Berkelah? Hmmm bagus juga tuh dah lama kita tak ambik udara segar...",setuju Gempa dengan senyuman manis di wajahnya.

"Setuju!"

"Aku nak pergi!!"

"Yeah!! Berkelah!!!"

"Aku on je.."

"Ok"

Yang lain juga setuju dengan cadangan Boboiboy kecuali Solar yang hanya diam ditempatnya.

Buku yang dipegangnya diambil dan terus dicampak pada Hali.

"Kau ok Solar?"

"Ah...ok..."

Wajah Solar agak terkejut dengan tindakan Boboiboy.

"Kau setuju kan nak pergi berkelah?"

Anggukan kecil diberi dan Boboiboy terus tersenyum.

"Jom!"

....

Di sungai...

Tikar dibentang luas dan Gempa mula menyusun bekal makanan yang dibawanya.

Boboiboy terus baring di atas tikar tersebut melihat langit cerah menyinari wajahnya.

Haa...

Matanya melirik kearah Solar yang sedang membaca buku.

"Takkan dekat sini pun kau nak baca buku? Bukannya kau pergi sekolah pun...",dengan malas Boboiboy berkata.

"Heh...biasalah sekolah tuh untuk orang kurang cerdik je..",kata Solar sinis.

Eh eh eh...

"Ewah dia...tahulah kau pandai ceh.."

Hehehehe

Buku yang dibaca diletakkan ketepi dan Solar mendekati Boboiboy yang sedang berehat.

"Jadi kau ada cara untuk pulang ke dunia kau?"

Soalan yang keluar dari mulut Solar membuatkan Boboiboy berfirkir seketika.

"Takde...tapi aku suka duduk sini dapat jumpa kau dan yang lain juga.."

Jawapan Boboiboy membuatkan Solar tersenyum tipis.

"Tapi mesti ramai orang tengah risaukan kau...aku rasa kau patut balik ke dunia kau semula..",dengan senyuman palsu dia berkata.

"Taknak."

Dengar sahaja jawapan Boboiboy membuatkan Solar tergelak kecil.

"Tapi kau tetap kena balik..."

"Kau akan ikut?"

Terus terdiam Solar dibuatnya.

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Between Parallel World [Complete]Where stories live. Discover now