Sebulan telah berlalu dan setiap malam Boboiboy akan berdiri berhadapan tingkap bilik wadnya sambil termenung melihat bulan."Solar...dah sebulan aku dekat sini...mesti kau kecewa dengan aku kan? Aku jadi selemah nih lepas kau takde... elemental yang lain..aku tak boleh nak keluarkan mereka...",dengan sayu Boboiboy berkata.
Setiap malam dia akan mula bercerita seorang diri sambil melihat bulan. Berharap yang Solar sedang melihatnya dan mendengar luahan hati dia.
Ochobot sedang dicas jadi keadaan di malam hari tu sunyi sepi.
"Semangat aku dah takde.... elemental lain juga jadi seperti aku....Solar...walaupun apa aku nak cakap mengarut...tapi aku harap sangat dunia selari tuh wujud supaya aku dapat jumpa kau lagi..."
Senyuman terhias pada wajahnya.
"Solar...kau rasa bila aku akan sembuh? Aku rasa macam ambil masa yang sangat lama..."
Keluhan berat dilepaskan.
"Aku tidur dulu Solar...selamat malam.."
Tingkap wad ditutup dan Boboiboy terus baring di atas katilnya.
....
"Selamat pagi Boboiboy..."
Sapaan mesra dari doktor lelaki tersebut membuatkan Boboiboy tersenyum tipis.
Ochobot sentiasa berada di sampling Boboiboy.
Doktor yang bernama Dion hanya tersenyum melihat Boboiboy yang baru tiba.
Dion
28 tahun
Doktor yang menjaga Boboiboy...
Boboiboy terus duduk berhadapan Dion.
"Macam mana keadaan kamu harini?"
"Ok...sama je takde...perubahan.."
Hmm..
Fail dibuka dan Dion memandang kearah Boboiboy.
"Adakah kamu menyalahkan diri sendiri?"
"A-apa?"
Boboiboy memandang pelik kearah Dion.
"Baiklah, dalam situasi ini, pesakit merasa macam rasa bersalah."
"Situasi apa?"
"Kejadian tuh."
Gasp.
Seluruh badan Boboiboy terus menggigil dengan teruk dan kejadian dimana dia kehilangan Solar mula muncul di dalam fikirannya.
YOU ARE READING
Between Parallel World [Complete]
Misterio / Suspenso-Parallel World- "Aku dekat mana?", Boboiboy. ... Boboiboy termasuk ke dalam ruang masa semasa dia menjalankan misi. "Tiada cara lain ke?", Boboiboy. "Gunakan kuasa aku.",Solar. Itu adalah cara terakhir tetapi semuanya menjadi kejadian yang tidak di...