P21 : SIMKAD

269 9 0
                                    

Asramaku digemparkan dengan jangkitan virus Covid 19 dari penghuni yang baru kembali ke asrama selepas minggu balik wajib.Setakat ini hampir 16 orang penghuni asrama disahkan mendapat jangkitan tersebut.Pihak PPD pula mengarahkan agar semua pelajar yang baru kembali ke asrama untuk pulang semula ke rumah mereka buat sementara waktu.

Sesi persekolahan juga ditangguhkan selama 2 minggu.Semua kakitangan dan pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah dan asrama.
Sementara itu,keseluruhan blok bangunan dan asrama akan di sanitasi sepenuhnya.Aku sudah pun pulang ke rumah Shazuan.

Penularan virus Covid-19 ini juga membantutkan hasrat Uncle Adnan dan Untie Esah untuk kembali ke rumah mereka.Maimun mengatakan bahawa dia dan adik beradiknya yang lain bimbang sekiranya terjadi apa-apa kepada orang tua mereka apabila mereka sudah tinggal berdua nanti di kampung.Aku memahami apa yang disampaikan oleh Maimun.

Ketika ini setiap hari akan ada penguguman rasmi dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberitahu status terkini berkaitan Covid 19.Turut dipaparkan adalah angka-angka orang yang telah dijangkiti mengikut negeri.

Sepanjang tempoh 2 minggu itu juga,aku sendiri menyedari kedatangan pengunjung untuk bermalam dan beriadah di Dusun Sahabat mula berkurangan.Mungkin mereka yang berhasrat untuk ke sini membatalkan dan menunda hasrat itu kerana bimbang sekiranya mendapat jangkitan virus yang misteri dan boleh membawa maut itu.

Cakap-cakap mengenai perlaksanaan darurat semakin kuat kedengaran. Pelaksanaan darurat telah pun dibuat di beberapa negara seperti China.
Shazuan yang menghubungiku dari London juga memaklumkan terdapat kemungkinan perlaksanaan darurat akan turut dilakukan disana.Shazuan cukup bimbang kerana minggu hadapan merupakan jadual penerbangan pulangnya ke Malaysia untuk cuti semester.

Selepas tempoh sekolahku ditutup untuk sebarang sesi persekolahan,
akhirnya semuanya kembali.Cuma bezanya kehadiran pelajar ke sekolah terjejas teruk berikutan ada di antara mereka yang telah diuji positif covid-19 dan ada juga yang mempunyai contact rapat.

Sebilangan pelajar yang sihat pula tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan di asrama oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing kerana bimbang anak mereka akan dijangkiti virus tersebut di sini.

Sesi pembelajaran dalam kelas tetap diteruskan seperti biasa meskipun kekurangan pelajar dan guru.Aku dan beberapa orang guru yang lain pula terpaksa menjadi guru ganti sekiranya guru subjek tersebut tidak dapat hadir kerana terkena jangkitan covid atau menjadi contact rapat dengan pesakit tersebut.

"Joe,kau panggil Farderin kejap masuk opis aku.Aku nak jumpa."Pesanku kepada ketua asrama itu pada tahun ini.

Tidak lama kemudian Farderin tiba di pejabatku.Tujuan aku memanggil dia tidak lain dan tidak bukan pastinya berkaitan dengan aduan Sam padaku beberapa minggu yang lalu.Setelah lama aku memikirkan alasan,akhirnya aku jumpa juga soalan yang sesuai untuk aku tanyakan kepadanya.

"Beberapa minggu yang lepas sebelum korang kena balik sebab kuarintin,aku ada denda Sam sebab dia balik asrama masa prep.Dalam tak sengaja dia terpetik nama kau,boleh aku tahu apa kau buat kat bilik masa tu?",Soalku kepada Farderin.

"Saya takde buat apa-apa Cikgu.Saya cuma tunggu budak Ting 5 yang lain je dalam bilik masa tu.Sebab malam tu ada kelas tambahan BI dengan Teacher Fiza." Balas Farderin semula.

"Habis Sam kata kau macam ada carik barang bawah katil dia.Apa yang kau carik masa tu?", Tanyaku lagi dengan suara yang keras.

Farderin mula menundukkan wajahnya.Wajahnya kelihatan sangat ketakutan,apatah lagi suaraku begitu tinggi sebentar tadi.Aku masih menanti jawapan dari mulut pelajar Ting 5 itu.
"Kalau kau terus diam takpelah,aku panggil semua kawan-kawan kau", Ugutku ketika itu.

"Nanti Cikgu,baik Cikgu saya mengaku. Saya masa tu cari simkad handphone saya yang hilang.Itu je Cikgu.Tolonglah Cikgu jangan rampas handphone saya dengan kawan-kawan saya", Rayu pelajar Ting 5 itu padaku.

"Simkad handphone?", Tanyaku ringkas.

"Iya Cikgu.Tercicir sim kad saya masa tu.Sebab tulah saya carik sampai bawah katil masa tu." Jawab Farderin lagi.

PKP 2020Where stories live. Discover now