Chapter 6

235 40 4
                                    


"Saya datang untuk letak jawatan sebagai ahli Tapops."

...

Kawan-kawan Boboiboy terus memandang kearah kawan baik mereka.

Fail yang dibaca terus ditutup dan diletakkan ketepi.

"Kenapa? Kamu superhero Boboiboy...adakah kamu akan teruskan tanggungjawab tanpa bantuan Tapops?"

Kokoci memandang serius kearah Boboiboy.

"Maaf...tapi saya perlu ambil masa untuk rehat...mungkin lama masa yang saya perlukan.."

Ochobot yang berada di sebelah Boboiboy terus meletakkan sekeping surat di atas meja kerja Kokoci.

Surat dibaca dan wajahnya terus berubah sayu.

"Baiklah...saya harap kamu cepat sembuh...jangan risau tentang keselamatan Tapops...jika kamu ingin kembali...Tapops sentiasa terbuka untuk kamu...",kata Kokoci lalu dia menyimpan surat tersebut ke dalam laci.

"Saya akan pegang kuasa nih....kalau ada kecemasan yang perlukan bantuan saya...dengan senang hati saya akan tolong komander .",dengan senyuman tipis Boboiboy berkata.

Pandangan beralih kearah Ochobot.

"Jadi kamu akan tinggal disini Ochobot?",soal Kokoci.

"Tak...saya akan bersama Boboiboy...lagipun lebih selamat saya bersama Boboiboy...",jawab Ochobot.

"Baiklah itu keputusan kamu..."

Boboiboy memandang kearah kawannya.

Langkah dibuka mendekati mereka berempat.

"Maaf aku terpaksa tinggalkan korang dengan tanggungjawab nih..."

Fang menepuk bahu kawan baiknya lembut.

"Takpe...kami tahu keputusan yang kau buat untuk kebaikan kau..."

Anggukan diberi.

"Jangan risau Boboiboy! Kami akan lindungi galaksi!",Ying tersenyum.

"Betul tuh...risaukan diri kau dulu...kami akan lakukan sebaik mungkin untuk jaga galaksi dan Tapops..",kata Yaya bersemangat.

"Alooo Boboiboy bawalah aku sekali...aku pun nak balik bumiiii",rengek Gopal sambil memegang lengan Boboiboy.

"Jangan mengadalah Gopal...kau tuh kena jaga galaksi...aku harap korang semua dapat bertahan...aku tahu korang kuat..."

"Kami memang kuat!"

Sengihan diberi.

Selepas mengucapkan selamat tinggal akhirnya Boboiboy kembali semula ke bumi.

Kokoci memandang kearah ahli Tapops yang lain.

"Korang tahu sebab Boboiboy berhenti Tapops?"

Persoalan yang diberi membuatkan mereka berempat memandang antara satu sama lain.

"Ermm tak tahu...tapi kami rasa dia memang perlukan rehat.."

Ying mengangguk dengan jawapan Yaya.

Surat yang diterima tadi diambil semula lalu ditunjukkan kepada mereka.

"Ini surat dari doktor... Boboiboy kena jalani terapi mental sehingga dia sembuh sepenuhnya..."

Kebenaran tersebut membuatkan mereka terkedu.

"A-aku tak sangka akan jadi seteruk nih..."

Hmm..

"Aku harap Boboiboy cepat sembuh...kehilangan Solar memberi impak yang besar pada dia.."

"Boboiboy..."

.

.

.

.

Ochobot memandang kearah Boboiboy yang sedang mengemas pakaiannya.

"Kau ok?"

"Ok."

Hm..

Selesai mengemas beg baju dan beberapa barang yang penting Boboiboy terus pergi mandi dan bersiap.

Di ruang tamu...

Amato menunggu anaknya bersama Tok Aba.

"Jauh ke hospital tuh dari sini?"

"2 jam juga dari sini abah...tapi ini untuk kebaikan Oboi..."

"Memang takde cara ke untuk kembalikan elemental cahaya?",soal Tok Aba. Dia sangat risau akan cucunya.

Macam mana kalau dia takkan sembuh?

"Takde abah...kami dah cuba semua cara tapi takde... elemental cahaya memang dah hilang buat selamanya..",jawab Amato.

Dia rasa seperti tidak berguna bila kes macam nih terjadi.

"Dah siap ayah."

Pandangan terus beralih kearah anaknya yang baru turun dari tingkat atas bersama dua beg yang dipegangnya.

"Ok jom..abah kami pergi dulu.."

"Hati-hati pandu kereta..."

Sebelum keluar dari rumah Boboiboy menyalam atoknya.

"Boboiboy pergi dulu atok..."

Dahi Boboiboy dicium lembut.

"Cepat sembuh Boboiboy..."

Anggukan diberi.

Selesai sahaja meletak barang di dalam bonet kereta,mereka pun memulakan perjalanan.

....

Di taman bunga matahari...

Sebelum meneruskan perjalanan Amato mengambil keputusan untuk berhenti di taman bunga dahulu.

Dia hanya melihat anaknya yang sedang berdiri di depan bunga matahari.

"Solar...aku perlu jalani terapi...nampaknya aku semakin lemah sekarang...kalau kau ada mesti aku takkan jadi macam nih kan...haaa...Solar...",dengan senyuman tipis dia berkata.

Sekuntum bunga matahari dipetik dan dipegang erat.

"Dengan nih...aku akan rasa kau masih ada dengan aku..."

Jam kuasa berkelip dengan cahaya yang pudar.

"Oboi! Masa untuk pergi!"

"Baik!"

Dengan tergesa-gesa Boboiboy berlalu pergi dari situ sambil memegang erat sekuntum bunga matahari di tangan kanannya.

....

"Kau patut mati!! Mati!!!"

"M-maafkan aku Boboiboy...maafkan aku..."

"Jangan kau sebut nama aku!! Elemental permusnah!!"

"Apa salah aku...aku cuma nak lindungi kau..."

"Aku tak perlukan perlindungan dari kau!"

Pintu dibuka kasar sebelum dia pergi Solar menjerit sesuatu.

"Kembalikan tuan aku!!!!"

"Kau punca dia dah takde."

Dengan kasar pintu dihempas dari luar.

"Hisk...hisk...bunuh je aku bunuh je aku bunuh!!!!"

-Parallel World-

..

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Between Parallel World [Complete]Where stories live. Discover now