Chapter 4

301 41 27
                                    


3 bulan kemudian...

Akhirnya Boboiboy kembali ke Tapops setelah sekian lama dia tidak melakukan misi.

Mata memandang kearah Kokoci yang berdiri di depannya.

"Haaa...saya yakin Solar masih hidup...jadi...bawa saya ke planet Whitess..."

Kawannya yang lain terus memandang kearah Boboiboy.

Wajahnya terlihat sayu dan badannya juga semakin kurus.

Seperti orang tidak bermaya sejak kehilangan elemental cahaya.

"Boleh tapi dengan satu syarat...kamu kena jalankan tugas sebagai ahli Tapops selepas pergi ke planet Whitess.."

Anggukan diberi.

Kokoci melepaskan keluhan lega dan dia terus memberi isyarat kepada Fang.

"Jom Boboiboy...aku bawa kau pergi planet Whitess..",dengan senyuman Fang berkata.

"Baik.."

Mereka berlima terus keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke kapal angkasa.

Ochobot juga ikut untuk bantu Boboiboy cari elemental cahaya walaupun semua orang tahu sudah tiada harapan untuk elemental cahaya wujud.

Elemental cahaya sudah lesap buat selamanya.

Hanya Boboiboy tidak mahu terima kenyataan tersebut.

.

.

.


.

Di planet Whitess....

Kawan-kawan Boboiboy hanya melihat Boboiboy berkeliaran bersama Ochobot di serata pandang pasir putih tersebut.

Mereka berempat hanya mampu tengok tidak berani untuk menghalang Boboiboy.

"Ochobot dapat kesan apa-apa tak?"

"T-tak Boboiboy..."

Hm.

Sedang Boboiboy sibuk mencari sebarang kesan, Ochobot terus berhenti dan memegang lengan Boboiboy.

"Kenapa?",dengan datar dia bersuara.

"Cukup Boboiboy....cukuplah...Solar dah takde elemental cahaya takkan kembali...percayakan aku..."

"....dia ada...aku percaya dia masih ada."

"Dia dah takde Boboiboy....dah takde... elemental yang lain juga tahu Solar dah takde..."

Tangan direntap kasar dan Boboiboy menyambung pencariannya.

Membuatkan Ochobot mengalah untuk menghalang kawan baiknya.

....

2 jam sudah berlalu dan Boboiboy masih mencari.

Harapan dia masih kuat dan dia percaya Solar masih hidup.

Tiba-tiba pusaran putih muncul di depannya membuatkan yang lain terkejut.

"Boboiboy!!! Elak!!!",jerit Yaya sekuat hati.

"M-mungkin aku kena masuk...S-solar.."

Belum sempat Boboiboy membuka langkah kearah pusaran tersebut,tubuh seseorang jatuh dari dalam pusaran putih.

Perkara tersebut membuatkan Boboiboy terkejut lalu dengan pantas dia menyambut tubuh lelaki tersebut.

Topi yang dipakai lelaki itu jatuh ke tanah.

Boboiboy terus memandang kearah pedang yang tertusuk pada perut lelaki tersebut.

Dia kenal pedang tuh walaupun jarang digunakan tapi dia tahu pemilik pedang tersebut.

Between Parallel World [Complete]Where stories live. Discover now