Chapter 19

137 30 33
                                    


Semua mata memandang kearah Boboiboy menunggu penjelasan darinya.

"Aku kena langgar lepastu bila bangun je aku dalam badan tuan korang dan berada di dunia yang lain...tamat..",dengan senyuman tanpa rasa bersalah terserlah di wajahnya.

Ha?

"Macam mana kau nak kami fahamkan apa yang kau cakap nih kalau semuanya mengarut...",desis Hali tak berpuas hati.

"Sebab tuh aku malas nak bagitahu korang...Solar dengan Ice jelah yang percayakan aku nih~"

Boboiboy terus memeluk Solar dan Ice yang hanya pasrah.

Erk..

Hmmm..

"Biar aku ceritakan dengan lebih detail..."

Solar mengeluh berat sebelum dia mengambil alih untuk menceritakan apa yang dah jadi.

10 minit kemudian...

Penjelasan Solar sangat padat dan jelas, elemental yang mendengar terus percayakan apa yang terjadi.

"Jadi bila kau nak balik ke dunia tuh?",soal Taufan.

"Aku masih belum tahu cara nak balik ke dunia aku..tapi korang macam tak terkejut je bila ada dunia lain selain dunia korang nih..", Boboiboy memandang pelik kearah mereka.

"Ouh...sebab kami tahu dunia lain tuh wujud...",jawab Thorn.

Yang lain mengangguk setuju.

"Ermm korang tahu cara untuk balik ke dunia asal aku semula?"

Elemental memandang antara satu sama lain.

"Tak tahu tapi kami ada simpan buku yang mungkin ada maklumat tentang dunia kau...",kata Gempa.

"Mungkin ada tertulis juga cara untuk kau balik..",Blaze berkata pula.

"Serahkan tugas tuh kepada kami....lebih baik kau belajar cara nak gunakan kami nanti...musuh sudah tahu lokasi kita...bila-bila masa sahaja dia akan serang...",dengan keluhan berat Hali bersuara.

Solar menarik tangan Boboiboy menuju ke bilik bawah tanah.

"Aku akan tolong Boboiboy untuk belajar...korang cari cara untuk dia pulang ke dunia dia..",arah Solar.

"Baiklah."

Boboiboy hanya mengikut Solar dari belakang.

.





.





.







.

Di bilik bawah tanah...

Beberapa buah buku diletakkan di atas meja.

"Baca dan faham semua nih..."

"Banyaknya...aku lemah betul bab belajar nih..."

Dengan pasrah Boboiboy mula membuka satu persatu buku di depannya.

Tak sampai beberapa minit Boboiboy bersuara.

"Hey Solar...aku nak tanya sesuatu boleh?"

Matanya kelihatan sangat berharap yang Solar akan menjawab soalan dia.

"Tanyalah.."

Cermin yang dipakai dibuka dan matanya digosok beberapa kali sebelum dia menoleh kearah Boboiboy semula.

"Aku nak tahu kenapa kau tak boleh ikut aku ke dunia aku?",soal Boboiboy ingin tahu.

Dia masih terfikirkan apa yang dikatakan oleh Solar sebelum nih.

"Ouh...fuh...aku adalah teras dunia nih...kalau aku pergi ke dunia kau dan tinggalkan dunia nih..."

Solar berhenti bercakap untuk beberapa detik sebelum dia sambung semula ayatnya.

"Dunia nih akan lesap seperti tidak pernah wujud...seperti yang kau tahu ini adalah dunia copy dari dunia kau...jadi semua yang hidup di dunia nih hanya copy sahaja...",sambung Solar sambil menongkat dagu di atas meja.

"Kalau macam tuh korang semua ikut lah aku! Kita tinggalkan dunia nih sama-sama..",perlawa Boboiboy dengan riang.

Solar menggeleng laju dengan perlawaan Boboiboy.

"Tak boleh...kau cakap Solar dari dunia kau mati kan..."

Boboiboy mengangguk laju dan wajah berubah sedikit sedih.

"Elemental yang lain masih hidup kan?"

Anggukan diberi lagi sekali.

"Peraturan dia mudah...kau tak boleh bawa balik manusia copy dari dunia nih ke dunia kau jika dunia kau manusia original masih hidup...kecuali kau bawa aku...sebab Solar di dunia kau dah mati jadi aku boleh dijadikan penganti...",jelas Solar.

"J-jadi aku hanya boleh bawa kau?"

"Ye."

Haaa...

Wajah Boboiboy berubah sedih tidak dapat bawa semua elemental bersamanya.

"Sebab tuh kau taknak ikut aku? Sebab kau taknak dunia nih hilang kan...tuan kau cakap yang kau takkan tinggalkan dunia nih sebab kau sayang dunia nih...betul ke?"

Kata-kata Boboiboy membuatkan Solar sedikit tersentak.

"Hmm...ye...walaupun aku dilayan teruk di dunia nih aku masih teras dunia nih jadi aku tak sampai hati nak biarkan dunia nih lesap...",dengan keluhan berat dia menjawab.

Tangan Solar terus dipegang erat.

"Pandang aku Solar."

Tanpa membantah Solar terus memandang tepat ke dalam mata Boboiboy.

"Kau...nak ikut aku tak? Jawab ikut kehendak hati kau."

Haaa...

"A-aku....aku nak ikut kau sebab kau tuan yang aku impikan selama nih...tuan yang layan aku seperti seorang manusia dan bukan hanya sebagai satu kuasa..."

Dengar jawapan Solar membuatkan Boboiboy tersenyum dan dia terus bangun dan membuka langkah kearah Solar.

"Solar!!! Cahaya aku!!"

Boboiboy terus lompat kearah Solar dan memeluknya erat sampaikan mereka berdua jatuh ke lantai.

Bak!

Aduh!

Egh..

Dengan lembut kepala Solar diusap oleh Boboiboy.

"Kau tahu semua nih....jadi kau mesti tahu cara nak balik ke dunia aku kan?"

"Tak...aku hanya tahu pasal nih tapi aku langsung tak tahu cara untuk kau balik ke dunia kau..."

Dahi Solar dijentik perlahan lalu dahinya dicium lembut.

"Kau segalanya bagi aku Solar...aku takkan sia-siakan peluang kedua yang aku dapat dan aku akan pastikan kau balik bersama aku."

Senyuman tipis terukir di wajah Solar.

"Baik tuan.."

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Between Parallel World [Complete]Where stories live. Discover now