Chapter 21

133 25 64
                                    


Boboiboy!

Merata tempat dia mencari tetapi terasa seperti rumah tersebut kosong tiada orang.

Mana mereka pergi?

"Aduh...mana pulak diorang menghilang nih..."

Tiba-tiba pintu rumah diterjah masuk kelihatan Boboiboy tercungap-cungap di depan pintu.

Kelam kabut Solar pergi kearahnya.

"Apahal nih?? Kau ok tak!?",wajahnya berubah risau melihat keadaan Boboiboy seperti dikejar anjing gila.

"Kita kena lari Solar...haaa...haa...dia dah datang..."

Kedua-dua belah tangan Solar dipegang erat.

Keboom!

Bunyi letupan berdekatan rumah mereka mula kedengaran.

"A-apa..."

"Elemental lain tengah lengahkan masa..kita kena cari cara untuk balik ke dunia aku secepat mungkin!"

Solar kelihatan masih cuba untuk faham situasi diorang sekarang.

Nampaknya dia terkejut dengan serangan yang muncul tanpa amaran.

Solar...SOLAR!!

Gasp!

Panggilan dari Boboiboy membuatkan Solar tersentak.

"Ouh! Aku dah tahu cara nak balik ke dunia kau tapi kita kena pergi ke gunung belakang sekolah...ada tersimpan satu Kristal dekat sana yang akan bertindak balas dengan rantai nih..",jelas Solar lalu menunjukkan rantai kepada Boboiboy.

"Baiklah jom pergi cepat!"

Krekk.

"Elak Boboiboy!"

Tubuh Boboiboy ditolak ketepi dan sebilah anak panah terpacak pada lengan Solar.

Boboiboy yang terkejut dengan kejadian tersebut terus mengambil kuali dari dapur.

"Kau memang cari nahas!!"

Dengan sekuat hati Boboiboy mengetuk kepala alien tersebut dengan kuali Gempa.

Pang!

Terus mampus dibuatnya. Anak panah pada lengan Solar dicabut dan dibuang ketepi.

"W-wau...kuali Gempa memang kuat.."

"Dah jom cepat!"

Tangan Solar ditarik keluar dari rumah tersebut.

Mereka berdua berlari laju menuju ke gunung belakang sekolah.

.





.




.






.

Situasi elemental yang lain...

Mereka berenam dikelilingi dengan alien yang rupanya seperti seekor serigala tetapi gaya seperti manusia.

"Apa yang korang nak dari kami ha!!?",bentak Hali tak berpuas hati.

Kedengaran seseorang menepuk tangan.

Lelaki berkaca mata tersebut melihat kearah elemental.

"Cuma mahu rampas segalanya dari superhero bumi mungkin..",dengan sinis dia berkata.

Nada suaranya kedengaran mengejek.

"Tch...tujuan yang tak guna."

"HAHAHAHA mungkin juga kan.."

Between Parallel World [Complete]Where stories live. Discover now