Chapter 9

294 45 21
                                    


Argh!!

"Tuan!?"

...

Boboiboy terus terduduk sambil melihat bayangan tersebut yang sedang cuba memegangnya.

"S-siapa kau!? Kenapa muka kau sama macam aku!?"

Jeritan Boboiboy membuatkan elemental semakin risau.

"Boboiboy! Apa yang kau cakapkan nih? Apa yang kau nampak!?",Hali terus memegang erat kedua-dua belah bahu tuannya.

Tch.

Bayangan tersebut berdesis kasar sebelum dia menghilang.

Haaa...haa...

"A-apa dah jadi nih..."

Air yang berada di dalam dulang terus diambil dan diberikan kepada Boboiboy.

"Tenangkan diri kau dulu.."

Gelas diambil dan terus diminum dengan tangannya yang masih menggigil.

Hali melirik kearah Ice yang baru tiba selepas mendengar jeritan dari tuannya.

"Korang pergi dulu...biar aku tenangkan dia."

"Baiklah."

Semua elemental keluar dari bilik kecuali Ice yang mula mendekati Boboiboy.

Lengan dipegang dengan perlahan Ice membawa Boboiboy duduk semula di atas katilnya.

"Kau ok?"

"Haaa...a-aku..."

Hmm...

"Kau macam orang lain."

Kata-kata Ice membuatkan Boboiboy memandangnya pelik.

"M-maksud kau?"

"Ermm pasal jam kuasa...apa benda tuh?"

Pergelangan tangan kanannya dilihat sekilas.

"S-sepatutnya aku pakai jam kuasa dimana aku dapat kuasa elemental...t-tapi...aku pakai rantai nih untuk apa?"

Dengan tenang Ice mula menjelaskan perkara tersebut.

Dia tahu persoalan yang ditanya oleh tuannya sangat pelik seperti Boboiboy hilang ingatan tapi dia abaikan semua tuh.

Mungkin kesan dari jatuh tangga pagi tadi.

"Rantai tuh mempunyai semua Kristal elemental..."

"Tak faham..."

Dengan muka minta simpati Boboiboy berkata.

Perkara tersebut membuatkan Ice terkedu seketika.

Ini...macam bukan tuan dia je...

"Ok biar aku jelaskan dari mula...pastikan kau dengar betul-betul...aku malas nak terangkan lagi sekali.."

Anggukan diberi.

Helaan nafas dilepaskan dan Ice mula menjelaskan dari mana Boboiboy dapatkan kuasa elemental.

"Jadi kau dapat kuasa elemental dari planet Krisness...planet yang dipenuhi bermacam jenis kristal...kau jumpa 7 Kristal elemental dan kau berjaya buat hubungan dengan kami semua...Kristal kami bercantum dan menjadi rantai yang kau pakai sekarang....boleh dikatakan kami jadi hamba kau dengan pernampilan serupa dengan tuan...kami hanya ikut arahan kau sahaja kalau arahan dilanggar kau boleh keluarkan kristal elemental kami dan retakkannya...senang cite ini adalah satu ugutan kalau kami tak dengar arahan kau...kalau Kristal elemental pecah kami akan hilang keupayaan fizikal dan mental...",terang Ice panjang lebar.

"Hilang keupayaan fizikal dan mental maksud kau?"

"Kami gila...dan lumpuh seumur hidup..."

Gasp.

Boboiboy terdiam dia tidak sangkakan semua tuh.

Suasana bilik menjadi sunyi seketika sebelum Ice mula bersuara semula.

"Jadi kau faham kan...kami adalah hamba kau...dan kau adalah tuan kami...semua arahan dari kau adalah muktamad kalau ingkar...kau boleh ugut kami dengan Kristal elemental.."

Anggukkan diberi.

Walaupun boleh buat macam tuh dia takkan sesekali lakukannya.

Tindakan tersebut terlampau kejam.

Ice terus bangun dari duduknya dan membuka langkah ke pintu bilik tetapi langkahnya terhenti apabila Boboiboy memegang lembut jaket yang dipakainya.

Hm?

"Ini...mimpi ke?"

Pfff..

Tanpa menjawab Ice terus mencubit lengan Boboiboy.

Argh!

"Itu jawapan dia."

Boboiboy melihat lengannya yang mula memerah sedikit.

Dia rasa sakit jadi ini bukan mimpi.

"Ayah? Ayah dekat mana?"

Persoalan Boboiboy membuatkan Ice terkedu.

"K-kau lupa ke? Tuan Amato mati setahun yang lalu.."

Jawapan Ice membuatkan mata Boboiboy membulat.

Dia terus bangun dari duduknya.

"A-apa kau cakapkan nih!?",soal Boboiboy tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Tuan Amato mati akibat serangan Solar...Kaizo dan Fang juga terkorban dalam kejadian tuh...",Ice memandang Boboiboy yang mula memegang lengannya kuat.

"S-solar?...G-gopal? Y-ying? Y-yaya?"

"Diorang hilang keupayaan fizikal lepas kejadian tersebut..."

Haaa...haaa...

Tubuh Boboiboy terus disambut oleh Ice sebelum jatuh ke lantai.

Wajahnya mula pucat.

"S-solar...Solar masih hidup?"

"Y-ye...dia hidup.."

"Mana dia!? Mana Solar!??"

"Bertenang Boboiboy...kau dah lupa ke?"

Matanya menatap wajah Ice yang berubah sayu.

"Lupa?"

"Kau kurung Solar sejak kejadian tuh...kau...kau seksa dia Boboiboy..."

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Between Parallel World [Complete]Where stories live. Discover now