P1 : SELAMAT DATANG

868 12 7
                                    

Semua pelajar Tingkatan 5 bersetuju untuk mengikutku bercuti ke tempat percutianku sendiri iaitu Dusun Sahabat.Sebenarnya aku tidak mahu memberitahu sesiapapun mengenai hubunganku dengan Dusun Sahabat,
tetapi aku sangat mempercayai pelajar betch 2019 ini.

Capang,Zubair dan Haidin juga telah mendapat kebenaran dari ibubapa dan penjaga masing-masing untuk mengikuti kami semua.Mereka semua bersorak gembira dan tidak sabar-sabar ke Dusun Sahabat.Aku memberi mereka tempoh 2 jam untuk membuat persiapan.Disebabkan mereka akan terus dijemput dari Dusun Sahabat oleh ibubapa dan penjaga mereka,bermakna mereka perlu membawa barang-barang peribadi mereka sekali, aku terpaksa meminta bantuan Abang Radzi dan Cik Zul untuk membawa mereka semua menaiki van sekolah.

2 van digunakan dan trip pertama adalah membawa semua barang peribadi milik mereka dan sementara itu mereka menunggu di asrama untuk trip yang berikutnya.Hanya Syafiq,
Akiff,Capang dan Shakrinal sahaja yang ke sana lebih awal menaiki keretaku. Mereka ada tugas di sana iaitu memunggah barang peribadi milik mereka dan kawan-kawan yang lain keluar dari van.

"Kita nak bercuti kat mana Cikgu?", Tanya Capang kepadaku di dalam kereta.

"Alaaa Capang ni tak reti sabarlah,aku pulas telinga kau tau lah", Kata Syafiq ketika itu.Sememangnya para pelajarku tidak tahu ke mana destinasi tujuan kami sebenarnya.

Kereta yang aku pandu akhirnya tiba di Dusun Sahabat.Aku kemudian mengarahkan keempat pelajar yang aku bawa tadi memunggah barangan peribadi milik mereka dan rakan-rakan yang lain dari van.Kali ini Cik Zul dan Abang Radzi akan kembali ke asrama dan membawa pelajar lain pula untuk datang ke sini.

"Weh,aku pernah datang bercuti kat sini dengan family aku.Aku stay dekat chalet depan tu", Cerita Syafiq kepada kawan-kawannya di situ semasa aku sedang berbual dengan Isa.

"Cantik gak tempat ni,tak pernah pulak aku tahu ada tempat mandi macam ni dekat dengan sekolah kita", Kata Shakrinal pula.

Sejam kemudian,sedang mereka berempat sedang berbual di gazebo yang menghadap sungai,van yang dipandu oleh Cik Zul dan Abang Radzi tiba di Dusun Sahabat membawa kawan-kawan mereka yang lain.Pelajar Tingkatan 5 yang terdiri 19 orang itu seolah teruja menjejakkan kaki di sini,apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama mereka ke sini,kecuali Syafiq yang pernah datang bercuti dengan keluarganya.Aku meminta mereka mendaftar dahulu sebelum mendengar taklimat sebentar lagi.

Aku mula menyampaikan taklimat kepada mereka semua.Sejarah penubuhan Dusun Sahabat dan segala peraturan yang diterapkan di sini. Mereka seolah tercenggang kerana aku yang menyampaikan taklimat itu,bukan pekerja yang berada di sini.
"Cikgu,saya nak tanya.Kenapa Cikgu yang bagi taklimat? Cikgu ada share saham dekat tempat ni ke?", Soal Syed yang bangun ketika itu.

"Untuk pengetahuan korang semua,aku pemilik tempat ni.Dekat sebelah kanan aku ni Pak Cik Isa.Dia pengawal keselamatan yang bertugas di sini.

Mereka terkejut apabila aku memberitahu aku adalah pemilik bersama Dusun Sahabat ini.Manakan tidak,kebiasaannya mereka hanya melihatku bertugas di sekolah dan asrama sahaja,pasti mereka tidak menduga aku mempunyai kerja yang lain.Aku tersenyum sahaja ketika mereka berbisik sesama mereka.

"Okay semua.Chalet dengan bilik kabin semua dah penuh sebab dah booking. So korang semua akan bermalam dekat dalam rumah aku kat belakang ni,ada 3 bilik kat dalam tu,rasanya tadi pekerja dah letak toto dengan bantal.So korang semua boleh masuk untuk berehat dulu", Kataku kepada mereka semua.
Mereka kemudian beredar dan masing-masing berebut bilik dan katil di dalam rumah rehat.Aku pula menyambung kembali perbualanku bersama Isa dan kakitangan yang lain di luar.

"Syafiq,semua dah dapat bilik ke?", tanyaku kepada Syafiq dan Akiff yang sedang duduk di ruang tamu.

"Semua dah dapat Cikgu,cuma kitorang berdua yang takde bilik.Takpe Cikgu,
saya dengan Akiff tidur ruang tamu je", Balas Syafiq ketika itu.

Seperti pucuk dicipta,ulam mendatang. Aku terus mempelawa mereka berdua tidur sekali di dalam bilikku.Tambahan pula di dalam bilikku mempunyai sebuah katil queen dan single.Pada mulanya mereka menolak pelawaanku, tetapi akhirnya mereka akur setelah aku berkeras.

PKP 2020Where stories live. Discover now