P17 : GRAB

277 11 0
                                    

Aku melangkah menuju ke pejabat warden selepas sesi pengajaran subjek sejarah di kelas Ting 4 tadi tamat.Jika ikutkan boleh sahaja aku melepak di bilik guru kerana mejaku turut tersedia di sana,tetapi aku malas.Tambahan pula jika aku di pejabat warden,boleh aku merokok dan berasap sepuasanya tanpa gangguan sesiapa.

Adik angkatku Shazuan menghubungiku dan memaklumkan kepadaku yang dia akan pulang ke Malaysia semasa cuti semester pertengahan bulan hadapan.Dia akan bercuti di sini selama sebulan setengah.Riang hatiku apabila mendapat perkhabaran gembira darinya.

Aku turut memberitahunya yang Uncle Adnan dan Untie Esah akan kembali duduk di rumah mereka semula setelah lama menetap di rumah anak mereka, Maimun di Nilai.Kata Shazuan bolehlah dia bermanja dengan Uncle Adnan dan Untie Esah sekembalinya di ke Malaysia nanti.Tidak lama kemudian perbualan kami berdua ditamatkan.

Keputusan SPM tahun 2019 akan keluar pada bulan hadapan.Aku tidak sabar-sabar melihat pencapaian para pelajarku dalam subjek Sejarah kerana aku adalah guru subjek mereka.
Tambahan pula aku sudah lama tidak bertemu mereka meskipun selalu bertanya khabar melalui Whatsapp.

Syed sudah bekerja secara sambilan sebagai promoter di sebuah mall. Akiff dan Shakrinal pula menjadi penghantar GRAB manakala Syafiq masih tidak bekerja kerana dia perlu menguruskan adik-adiknya yang masih bersekolah.Dia perlu menghantar dan menjemput adik-adiknya pada setiap hari persekolahan.Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja dia akan bekerja seperti Shakrinal dan Akiff iaitu penghantar GRAB.

Cukup beruntung remaja seusia mereka kerana membesar di zaman moden ini.Semuanya berada di hujung jari.Setiap tempahan dari pelanggan akan diterima secara automatik ke dalam apps mereka.Kerja sebagai penghantar GRAB cukup mudah, mangambil tempahan makanan pelanggan di kedai dan menghantar ke alamat pelanggan.

Jika dahulu,ramai kawan-kawanku yang mencari kerja part time di kilang ataupun kedai makanan segera seperti McDonalds dan KFC.Kami perlu mencari tempat yang mempunyai jawatan kosong (part time).Mengisi borang dan menunggu panggilan untuk temuduga.Tetapi pada zaman ini,mereka hanya perlu menjawab 10 soalan yang mudah sahaja sebelum dapat diterima sebagai rider GRAB.

Pendapatan yang diterima mereka agak mewah juga.Pernah Akiff memberitahuku dia menerima gaji sebanyak RM500 seminggu sebagai penghantar GRAB.Itupun dia hanya "kayuh" biasa sahaja.Jika dia "pulun kayuh" lebih lagi,mungkin pendapatannya akan lebih lagi daripada itu.

Sebagai seorang yang berpangkat "abang" dan guru mereka,aku sentiasa menitipkan pesanan buat semua pelajarku agar berhati-hati terutamanya ketika membonceng motosikal.Statistik kemalangan maut melibatkan pembonceng dan penunggang motosikal adalah jauh lebih tinggi berbanding kemalangan maut yang melibatkan kereta.

Pintu pejabatku tiba-tiba diketuk,
rupanya Sam pelajar Ting 4 yang hadir ke sini untuk menemuiku.Katanya ada perkara mustahak yang ingin dia sampaikan kepadaku.
"Haa kenapa Sam?", Soalku kepada pelajar berwajah tampan itu.

"Saya sebenarnya segan jugak nak bagitahu Cikgu.Tapi saya dah tak tahan Cikgu,sebab saya rasa setiap 3 - 4 kali seminggu saya mesti berhadapan masalah yang sama", Kata Sam kepadaku.

"Apa benda masalah kau Sam? Bagitahu je lah.Kalau tak bagitahu macam mana aku nak tau?", Soalku semula sambil tersenyum.

"Cikgu janji Cikgu takkan bagitahu orang lain pasal benda ni?", Soal Sam kembali kepadaku.

"Kalau masalah kau tu melibatkan hal peribadi,aku takkan cerita.Tapi sebab ni aduan dari kau,aku akan siasat la", Jawabku ringkas.

PKP 2020Where stories live. Discover now