Chapter 12

296 39 47
                                    


Sudah 3 hari berlalu sejak Boboiboy disahkan koma.

Amato juga makin kerap datang melawat anaknya.

Kadang-kadang dia kena perli dengan Pian sebab selalunya susah sangat dia nak berjumpa Boboiboy tapi sekarang bila keadaan anaknya macam tuh barulah dia datang melawat setiap hari.

"Kau tak tahu cara untuk selamatkan anak aku?",Amato memandang kearah Pian yang sedang melihat tablet dia.

Sekarang mereka berdua berada di dalam wad Boboiboy.

"Hmm aku tak tahu...doktor pun hanya menunggu keajaiban berlaku...sebab pesakit macam nih selalunya peratus untuk dia kembali sihat hanya 20% sahaja.",jelas Pian lalu bersandar pada sofa.

Keluhan berat dilepaskan dan Amato memegang tangan anaknya erat.

"Adakah ini...balasan untuk aku? Aku abaikan dia dan hanya pesan supaya dia berdikari...dah banyak kali dia hampir hilang nyawa lawan musuh tapi aku...aku masih yakin dia akan selamat...tapi kali nih...aku menyesal dengan permikiran aku..",dengan sayu Amato berkata.

Dia menatap wajah anaknya yang koma.

"Amato...benda dah jadi...kita tak boleh patah balik masa...apa yang jadi mesti ada sebabnya...mungkin kejadian nih untuk tunjuk dekat kau supaya tak abaikan anak kau..",kata Pian lalu dia menutup tabletnya dan diletakkan di dalam beg semula.

"Aku tahu...aku salah...aku menyesal...tapi apakan daya benda dah jadi..."

"Hmm..aku perlu pergi...misi seterusnya biar aku uruskan dengan Kaizo...kau fokus jaga anak kau.."

Anggukan diberi dan Pian berlalu pergi dari wad tersebut.

"Boboiboy...ayah minta maaf..."

Tangan anaknya diusap lembut.

....

-Parallel World-

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Boboiboy sudah tertidur di atas kerusi yang berada di samping katil Solar.

Gempa mendekati tuannya lalu menepuk bahu Boboiboy lembut.

"Boboiboy...bangun...dah lewat nih kau mesti lapar kan..",kejut Gempa sehingga Boboiboy terjaga dari tidurnya.

Dia menoleh kearah Gempa lalu badannya diregang kerana lenguh.

"Ouh...dah pukul berapa sekarang?"

Hali yang berada di sebelah Gempa terus melihat jam di tangannya.

"Sekarang pukul 5 petang..."

Hmm..

Mata digosok beberapa kali sebelum dia mengambil bekal yang dibawa oleh Gempa.

"Korang semua patut balik...biar aku jagakan Solar..",kata Boboiboy yang mula makan bekalan yang diberikan.

"Tapi keadaan kau tak begitu baik...apa kata salah satu elemental teman kau dekat sini?",cadang Gempa.

"Hmm...kalau macam tuh Ice sahaja tunggu disini..", Boboiboy terus memandang kearah Ice yang bersandar di pintu wad.

"Baiklah kalau itu arahan kau.."

Ice mendekati Boboiboy dan elemental lain mengangguk setuju.

"Kami balik dulu...kalau ada apa-apa bagitahu sahaja..."

"Ok"

Mereka berdua hanya melihat elemental yang lain berlalu pergi.

Hanya tinggal mereka berdua disitu bersama Solar yang masih tidak sedarkan diri.

"Aku nak pergi ke tandas sekejap ...tengokkan Solar.."

"Baik tuan.."

.

.

.

.

Ergh...

Mata dibuka perlahan dan dia melihat sekeliling yang terlihat asing.

"I-ini bukan bilik bawah tanah..."

Ice yang sedang bermain dengan telifonnya terus berlari kearah Solar.

"Kau dah sedar...kau nak apa-apa tak?",soal Ice dengan wajah risau.

"Ke nak aku panggilkan doktor? Kau sakit dekat mana-mana tak?", bertubi-tubi soalan diberi.

"A-aku ok..."

Belum sempat Ice melakukan apa-apa pintu wad dibuka dan Boboiboy terus mendekati Solar.

"Akhirnya kau sedar!!",dengan pantas dia memeluk tubuh Solar erat.

"B-boboiboy?"

Hisk....hisk...

Air mata mula mengalir di pipinya dia berasa lega Solar dah sedar.

Haaa...

Solar menepuk perlahan belakang tubuh tuannya.

"A-aku di sini...."

"M-maafkan aku Solar..hisk...hisk...maafkan aku..."

Hmm..

Senyuman tipis terukir di wajahnya sambil dia mengusap lembut bahu Boboiboy.

"Ice...kau tahu dia bukan tuan kita kan?",Solar melirik kearah Ice yang masih berdiri berdekatan katilnya.

"Jadi tekaan aku betul...dia bukan tuan kita?"

Anggukan diberi.

Boboiboy terus melepaskan pelukan dan dia menoleh kearah Ice.

"A-aku...aku dari dunia selari...atau lebih tepat dunia yang sebenar...",wajah Boboiboy berubah serius.

"M-macam mana kau berada disini?",soal Ice terkejut dengan pengakuan tersebut.

"Aku tak tahu...semua nih berlaku sekelip mata...jadi boleh korang dua bagitahu perkara sebenar? Apa dah jadi dengan dunia nih? Kenapa Solar dilayan sedemikian? Bagitahu aku semuanya...",pinta Boboiboy.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang kearah Boboiboy semula.

"Baiklah kami akan ceritakan semuanya."

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Between Parallel World [Complete]Where stories live. Discover now